Wednesday 25 April 2012

Tatapan BERSIH 3.0

HANTU RAYA


HANTU HIDUP 158 TAHUN

HANTU UMUR 132
HANTU KEPALA DUA


 Maka dengan sebab itu
Kita Rakyat Malaysia
BERSIH kan SPR
JOM BERSIH 3.0

Wednesday 18 April 2012

Pukul Raja Pukul!!!

17 Apr – Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden yang berlaku di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, dimana seorang pemuzik, SonaOne atau nama sebenarnya Mikael Adam Mohd Rafae mendakwa dia telah dipukul oleh seorang kerabat diraja Johor sehingga menyebabkan dia cedera parah di kepala dan terpaksa dikejarkan ke hospital.
Identiti kerabat diraja Johor tersebut tidak diberitahu oleh Mikael Adam, namun menurut sebuah blog hiburan szlihin.com, penyampai radio Fly Fm, Hunny Madu telah memberitahu identiti kerabat Johor yang didakwa memukul Mikael Adam di laman Twitter-nya.
"Tunku Mishal Ibrahim (kerabat Johor), bashed Mikael Lozach repeatedly when he pulled him out of his car. Result: fractured cheekbones.#justice," kata Hunny di laman Twitter-nya.
Menurut Hunny Madu lagi, Tunku Mishal sebelum ini juga pernah memukul Hafiz Hatim (adik kepada Hunny Madu) yang juga merupakan penyampai radio Fly Fm di kelab malam The Rootz, Bukit Bintang pada tahun lepas.
"A year ago, same dude assisted to bash Abe up. Both happened at The Rootz. Thanks you T.Mishal. #justice," kata Hunny lagi.
Mesti ramai yang tertanya siapakan Tunku Mishal ini. Nama penuhnya ialah Tunku Mishal Sharin bin Ibrahim, dan dia sah merupakan seorang kerabat Diraja Johor. Sila lihat disini untuk kepastian, www.royalark.net.
Kes ini telah diisukan kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ), dan TMJ memberi respon tidak mahu mengaku bahawa Tunku Mishal adalah kerabatnya. Malah dikatakan TMJ menyokong jika Tunku Mishal dipenjarakan.

Thursday 12 April 2012

Kalau UMNO tak mampu nak selesai PTPTN sila serah kerajaan pada PR


JANGAN BIAR INI TERJADI PADA ANAK KITA YANG DI HALANG KE LUAR NEGARA KERANA PTPTN

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

Hutangnya adalah RM24.7 bilion. Ini adalah pinjaman yang telah dikeluarkan oleh peminjam-peminjam sehingga kini.
Angka RM43 bilion yang disebut-sebut BN itu adalah jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diluluskan. Sebahagian besarnya belum dibayar, ada juga yang membatalkan pinjaman di tengah jalan dan pelbagai perkara lain.
PTPTN tidak meminjam wang dari institusi kewangan berdasarkan pinjaman yang diluluskan. Ia meminjam mengikut keperluan mengeluarkan pinjaman kepada pelajar seperti yang dituntut pelajar.
Oleh itu, jumlah yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan hutang PTPTN ialah RM24.7 bilion, iaitu separuh dari angka RM43 bilion yang disebut-sebut Perdana Menteri.

Bagaimana KEADILAN mahu membayar jumlah RM24.7 bilion ini?

Seperti juga pinjaman rumah yang kita buat, ia melibatkan tempoh masa pembayaran yang panjang. Jumlah RM24.7 bilion ini bukanlah perlu dibayar serta-merta apabila KEADILAN memansuhkan hutang PTPTN.
Jumlah ini akan dibayar mengikut tempoh masa 10 hingga 20 tahun di masa akan datang, seperti mana pinjaman-pinjaman lain yang dibuat kerajaan kini.
Jumlah yang perlu dibayar setiap tahun adalah antara RM2 bilion hingga RM2.5 bilion mengikut anggaran KEADILAN.
Ada banyak cara kerajaan boleh membayar jumlah ini.
Contohnya, kerajaan boleh merangka satu akta yang mensyaratkan mengikut undang-undang bahawa peratusan tertentu dari hasil minyak perlu dimasukkan kedalam tabung pelaburan pendidikan. Dana ini tidak boleh diganggu dan hanya boleh digunakan untuk pendidikan.
Setiap tahun, sejumlah RM2 bilion boleh diambil dari dana ini untuk membayar tanggungan hutang PTPTN yang diambil alih oleh kerajaan. Jika ini dibuat, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, kita berjaya menghapuskan hutang PTPTN.
Jika kerajaan tidak mahu menyentuh hasil minyak, kerajaan juga ada pilihan untuk melakukan kaedah pembiayaan semula (atau refinancing). Kerajaan boleh menerbitkan bon baru berjumlah RM2 bilion setiap tahun yang akan dibayar dalam tempoh yang lebih panjang, misalnya 20 tahun. Hasil dari bon ini boleh digunakan untuk membayar hutang PTPTN yang diambil alih.
Sebenarnya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menanggung kos menghapuskan hutang PTPTN ini. Malah, jika kerajaan berjimat dan menghentikan ketirisan perbelanjaan yang melebihi RM28 bilion setiap tahun, jumlah RM2 bilion yang perlu dibayar adalah terlalu sedikit.

