Wednesday 29 February 2012

Mufti Pahang kata wajib mengundi

MUFTI PAHANG 
Tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum adalah sesuatu yang wajib, kata Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman.
Beliau berkata, mereka yang layak mengundi wajib berbuat demikian dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan. Beliau berkata, mengundi adalah satu fardu kifayah, bagaimanapun sekiranya ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain.


BUKAN SAJA MENGUNDI ITU WAJIB
Bila undi itu wajib
Wajib SPR segera selesaikan keraguan rakyat
Haram SPR kiranya masih tidak update data pengundi
Wajib SPR buang pengundi hantu dan perpindahan tidak logik (jangan tipu rakyat)
Wajib rakyat diberi pilihan mengundi secara bebas
Haram kalau undi Parti yang restu rasuah
Haram kalau undi Parti yang benarkan isteri PM boros dan salah guna wang rakyat
Wajib undi kepada mereka yang menentang rasuah NFC
Haram mengundi mereka yang restu dagangan dengan Israel
Wajib beri keadilan pada semua Parti bertanding
Haram mengundi mereka yang curi sapu komisyen Kapal Selam
Wajib menentang mereka yang subahat secara langsung dan tidak langsung membunuh Altantunya
Haram mengundi mereka yang terlibat menyebarkan video palsu Sex Anwar Ibrahim
Wajib lawan dan selamatkan rakyat Malaysia dari dicemari radioaktif Lynas

UNDI PAKATAN RAKYAT WAJIB
UNDI BN HARAM

Hassan Ali dan Lynas

Program Hassan Jati
Jumlah yang hadir melebihi 10 000 orang. Sungguh ramai dan boleh gugat Pakatan Rakyat. Rakyat dah mula sedar dan memberi sokongan pada Program JATI. Kerusi yang disediakan tidak cukup.











ANTI LYNAS DI KUANTAN
Himpunan Hijau Anti Lynas di Kuantan tidak mendapat sambutan. Hanya 3000 sahaja yang hadir.









Hah!! Hah!! Hah!!! Inilah fakta yang di gunakan oleh Media Utama membodohkan rakyat Malaysia.
Hassan Ali sudah tidak di minati lagi. Orang tahu Hassan Ali gila bomb. Orang tahu dia gila nak jadi MB. Orang tahu dia hutang banyak. Orang tahu Hassan Ali and the group sudah expired.
GUA PUN TARAK CAYA. UMNO SAJA YANG PERCAYA

Tuesday 28 February 2012

Selama ini SPRM tunduk celah kangkang UMNO

Kenyataan PM bahawa "Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mempunyai akses penuh kepada dokumen-dokumen pengisytiharan harta mana-mana anggota pentadbiran Persekutuan termasuk menteri, timbalan menteri dan keluarga mereka" jelas menunjukan PM membuka pekung korap selama ini SPRM tunduk meniarap di celah kangkang UMNO.
Memang sah selama ini samada BPR maupun SPRM semua ini kerja kojol di celah kangkan UMNO
Apakah PM nak tunggu mandat 2/3 maka baru nak laksana akses penuh??


KISAH DUKA TEOH BENG HOCK YANG BELUM TERJAWAB
DAH PUAS SAPU LICIN BARU NAK LAKSANA AKSES PENUH HARTA?

Monday 27 February 2012

LYNAS tak dapat sambutan












Tak dapat sambutan????
Utusan kata hanya 3000 hadir
TV3 kata tak dapat sambutan
Berita kata 10000 hadir
PDRM kata 3000 orang. Mereka guna heli untuk agak agak kehadiran. Teropong cap gajah duduk.
Harakahdaily lapur 15000 hadir
Zaman Pop ye yee boleh BOHONG RAKYAT
Foto di atas adalah sebahagian kehadiran.
Jalan kaki 3KM untuk ke situ
MEDIA UTAMA telah memenuhi spesifikasi dan syarat Kementerian mencapai status PEMBOHONGAN 99% kecuali Berita Sukan.