Bagaimana pula dengan mereka yang telah membayar sebahagian hutang mereka?

Setakat akhir tahun 2011, dianggarkan RM2.8 bilion telah dibayar kembali oleh 651,000 peminjam sejak PTPTN diperkenalkan.
Sebahagian besar peminjam masih belum melunaskan hutang. Prestasi pembayaran balik juga berbeza-beza mengikut peminjam. Ada yang membayar dengan berterusan setiap bulan mengikut kadar yang ditetapkan. Ada yang membayar lebih rendah. Ada juga yang langsung tidak membayar.
Pun begitu, kutipan RM2.8 bilion bermakna secara puratanya 10% dari jumlah pinjaman yang diambil telah dibayar balik.
Ada pelbagai mekanisme yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan kebajikan dan keadilan kepada peminjam yang telah membayar hutang mereka.

Contohnya, kadar purata 10% boleh digunakan sebagai kadar minima pembayaran rebat dan ditambah dengan peratusan rebat yang berkadar terus dengan jumlah pembayaran seseorang individu, seperti berikut:
Maslan Ali meminjam RM18,000 dari PTPTN. Setakat ini beliau hanya membayar RM680 kepada PTPTN.
Munir Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN. Beliau telah membayar RM2,500 kepada PTPTN.
Mohamad Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN dan membayar RM4,800 setakat ini.
Kadar 10% pembayaran (iaitu kadar purata pembayaran) diambil kira sebagai kadar minima menentukan rebat yang dipulangkan kepada peminjam.
Maslan Ali hanya membayar 4% pinjamannya iaitu dibawah kadar purata nasional. Beliau tidak layak mendapat apa-apa pembayaran rebat.
Munir Ali membayar 12.5%. Beliau layak menerima rebat. Jika kadar pembayaran rebat ditetapkan sebagai berkadar terus dengan jumlah pembayaran, maka Munir Ali mendapat (12.5% X RM2,500 = RM312.50) sebagai rebat prestasi pembayaran PTPTN.
Begitu juga dengan Mohamad Ali yang bakal mendapat rebat sebanyak (24% X RM4,800 = RM1,152).
Banyak lagi mekanisme yang boleh diputuskan untuk menjamin kebajikan dan keadilan kepada peminjam yang membayar kepada PTPTN.
Jika kaedah pembayaran rebat seperti di atas digunapakai, maka tanggungan kerajaan untuk membayar rebat tidaklah setinggi seperti yang diwar-warkan. Jika kadar 10% adalah kadar purata pembayaran rebat, maka jumlah wang yang perlu diperuntukkan untuk membayar rebat kepada peminjam yang telah membayar adalah (10% X RM2.8 bilion = RM280 juta) sahaja.

Setelah kita hapuskan PTPTN, bagaimana kita akan membiayai yuran pengajian dan kos pendidikan tinggi rakyat selepas itu?

Masalah pembiayaan pendidikan tinggi rakyat yang meruncing bermula apabila Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pendidikan memperkenalkan beberapa akta baru dalam tahun 1996 seperti Akta Pendidikan dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
Pengenalan akta-akta ini menandakan bermulanya era bila mana tanggungjawab menyediakan tempat dan peluang pendidikan tinggi diserahkan kepada pihak swasta. Tindakan ini telah ditentang pimpinan siswa ketika itu atas kebimbangan ia samalah dengan memperniagakan sektor pendidikan tinggi.
PTPTN kemudiannya ditubuhkan dalam tahun 1997 yang bertujuan untuk menyediakan pembiayaan kepada belanja pendidikan tinggi yang mula melambung dengan penglibatan besar-besaran pihak swasta melalui IPTS.
Oleh kerana kerajaan tidak menyediakan tempat yang mencukupi untuk lepasan sekolah yang layak memasuki universiti, ratusan ribu rakyat pelbagai kaum terpaksa mendaftar ke IPTS yang yurannya lebih mahal.
Oleh itu, kita kena kembali kepada zaman sebelum 1996 iaitu tempat dan peluang untuk melanjutkan pendidikan tinggi kepada lepasan sekolah disediakan oleh kerajaan. Kos dan yurannya lebih rendah kerana tiada unsur “keuntungan” berbanding IPTS. Bila ini berlaku, peranan IPTS akan kembali kepada menyediakan peluang khas yang tidak dapat disediakan oleh IPTA seperti kursus-kursus khas, pengajian baru dan lain-lain.
Sejak tahun 2005, jumlah kemasukan pelajar ke IPTS telah mengatasi IPTA dan jurang ini semakin melebar saban tahun. Contohnya, dalam tahun 2005 nisbah kemasukan pelajar di IPTA:IPTS adalah 310,000 (IPTA) berbanding 337,000 (IPTS). Jurang ini telah meningkat menjadi 372,000 (IPTA) berbanding 466,000 (IPTS) menjelang 2010, mengikut unjuran yang dibuat Kementerian Pendidikan Tinggi sendiri.

Lambakan IPTS dan pergantungan kepada IPTS untuk menyediakan kemudahan pendidikan tinggi menyebabkan bebanan hutang PTPTN juga melambung, kerana yuran IPTS yang lebih mahal dan jumlah pemohon dari IPTS yang naik mendadak.
Jika ini berterusan, kerajaan di masa hadapan tidak mampu menanggung kos pendidikan tinggi.
Sebab itu, langkah pertama adalah mengembalikan peranan kerajaan dalam menyediakan tempat dan peluang melanjutkan pelajaran tinggi seperti sebelum 1996.
KEADILAN percaya jika 10 IPTA baru dibina dalam masa 10 tahun akan datang, 100,000 tempat baru di IPTA dapat disediakan. Ini akan mengurangkan pergantungan kepada IPTS dalam menempatkan pelajar lepasan SPM.
Pembiayaan pelajar di IPTA dibuat melalui 3 cara. Pertama, yurannya memang lebih murah kerana tiada unsur keuntungan tidak seperti IPTS. Kedua, jaminan KEADILAN bahawa melalui konsep pendidikan percuma, yuran dan kemudahan tempat tinggal disediakan kepada pelajar lalu mereka tidak perlu meminjam bagi kedua-dua tujuan ini. Ketiga, subsidi makanan dan lain-lain akan memastikan kos makan dan sara hidup pelajar di kampus tidak tinggi, lalu tidak memerlukan pembiayaan yang tinggi.
Berdasarkan yuran IPTA, subsidi kerajaan dan pembiayaan PTPTN sedia ada, kos purata untuk kursus sarjana muda bagi seorang pelajar setiap tahun adalah RM25,000.
Maka, kiraan awal kos pembiayaan yang perlu ditanggung:
Kos tambahan menyediakan pendidikan percuma bagi 100,000 tempat baru di 10 IPTA baru:
RM25,000 X 100,000 = RM2.5 bilion setiap tahun
Kos tambahan memastikan pendidikan percuma bagi 372,000 pelajar sedia ada di IPTA:

RM5,000 (pinjaman PTPTN biasa yang diberikan kepada pelajar IPTA) X 372,000 = RM1.86 bilion setiap tahun
Kos pembiayaan baki pelajar di IPTS (anggaran berdasarkan pengurangan 30% tempat di IPTS dan hanya 35% dari pelajar IPTS mengambil PTPTN, berdasarkan rekod semasa):
RM25,000 (pinjaman PTPTN biasa yang diberikan kepada pelajar IPTS) X 60,000 = RM1.5 bilion setiap tahun
Maka, jumlah pembiayaan pendidikan tinggi di bawah rancangan yang dipertimbangkan KEADILAN adalah (RM2.5 b + RM1.86 b + RM1.5 B) RM5.86 bilion setiap tahun.
Dalam tahun 2010, PTPTN meluluskan RM6.1 bilion pinjaman kepada peminjam.
Ini bermakna, jumlah yang ditanggung kerajaan kini lebih tinggi berbanding dengan jumlah pembiayaan sekiranya pendidikan percuma diperkenalkan melalui pengwujudan 10 IPTA baru bagi menyediakan 100,000 tempat baru seperti yang dicadangkan KEADILAN.