Tsunami Politik Perlis

Tsunami politik landa Perlis'
KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
26 Februari 2012
Datuk Seri Shahidan Kassim
KANGAR - Kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa ada dalang termasuk pemimpin parti itu sendiri yang membantu parti pembangkang untuk menjatuhkan imejnya membuktikan masalah dalaman parti itu masih parah.
Pengerusi PKR Perlis, Muhammad Faisol Abdul Rahman berkata, dakwaan itu jelas menunjukkan kebanyakan pemimpin Umno Perlis masih tidak menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa semua pemimpin Umno bersatu-padu dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, kebanyakan pemimpin politik Umno dan Barisan Nasional (BN) Perlis masih lagi bercakaran sesama mereka bagi menjamin kelangsungan politik masing-masing dan senario ini jelas satu petanda buruk kepada rakyat Perlis sekiranya mereka masih lagi mentadbir negeri ini selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Saya ada terdengar khabar angin mendakwa ada pemimpin Umno menuduh kami bekerjasama dengan beberapa individu dikatakan musuh politik pemimpin itu untuk menjatuhkan karier politik beliau di Perlis.
“Saya ingin mengulangi penubuhan ranting PKR Tambun Tulang yang menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini adalah inisiatif penduduk sendiri sehingga perkara itu mengejutkan kami memandangkan kawasan itu dikatakan kubu kuat Umno dan BN,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.
Muhammad Faisol berkata, di sebalik kenyataan Umno Bahagian Arau yang tetap yakin Parlimen itu akan terus menjadi milik mereka, PKR Perlis akan terus menubuhkan sekurang-kurangnya empat ranting parti itu di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tambun Tulang dalam masa terdekat.
Selain itu, Muhammad Faisol turut menjelaskan tambahan dua ranting PKR di kawasan Chuping, Padang Besar akan ditubuhkan dalam tempoh dua minggu lagi dan ianya juga merupakan hasil inisiatif penduduk sendiri.
“Sekiranya mereka beranggapan PKR dan PR masih bermimpi di siang hari, terpulang kepada mereka kerana saya yakin keangkuhan dan kebongkakan akan dihukum rakyat pada PRU13.
“Sebelum ini, siapa sangka lima negeri akan jatuh ke tangan PR pada PRU yang lalu? Kali ini, saya percaya gelombang tsunami politik lebih besar akan melanda negeri Perlis dan yakin rakyat akan mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan negeri di bawah PR,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kenyataan Muhammad Faisol yang menyuarakan keyakinan PR mampu menawan Parlimen Arau dan kelima-lima Dun di bawah kawasan itu setelah tertubuhnya ranting Tambun Tulang baru-baru ini.
Bagaimanapun, Shahidan menyangkal keyakinan PKR Perlis dan menegaskan Umno Bahagian Arau tidak gentar kerana parti itu yakin rakyat akan memberi sokongan kepada pemimpin yang berbudi kepada mereka.

Sunday 26 February 2012

Mencari kesempatan di bumi Syria

Awas helah Barat di Syria: Xinhua BEIJING: Media rasmi China semalam berkata, AS dan Eropah kini “melindungi cita-cita” untuk menguasai Syria di sebalik sikap ingin membantu mereka. Xinhua melaporkan, kebanyakan negara Arab kini sedar bahawa kebimbangan BaratterhadapaspekkemanusiaandiSyriasebenarnya hanyalah helah mereka untuk mengembangkan pengaruh di situ. Agensi itu berpendapat, perbincangan Sahabat Syria - yang diboikot China dan Russia - bersetuju mengelak menggunakan tentera dalam konflik berkenaan. Bagaimanapun, pertemuan lebih 60 menteri luar menampakkan gesaan campur tangan tanpa senjata pasukan pengaman Arab, selain amaran keras keluarkan Washington terhadap Presiden Bashar al-Assad atas sikap degilnya. Kata Xinhua, Beijing tidak menghadiri persidangan itu kerana perlukan maklumat jelas mengenai matlamat, kesan dan mekanisme digunakan bagi menyelesaikan konflik dalaman Syria. “Negara Arab mahu memastikan tragedi seperti di Libya tidak menimpa Syria. ”Sebagai sahabat Syria dan rakyat Arab, China percaya sebarang tindakan diambil komuniti antarabangsa perlu membantu mengurangkan ketegangan, menggalakkan dialog politik, mencari jalan penyelesaian perbezaan pendapat dan mengekalkan keamanan serta kestabilan di Timur Tengah,” kata komentar berkenaan. Kenyataan itu dikeluarkan selepas Baran dan negara Arab meningkatkan tekanan ke atas regim Bashar dalam pertemuan di Tunisia, kelmarin. Ketiadaan wakil China dan Russia dalam pertemuan membincangkan isu Syria itu membayangkan kesukaran komuniti antarabangsa mencari kata sepakat bagi menyelesaikan konflik berkenaan. Kedua-dua negara juga beberapa kali mengekang regim Bashar, termasuk menggunakan kuasa veto dalam pengundian resolusi di Majlis Keselamatan PBB. Bagaimanapun, Xinhua tidak memberi sebarang reaksi kepada komen Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, yang menggesa negara lain “mengubah sikap terhadap Russia dan China.” - AFP