Walaupun PTPTN dihapuskan, dana pinjaman kepada pelajar yang masih mahu meneruskan pelajaran di IPTS tetap disediakan tetapi jumlah ini lebih kecil berbanding tanggungan RM6 bilion setiap tahun sedia ada.
Tambahan pula, lebih ramai pelajar yang akan menikmati kemudahan pendidikan percuma kerana tempat-tempat di IPTA adalah mencukupi dan keperluan menyediakan pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar akan berkurangan dengan mendadak.

Semua ini bakal dibiayai dengan kos yang tidak banyak berbeza dengan kos yang dibelanjakan sekarang. Bezanya, wang akan dilaburkan di dalam IPTA baru untuk menyediakan lebih banyak tempat bagi pendidikan tinggi percuma, bukannya disalurkan ke pelbagai IPTS seperti sedia ada.


Tuesday 10 April 2012

Altantuya Kembali Mencari Najib. Mana Mau Lari

Shaariibuu: Altantuya pernah tunjukkan gambar bersama Najib 
Shaariibuu Setev mendakwa bahawa anaknya, Altantuya pernah menunjukkan gambarnya bersama Najib Razak dan Abdul Razak Baginda, sebelum Altantuya datang ke Malaysia. Menurut Shaariibuu Setev, Altantuya menuding kepada Najib dalam gambar, sambil berkata dirinya mahu datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Najib, agar memutuskan sesuatu.

Shaariibuu Setev yakin bahawa dirinya mampu mengaitkan kes pembunuhan anak perempuannya dengan pembelian kapal selam, dan sudi menampilkan diri sebagai saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis.

"Seandainya mahkamah Perancis meminta saya menjadi saksi, saya sudi untuk hadir dan memberi keterangan saya di situ. Apa yang penting, saya mendedahkan apa yang saya ketahui pada masa yang tepat," katanya dalam satu sidang media di Petaling Jaya, tadi.

Shaariibuu Setev menambah, sebelum anak perempuannya datang ke Malaysia, beliau bertanyakan sebabnya. Altantuya pada ketika itu menunjukkan satu gambar yang diambil bersama Najib dan Abdul Razak Baginda, malah mendakwa gambar itu diambil di Perancis.

Hentikan Sekatan dan Perang pada IRAN.


Kami, gabungan pertubuhan masyarakat madani dan individu yang prihatin, mengutuk sekeras-kerasnya gertakan dan ancaman Amerika Syarikat dan Israel untuk menyerang Iran. Kami amat kesal sekatan yang dikenakan oleh Amerika ke atas rakyat Iran dan tekanan kepada negara-negara lain untuk memutuskan hubungan dagangan dan urusan ekonomi secara langsung dengan Iran.


Alasan yang diberikan oleh Amerika dan Israel atas tindakan zalim dan melanggar norma undang-undang antarabangsa ini adalah bertujuan untuk menghentikan Iran daripada membina senjata nuklear.


Tuduhan oleh Amerika, Israel dan sesetengah negara Eropah bahawa Iran sedang membina senjata nuklear ternyata tidak berasas dan tidak benar sama sekali. Beberapa laporan daripada agensi intelijen Amerika dan Israel secara mutlaknya menyebut bahawa Iran tidak membina senjata nuklear dan tidak membuat keputusan untuk melakukannya.


Walaupun pemeriksaan secara extensif dilakukan oleh International Atomic Energy Agency (IAEA), mereka tidak menjumpai bukti yang jelas bahawa Iran sedang membina senjata nuklear. Pada tahun 2007, Ketua Pengarah IAEA, Dr. Mohammad El-Baradei pernah berkata bahawa “Kami tidak mendapati apa-apa aktiviti yang tidak diikrarkan atau program pembinaan senjata”.