Thursday 23 February 2012

Talam Bermuka muka UMNO untuk teruskan CINTA UMNO ISRAEL

Bilamana
Jingga 13 mendedahkan segala bukti lengkap
Kapal ZIM Israel berlabuh di Port Klang
Pengurusan Port Klang di arah berbohong konon konon Kapal ZIM saja syok syok parking..Pundek!!!
JATI Hasan Ali, Pak Mufti Harun Harubiru Sanasini dan Ibrahim Kataki lompong buta tuli
Khairy Jamaluddin pula akui CINTA SULIT
Benarkah UMNO cinta dan kasih pada warga Palestin?
Mana Fatwa para ulamak CINTA SULIT Umno Israel.
Mana dia pejuang agama Ulamak Muda UMNO.
Memang Haram Jadah cinta sulit ini.
Minyak sawit penyumbang penindasan pada Palestine
INI BUKTI JELAS CINTA SULIT ISRAEL UMNO
MAJALAH DI MITI
DATA CINTA SULIT UMNO ISRAEL

Monday 20 February 2012

CINTA SULIT UMNO dan ISRAEL

CINTA SULIT UMNO ISRAEL MENODAI PALESTIN

Maka tersebutlah al kisah
UMNO yang suka suka tuding
UMNO yang suka lagak alim ular senduk dalam semak
UMNO yang suka picit kepala Ulamamak Warissatul Zionis
UMNO yang tiba tiba sayang pada Hassan Jati
UMNO yang suka pada Ibrahim Frog Katakki
UMNO yang perdaya Ulamamak Muda dan Cina Tee
UMNO yang SEBENARNYA MESRA MESRA CINTA SULIT DENGAN ISRAEL


UMNO perdaya MELAYU


1. NGO mesra PKR, Jingga 13, hari ini membekalkan bukti menunjukkan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.

Mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, Jingga 13 berkata kapal, Zim Atlantic, yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel.

"Dagangan ini menyumbang kepada ekonomi Israel, dan kami percaya bahawa Malaysia telah menyumbang wang yang digunakan untuk membeli peluru yang membunuh rakyat Palestin," kata ketua penyelaras Jingga 13 Fariz Musa.

2. Menteri Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz mengakui bahawa kos perkhidmatan yang dibayar kepada APCO Worldwide berjumlah RM76.82 juta setahun, malah memuji sumbangan APCO dalam usaha memperbaiki hubungan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat.
 
Sambil menuding jari kepada dua orang bekas Perdana Menteri yang "menjejaskan hubungan antara Kuala Lumpur-Washington", Nazri mendakwa bahawa hubungan dua hala yang terjejas dalam tempoh 28 tahun ini hanya boleh diperbaiki dengan membelanjakan wang.
Nazri Aziz tidak menafikan bahawa kerajaan Malaysia menggunakan perkhidmatan APCO Worldwide untuk memperbaiki hubungan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat,  "APCO Worldwide bertanggungjawab untuk membina imej negara kita di Amerika Syarikat, agar hubungan kita dengan Amerika Syarikat lebih erat. 
APCO itu agen ISRAEL. Kerajaan Malaysia bayar RM 77 juta setahu. Kejadah apa!!!!!

3. Isu kemasukan pasukan Kriket Israel yang di restui oleh UMNO

 
 
4. "Naib Presiden Umno yang mencatatkan undi yang paling tinggi dalam pemilihan Umno yang lalu telah bertemu dengan ketua Zionis Ehud Barak ketika Paris Air Show. Naib Presiden UMNO ada Menteri Pertahanan. UMNO tipu pegawai kerajaan dan bangsa Melayu.

DOA KEPALA BAPAK APA

Sunday 19 February 2012

Ada gerakan guling kerajaan

MELAKA 18 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi amaran Malaysia tidak akan terkecuali daripada menghadapi gerakan menggulingkan kerajaan sedia ada kerana terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik di negara ini yang menerima sokongan kewangan dari Amerika Syarikat (AS).
Tegas beliau, sejak dahulu lagi AS memberi sokongan kewangan kepada mana-mana NGO dan parti politik bagi menggerakkan usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh negara tersebut.
''Saya tidak hairan dan percaya ada NGO dan parti politik di negara ini sedang mengadakan gerakan untuk menukar kerajaan yang sedia ada.
''Kalau di Malaysia ia berlaku namun ini bukan perkara biasa buat AS. Memang kerja mereka adalah hendak menjatuhkan kerajaan yang tidak sokong mereka.
''Sebagai contoh, AS minta kita sekat perdagangan dengan Iran dan jika kita tidak berhenti, mereka akan ambil tindakan terhadap perdagangan Malaysia," katanya.
Menjawab soalan pada sesi dialog pada majlis tersebut mengenai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Israel, bekas Perdana Menteri berkata, ketua pembangkang itu cuba mendapat sokongan bukan sahaja daripada rejim Zionis tetapi juga AS bagi melakukan gerakan menukar kerajaan.
''Hanya dengan sokongan daripada dua buah negara itu, Anwar boleh menukar Malaysia untuk menyokong Israel selain membantu perjuangannya untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.
Menurut Dr. Mahathir, sokongan AS itu diperlukan kerana tanpa sokongan daripada luar mungkin hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan kesampaian.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Kenyataan Tun Det adalah suatu provokasi murahan. Inilah modal yang digunakan dizaman beliau. Bila tersepit maka Tun Det akan buat cerita saraf untuk membodohkan minda Melayu. Kepada Tun Det lebih baik buat hal hal kebajikan macam Tun Lah yang sekarang duduk di hutan alam flora dan fauna.

GULING KERAJAAN

Tak ada kerja gila PAKATAN RAKYAT NAK GULING KERAJAAN. Tun Det cuba nak ubah perhatian rakyat. Rakyat sekarang bukan macam zaman Tun Det. 
BABI GULING MUNGKIN ADA
 

Saturday 18 February 2012

Kapal Israel Masih Singgah Di Malaysia


PENDOKONG UMNO DI HARAP JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN MUNAFIK PEMIMPIN ANDA YANG BERCAKAP TAK SERUPA BIKIN. MALAYSIA SEBENARNYA DAH LAMA JADI BARUA ANJING ISRAEL.

Israel Funding Corp dan Kerajaan Malaysia

 http://israelfundingcorp.com/palm_oil_for_sale.html 
UMNO bukan main hipokrit dalam lagak kononnya terlalu anti sangat pada Israel.
UMNO bukan main sakan melalak putar isu kononnya DSAI sokong Israel dengan ambil separuh kenyataan beliau.
UMNO pura pura sayu sedih mengenang nasib rakyat Palestine yang di bunuh dengan kejam oleh Regim Zionis.
UMNO tanpa segan silu memutar kepala sebahagian ulamak upahan untuk mengambil kesempatan politik untuk menipu bangsa sendiri.
PM yang sebelum ini tak pandai cakap fasal jihad Palestine dah mula pandai sebut kononnya sokong sangat pada HAMAS.