Walaupun kenyataan muktamad El-Baradei menyatakan bahawa Iran tidak terlibat dalam pembinaan senjata, Ketua Pengarah IAEA yang baru, Yukiya Amano berkata bahawa Iran mungkin berekperimentasi dengan kajian ketenteraan sebelum tahun 2004 dan ini mungkin berterusan. Kenyataan ini bersifat spekulatif dan tidak didasarkan kepada bukti kukuh serta dibuat dalam keadaan Amerika sedang bersiap-siap untuk melaksanakan sekatan yang lebih ketat ke atas Iran.


Menurut sumber WikiLeaks, selepas Amano dilantik ke jawatan Ketua Pengarah IAEA, belia merakamkan ucapan terima kasih kepada Amerika kerana menyokong pencalonan beliau dan memberikan jaminan bahawa beliau akan solid menyebelahi Amerika dalam setiap keputusan penting, daripada perlantikan personal di tahap tertinggi kepada pengendalian kes pertuduhan program senjata nuklear ke atas Iran.


Di bawah kepimpinan Amano, IAEA seolah olah menjadi alat Amerika dan Israel dalam mencapai matlamat geo-politik mereka. Amano telah menggadaikan prinsip kemandirian dan integriti IAEA, oleh itu beliau harus meletak jawatan.


Pada tahun 2007, sepatutnya pemeriksaan ke atas program nuklear Iran dimuktamadkan namun Amerika dan Israel mempunyai alasan tersendiri untuk meneruskan pemeriksaan ini di bawah Majlis Keselamatan PBB. Dengan memanipulasi isu nuklear mereka berhasrat untuk melakukan ‘regime change’ di Iran seperti mana yang mereka lakukan di Iraq. Iran disasarkan untuk agenda ‘regime change’ adalah semata-mata kerana mereka menentang hagemoni Amerika dan menyokong perjuangan rakyat Palestin.


Pada Februari 2012, Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin menuduh Barat sengaja ingin melakukan perubahan regim atas helah untuk menghentikan percambahan senjata pemusnah besar-besaran (WMD).


Sikap hiprokit dan ‘double standard’ Barat amat ketara.


Israel secara diam-diam membina dan memproses lebih daripada 200 senjata nuklear beserta sistem penghantaran yang sofistikated melalui jalan air, lautan dan darat. Israel bukan anggota kepada Nuclear Non-Proliferation Treaty (NPT), maka ia tidak tertakluk kepada pemeriksaan IAEA, sementara Iran adalah tertakluk kepada pemeriksaan IAEA.


Israel telah melakukan tindakan agresif kepada negara-negara jiran dengan berulang kali mengancam untuk menggunakan senjata nuklear. Sewaktu Amerika memejamkan mata kepada tindakan negara samseng ini bercanggah dengan undang-undang, dalam masa yang sama mereka mengenakan sekatan yang melumpuhkan ke atas Iran hanya kerana menjalankan hak mereka untuk memperkayakan uranium bagi tujuan menghasilkan tenaga dan perubatan.

Sekatan ini menurut Gary Ackerman, Ahli Kongres Amerika adalah berniat untuk melumpuhkan dan memusnahkan ekonomi Iran yang akhir menyebabkan rakyat Iran akan tertekan dan bangkit untuk membuang pemerintah yang sedia ada. Jika melalui jalan ini gagal, maka jalan perang akan diambil yang akhir menyebabkan kehilangan nyawa, kemusnahan dan kemeruduman ekonomi global.


Ancaman perang dan memaksakan sekatan ekonomi ke atas negara yang berdaulat merupakan satu jenayah undang-undang antarabangsa malangnya masyarakat dunia tidak melakukan sesuatu untuk menghalang tindakan tidak bertamadun ini. Sebaliknya banyak negara negara berkerjasama dengan Amerika untuk menghancurkan ekonomi Iran yang menyebabkan penderitaan dan kesusahan yang teramat sangat di pihak rakyat Iran.


Satu tragedi yang amat memalukan apabila negara OIC seperti Arab Saudi dan negara teluk yang sepatutnya membantu Iran bersesuaian dengan Piagam OIC, sebaliknya menyokong usaha sekatan ekonomi tajaan Amerika ke atas Iran. Kami memuji usaha dan keputusan daripada mesyuarat negara BRICS yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan untuk tidak menyokong tindakan sekatan ini dan berhenti mengimport minyak Iran.