Masyarakat Felda bukan saja di tipu oleh UMNO dengan perancangan FGVM, tapi penat lelah pak cik makcik abang dan kakak peneroka yang menghasilkan tanaman kelapa sawit rupa rupanya terpalit dosa bila terbongkar cerita Minyak Sawit FELDA juga di eksport ke Israel. Inilah kisah BANGSA TIPU PERDAYA BANGSA.
Tahu kah wahai anak bangsa ku Melayu Islam bahawa ISRAEL FUNDING CORP adalah wakil sah pembeli dan penjual minyak kelapa sawit Malaysia (crude palm oil) yang SAH yang sejak 2005 hingga 2030.
Mungkin ini salah satu penyebab kenapa  Minyak Masak tak ada stok di negara kita khususnya di Perlis dan Kedah. Rupa rupanya di eksport ke Israel. 
Kalau pejuang tulin UMNO tak percaya boleh rujuk ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI).
Pada NGO NGO Islam yang memperjuangkan BOIKOT produk produk yang ada kepentingan Israel di harap juga memberikan kenyataan terbuka dalam hal ini.

Sila layari terus ke laman ini.  
http://israelfundingcorp.com/palm_oil_for_sale.html 

Mungkin ada 2 ekor pencegah parasit yang belum tahu cerita ini.  Pejuang Islam Tulin Sejati Kayu Jati

Friday 17 February 2012

Mungkinkah PRU 13 dah dekat??

Najib dah bayang bayang gila bayang PRU 13 dah nak dekat.
Kerana bimbang ekonomi dunia tidak stabil.
Kerana takut harga minyak bakal melambung.
Kerana gusar nilai RM bakal merudum.
Wang BR1M dah habis labur.
Kes NFC masih dok legar sana legar sini.
Isu pasir di Selangor untuk kambus Isu Lembu Mak Jat. 
Kayu JATI Hassan Benggali melalak sana dan sini.
Isu Valentine, AUKU, Wall Street Journal konon konon memihak BN.
Dakwat kekal pun silap silap apa akan jadi.
Katanya ramai anak muda tak daftar mengundi? SPRM cari alasan untuk elak daftar automatik
Burma, Indonesia, Thailand dan Bangladesh menjadi penentu kejayaan. Betapa bangsatnya negaraku sekarang!!
SELAMAT MENGUNDI BN



Thursday 16 February 2012

Kenyataan balas DSAI terhadap serangan isu Israel

Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya.

Media, pimpinan UMNO dan Dato’ Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin

Kenyataan saya kepada Asian Wall Street Journal secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin1.

Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama Kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan Menteri Luar nya, Putera Saud al Faisal2 bahawa:

“This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can’t keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security”.

Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama:

“The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people's foremost cause. In Jordan, the "final-status" issues—including borders, refugees, security and Jerusalem—are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel.”3

Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru. Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.

Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin4:

“If Israel withdraws to the ’67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people – what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them”.

Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. Parti Islam SeMalaysia berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Walaupun begitu Parti Keadilan Rakyat berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Ini berbeza dengan adu domba UMNO yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media UMNO menyerang saya sebagai ejen Israel, Menteri Luar dari UMNO secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu5.

Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, Menteri Pertahanan dari UMNO jugalah yang duduk berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 20096, walaupun perkara ini cuba dipadamkan.

Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu Perdana Menteri Israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994.

Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan UMNO bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke 15 terbesar.7 Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.

Sikap bermuka UMNO dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin.

Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi.

Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80% dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90% hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.

Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.

Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.

Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini.

Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin.

Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf.

Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).


ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM
PARTI KEADILAN RAKYAT

Tuesday 14 February 2012

Terprovokasi Isu Valentine & Isu KFC

Boleh di katakan setiap tahun isu valentine menjadi perbahasan. Ini menunjukan valentine bukan sesuatu yang baru malah pada umat Islam yang cinta akan agama sudah pasti tahu menilai akan hakikat valentine day. Namun lain persepsi bagi penganut agama lain terhadap valentine yang saya rasakan bukan untuk di bahaskan. Sedar atau tidak perbalahan antara parti politik mengenai isu valentine sebenar sengaja di tiup oleh pihak media dan parti lawan dengan tujuan maksud bukan untuk mencari kebenaran. Hakikatnya dapat kita lihat dengan jelas media utama sengaja meletakan perbalahan isu valentine di muka hadapan akhbar yang sudah tentu mempunyai sesuatu yang tersurat dan tersirat di sebalik hakikat sebenar. Bak kata perpatah melayu " bila ada yang pandai menepuk gendang maka ada kaki yang tidak sedar menari". Dengan isu valentine yang di palu oleh UMNO kenapa ada kalangan kita yang menari? Media sebenar bukan untuk mencari Valentine itu benar atau sebaliknya, tetapi lebih kearah nak melaga lagakan hubungan baik di kalangan Pakatan Rakyat. Begitu juga isu pergaduhan KFC yang melibatkan anak muda yang kebetulan tanpa di rancang sewajarnya tidak disambut dengan sentimen perkauman. Sekali lagi isu ini sengaja di lontar oleh media seolah olah menguji tahap kualiti darjah perkauman antara parti politik. Sehubungan dengan itu adalah diharapkan PR seharusnya mengambil banyak langkah kehadapan dan sama sekali menepis lontaran isu isu yang sengaja di mainkan dengan tujuan mendivertkan isu sebenar yang dihadapi dan di tanggung oleh rakyat Malaysia iaitu KORUPSI JENAYAH PIMPINAN ATASAN yang wajib di beri perhatian. Saya tidak nafikan ada kalangan masyarakat muslim yang terlibat secara langsung dengan isu valentine. Tapi wajar di akui kerosakan akhlak anak muda bukan hanya penglibatan didalam valentine sahaja. Kerosakan generasi anak muda adalah akibat gejala sosia yang kini gagal di kawal akibat negara hilang pembentukan intergriti dan jati diri akibat rasuah dan penyelewengan yang begitu dasyat yang dilakukan oleh para pimpinan atasan negara. Perbezaan jurang pendapatan yang semakin ketara, penggangguran yang meningkat, sistem pendidikan yang gagal melahirkan kualiti modal insan merupakan penyebab utama generasi kini hilang arah dan tujuan. Saya berharap kita akan lebih matang dalam menghadapi setiap isu yang di lontarkan dan jangan biarkan musuh jadikan kita HERO MALIM KUNDANG. Sekian

Friday 10 February 2012

Najib bacul tunduk pada US dan Zionis

Ketika Tun Mahathir sebelum menentang sebarang asakan tekanan dan tidak menyokong sebarang usaha US dan Israel untuk mengadakan sekatan ekonomi terhadap Iran, Najib dengan begitu bacul dan pondan mudah tunduk pada kempen tekanan ekonomi terhadap Iran.

Najib tidak layak untuk bercakap soal agama, soal Palestin, soal wasatiyah kepala bapak, soal kebajikan sekiranya masih tunduk dan mengikut telunjuk  US dan Zionis dalam hal ini.

Sebelum ini BN di bawah Najib terpaksa mengikut telunjuk US dan Israel untuk menghentikan eksport gas ke Iran, kini lebih dasyat lagi Najib tunduk untuk menghentikan eksport minyak sawit. Penghentian penghantaran minyak sawit, jelas memberikan petunjuk bahawa Najib sememangnya bersetuju untuk menekan Iran tanpa memikirkan nasib dan masa depan rakyat Iran yang berkemungkinan menghadapi krisis makanan.

PANGLIMA LOMPONG MENGAMPU SAJA YANG TUNDUK PADA REGIM US DAN ISRAEL

Thursday 9 February 2012

MALAYSIA KINI BARUA ISRAEL


1. Malaysia eksport minyak sawit ke Isreal

Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (kiri), dua syarikat tersebut didakwa mengeksport minyak sawit ke Israel melalui Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.
Minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod, dakwa Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard. Chegubard berkata dia mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.

2. Bekalan minyak sawit ke Iran 'disekat'

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Para pengeksport minyak sawit negara terpaksa menghentikan bekalan 30,000 tan bahan tersebut yang dibeli setiap bulan oleh Iran daripada para pengeluar Asia Tenggara berikutan kekangan baharu Tehran dalam prosedur pembayaran, demikian menurut dua sumber dagangan. Pemberhentian dalam eksport minyak sawit negara telah bermula sejak akhir tahun lalu, merupakan langkah terkini bagi memujuk Iran untuk tidak meneruskan pelancaran program senjata nuklear. Sekatan itu, yang dimulakan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) telah menjadikan ia sukar bagi pembeli minyak sawit Iran untuk menggunakan surat-surat kredit dan membuat pembayaran melalui orang tengah di Emiriah Arah Bersatu kepada pengeksport Malaysia.