Pertubuhan masyarakat madani harus bangkit menentang keangkuhan Amerika dan Israel dengan memobilasi masyarakat untuk menentang ancaman perang terhadap Iran dan memecahkan sekatan ekonomi Amerika.


Kami menyeru:

1.   Kerajaan Malaysia untuk menarik balik arahannya kepada Petronas untuk berhenti untuk mengimport minyak dari Iran dan mempromosikan jualan minyak sawit dan produk-produk penting kepada Iran.

2.    OIC  Mengutuk ancaman perang Amerika-Israel terhadap Iran dan menyeru semua ahlinya membantah seruan Amerika untuk sekatan ekonomi dan memperkukuhkan hubungan ekonomi dengan Iran. Memulakan inisiatif di PBB untuk menghalang ancaman perang dan membuang sekatan ekonomi Amerika.


3.    Dewan perniagaan, kesatuan sekerja, pertubuhan kebudayaan; keagamaan; pendidikan; pelajar dan belia, dan Ngo di Malaysia dan Indonesia untuk terus mara melakukan hubungan dan aktiviti solidariti bersama dengan rakan-rakan di Iran.


4.    Rakyat Malaysia dan Indonesia harus terus membeli produk Iran dan memboikot produk Amerika sebagai tanda sokongan kepada rakyat Iran.


5.    Ngo dan para pelajar  disarankan menganjurkan pertemuan dan kempen untuk mendidik masyarakat awam dan pembuat dasar berkenaan konflik ini dan memobilasi sokongan massa untuk menghalang perang dan menamatkan sekatan.


Dipersetujui bersama oleh:
Citizens International
Universal Justice Network
TERAS
ABIM
Sekretariat Majils Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (JAMA’IY)
Citizens Want Peace , Indonesia
Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH)
Ilmuan
Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS)
Teachers Working Group , Indonesia
PAHAM Keadilan , Indonesia
Prihatin Malaysia
Assyakirin Network of Friendship
Warga Muafakat NGO Islam Kedah (WEHDAH)
Strategic Point , Indonesia
Perantau
MP YB Dato Kamaruddin Jaafar
NADI (Nusantara Initiative for Peace and Justice)



Mohd Azmi  Kordinator Kempen Katakan Tidak Kepada Perang dan Sekatan Ke atas Iran.



Thursday 5 April 2012

FLYING KICK FAM


KELANA JAYA - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa digantung dua setengah tahun berkuat kuasa hari ini.

Hukuman diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang lebih tiga jam, yang turut menetapkan bahawa Annuar tidak boleh mengemukakan rayuan.
 
Suatu pengajaran bagi semua kita khususnya UMNO
Dunia Demokrasi sewajarnya dibenarkan "KRITIK"
Hari ini FAM seperti YES MEN
Mutu bola sepak negara tidak pernah KONSISTEN
Kerana di situ ada NO DEMOKRASI
Siapa lawan aku, pasti aku TERAJANG!!!
Sebelum ini Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil yang digantung kerana mengkritik FAM.
Hingga kini semua membisu YES MEN tak berani bersuara
Kerana takut segan di anggap PENDERHAKA
Apakah kita akan biarkan YES MEN berterusan di FAM
 

Lepas ni kita tunggu MULUT BUIH komen


Tuesday 3 April 2012

Najib Janji Di Kota Kartun

MAU LARI MANA TAMBY MONGGOL
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan yang menerajui negara pada hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab, amanah dan sentiasa menepati janjinya.
Beliau yang kini genap tiga tahun menjadi Perdana Menteri berkata, kerajaan pimpinannya bukan kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab terutama dalam merangka dasar dan membelanjakan wang negara.
UTUSAN MELOYA

Amanah!!!!
  • Hancur berkecai Altantuya
  • Cincin Rosmah RM 24.5 juta
  • Lembu NFC RM 250 juta
  • Pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.
Alahai Mamat sengal nie. Tiba tiba tak pasal pasal mengaku kononnya dah tunai janji. Mungkin janji film Karton kut.  Mamat sengal nie ingat rakyat mabuk todi. Dia lupa dia dah mabuk kuasa. Hala tuju Mamat ini jelas. Selagi aku boleh kaut, pasti aku kaut. Jadi kita kena tukar segera Mamat sengal ini and the geng sekali.
JOM MASUK PARIT LONGKANG