SIAPA  SEBENAR JADI BARUA  SEBENAR???

SPRM antara DUA DARJAT


Yang ini SPRM CEPAT PANTAS DAN TELUS dan cepat kena jail
SMALL FISH

1.KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengotakan janji untuk tidak ‘beri muka’ kepada pemain yang terlibat dalam rasuah bola sepak apabila menyiarkan nama pemain dan pegawai yang terlibat mengatur perlawanan, semalam. Kontroversi mengenai rasuah mula menggegar bola sepak tanah air apabila beberapa pemain pasukan Perlis disoal siasat kerana disyaki menerima wang daripada bookie untuk mengatur perlawanan ketika dibelasah 7-2 oleh MP Muar dalam aksi pertama Liga Perdana musim ini.


2. KUALA LUMPUR- Dua pegawai Lembaga Tabung Haji yang dipercayai terlibat dalam sindiket melangkau giliran menunaikan haji atau 'haji ekspres' dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta di sini esok. Kedua-duanya berusia 30-an dan 40-an itu akan didakwa di bawah Seksyen 5(1) akta Jenayah Komputer 1997 dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Menurut sumber, seorang daripadanya dikatakan telah membuat capaian ke Pangkalan Data Tabung Haji dan memasukkan rekod jemaah haji menggunakan program khas tanpa kuasa.







Yang ini SPRM jadi LAMBAT LEMBIK dan BERLAPIK
BIG FISH

Aku Tenyeh
Beli dan Boros





































































Wednesday 8 February 2012

Ajaran Sesat Mama Lembu

Punya Haru Biru Allah swt mai jumpa dia  "Rupanya Allah kata wahai Sharizat kau ada Iman ada Ibadah ada Semangat atau kau nak tumbang begitu saja. (30 saat)
Mama Lembu minta Allah yang istikarah. Haha hahahhahhah( 1 min 40 saat)
Mama Lembu dah jadi karton......
Minta Jamil Khir tangkap ajaran sesat Mama Lembu...
Dah gila sewel.....
Ini agama Lembu agaknya. Keh Keh Keh


Cuci Dosa Mama Lembu Terbongkar lagi

Mama Lembu tobat minta Allah ikut cakap dia.
Mama Lembu ingat Allah itu macam orang.
Mama Lembu  Pi Jumpa Allah di Mekah nak minta tolong.
Mama Lembu kata " ada kala pemimpin kena minta tolong kat Allah.
Mama Lembu kata tindakannya mesti di redhai oleh Allah.
Mama Lembu kata " Allah menduga dia dengan projek Lembu"

Akan di bongkar lagi
2 buah kondo berharga RM 34.6 juta milik famili Mama Lembu
Terletak di atas restoren Mewah mereka di Singapore
Lepas nie Mama Lembu boleh pi Umrah lagi
Mama Lembu boleh main main dengan Allah???

Tuesday 7 February 2012

Nambikei Tambi Najib

Tambi Najib sama Aci Rosmah


Tambi Najib mau India mesti mau ada Nambikei (percaya)
India mau kasi Tambi Najib buah Tembikai ( tarak caya)

Tambi Najib cakap"Kamu tolong saya, dan saya tolong kamu. Nambikei. Kamu percaya saya dan saya percaya kamu,"
HINDRAF Saman PM 55 Billion

India cakap"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan menerima saman pertama dalam bahasa Tamil, di samping bahasa Melayu yang disyaratkan. Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) hari ini berkata akan memfailkan saman terhadap lelaki pertama dan kedua Malaysia itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Khamis .PM akan disaman RM55 bilion.

Nambikei UMNOGKOK Kuat Rasuah, Racist dan Idiot



Jerat BR1M RM 500 mengena














Perangkap dah mengena.
Umpan RM 500 dah mengena........
BR1M umpan yang paling berkesan tangkap rakyat miskin
Dah ada yang kena!!!!!
Nasib badan laaaaa korang.....
Lebih baik guling BN dari tanggung derita......

Monday 6 February 2012

Mama Lembu balik Umrah


Mama Lembu pi Mekah 3 kali dan 2 setengah bulan.
Kerana kata " Saya takut pada Allah dan nak minta petunjuknya".
Keh keh keh....Mana punya fatwa Mama Lembu ambil.
Masa Mama Lembu songlap wang rakyat  Tuhan tak nampak.

Mama Lembu tidak mau korang ajar pada Kak Rafidah.
Mama Lembu kata " dia dah tua. lantak p kat dia".
Masa lawan dulu Mama Lembu tikam belakang Kak Rafidah.
Sekarang Kak Rafidah tersengyeh lebar padan muka kat Mama Lembu.

Mama Lembu boleh kata dia tak tahu apa apa
Yang urus NFC anak dan laki dia
Mama Lembu sibuk urusan UMNOGKOK
Sakan sungguh Mama Lembu tak tau

Mama Lembu tuduh anak muda PKR  dok mengendap dia
Tak kan kut nak mengendap body expired longai
Geli geleman perasaan betul Mama lembu nie
Entah entah Mama Lembu yang ada feeling

Thursday 2 February 2012

Siapa sebenar Individu Profile Tinggi yang terlibat dalam jenayah ini??

PIHAK ATASAN PERLIS MENCURI DISEL???

Sudah berkali kali isu ini di bangkitkan

1. HOTEL PUTRA PALACE YANG DISELEWENG

2.INDIVIDU HIGH PROFILE YANG TERLIBAT DALAM SELEDUP DISEL.
 
 
HOTEL PUTRA PALACE KANGAR
 
 
 
 
 
 
 
 
Berikut adalah petikan dari FB YB Dato Seri Shahidan Kassim
SAYA INGIN MEMBUAT NOTA TERBUKA KEPADA YB DATO' AZIZAN SETIUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS:
1)MEMBUAT SIASATAN MENGENAI PENYELEWENGAN PUTRA PALACE DARI PENGSWASTAAN HINGGALAH KEPENGURUSAN YG BARU.YB DATO' HARUS AMBIL TINDAKAN TANPA MEMILIH BULU SAMA ADA YG TERLIBAT TERSEBUT PIHAK ATASAN ATAU PUN DIKALANGAN ANGGOTA PENGURUSAN...SAYA SYORKAN PENGURUSAN HOTEL BRASMANA AMBIL ALIH PUTRA PALACE DAN DALAM MASA YG SAMA BAGI PEMBELAAN KEPADA 37 ORG KAKITANGAN YG TELAH DIBERHENTIKAN...SAYA SYORKAN MB AMBIL ALIH SERTA MERTA EXKO PELABURAN..MALU PERLIS.
2)KES PENYELUDUPAN DIPERLIS SEMAKIN SERIOUS BANYAK PEHAK MENUDING JARI KEPADA PIHAK ATASAN YG JUGA TERLIBAT SAMA.YB SELAKU PENGERUSI JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN TIDAK BOLEH BERDIAM DIRI.TINDAKAN YG TEGAS HARUS DIAMBIL.
TERIMA KASIH...SK..KETUA SETIAUSAHA NEGARA.. 
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Apakah semua pihak jadi kaku tidak mampu bersuara dalam hal ini? Apakah dasar kerajaan negeri yang melihat "small fish" sedangkan "big fish" di lepaskan? Apakah kita sanggup melihat individu profile tinggi melantak dan mentekedarah hak subsidi rakyat? Apakah kita nak kekalkan penyamun profil tinggi? Mahukah saya hadiahkan sebuah BANTAL BUSUK kepada SPRM, PDRM, KERAJAAN NEGERI PERLIS sebagai tanda LENA DALAM TUGAS???KALAU BENAR SILA BUAT TINDAKAN!!!! KALAU TIDAK BENAR SILA KELUAR KENYATAAN RESMI!!! Rakyat Perlis sekarang bukan buta kayu!!!!Jangan fikir kami tiada hak untuk bersuara!!!!