Tuesday 29 May 2012

KONGSI GELAP DAN PDRM

WAWANCARA Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.

Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."

Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.

Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.

"Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya.

Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik.

"Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya.

Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.

Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada mereka di dalam pasukan polis.

"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka.

"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya.

Wawancara dijalankan Fathi Aris Omar, Hafiz Yatim, Ahmad Fadli KC dan Nigel Aw. 
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
 Kenyataan ini jelas jelas membuktikan negara kita sudah di kawal oleh Mafia Kongsi Gelap. 
Siapakah ahli Politik yang di sebut? 
So benarlah selama ini ..
Patut pun dadah dan kejahatan tidak berjaya di hapuskan..
Apakah tangkapan hanya pada KAMBING HITAM aja supaya agenda jenayah berterusan.
  

Friday 18 May 2012

French judges probe Malaysian prime minister’s role in submarine purchase bribes

SELURUH DUNIA DAH TAHU LUBANG MAMAT MONGGOL INI. APAKAH KITA MASIH MAHU TERIMA BAPAK PERASUAH ZALIM INI???


A Paris court of inquiry has started an investigation which may finally link the dots between Malaysian Prime Minister Najib Razak, his country’s purchase of two French submarines, bribes worth nearly $200 million and the murder of a Mongolian model by his bodyguards.
The in camera inquiry by judges Roger Le Loire and Serge Tournaire, who are highly experienced investigators in corruption and human rights cases, will try to discover if the French defence company DCNS and its project partner Thales International paid the bribes to secure the 2002 contract to supply two Scorpene submarines to the Malaysian navy.
Their inquiry will build on two years of investigation and evidence-gathering by French police.
The deal was done while Najib was defence minister and attention is focused on the role played by Najib’s close friend and policy adviser, Abdul Razak Baginda.
French officials have let it be known they are especially interested in two payments by the French arms dealers.
One was for 114 million euros ($148 million) and went to a Malaysian company called Perimekar for “logistical support.”
Perimekar was at the time wholly owned by a company which was controlled by Razak Baginda and his wife, Mazalinda.
The examining magistrates also want to hunt down the story behind payments worth $46 million to a company called Terasasi, which was originally incorporated in Malaysia, but then registered itself in Hong Kong where, according to the online magazine Asia Sentinel, it is listed among 142 companies at a convenience address in the Wan Chai district.
The registered directors of Terasasi are Razak Baginda and his father Abdul Malim Baginda.
Questions about the submarine deal became more intense and sharp in October 2006 after the body of Mongolian model and translator Altantuya Shaariibuu was discovered in the jungle outside Kuala Lumpur.
She had been shot in the head and an attempt then made to destroy her body with military C4 explosive.
Altantuya was the jilted lower of Razal Baginda and she had last been seen causing a scene outside his house.
A few years before she had been a model in France and in 2004 she accompanied Razal Baginda to act as translator when he was negotiating the Scorpene deal.
In a handwritten letter found after her death she said she intended to confront Razak Baginda and demand $500,000 as the price of her silence on the details of the Scorpene agreement.
Even the politically attuned Malaysian courts could not avoid this case.
But although Razak Baginda and two of then-defence minister Najib’s bodyguards, Azilah Hadri and Sirul Azhar Umar, were charged with murder the outcome was deftly finessed.
In an astonishing piece of courtroom stage management, Razak Baginda, was not required to answer to the charges of abetting Altantuya’s murder, was released and now lives in exile in Britain.
The bodyguards took the fall and have been sentenced to death. They are appealing the verdict, but that hearing has been delayed.
It is widely predicted that appeal will not be heard until after the next elections, expected in June, when, if Najib and his governing coalition are returned to power, a way may be found to acknowledge the bodyguards’ loyalty.
After failing to get a full investigation of the Scorpene affair in Malaysia, many Malaysian human rights advocates and Altantuya’s family put a lot of faith in the French investigation.
However, there was initial disappointment when it appeared that judges Le Loire and Tournaire would investigate only the bribery allegations and not look at the murder of Altantuya.
But 10 days ago the Malaysian human rights group Suaram was allowed to give the judges a private briefing. Spokesmen for the group said afterward they described the political context of the affair from the Malaysian point of view and gave the judges a list of potential witnesses.
Among them is Razak Baginda, and there are reports the judges may attempt to subpoena him from Britain.
Others on the list, such as Prime Minister Najib, are unlikely to take any notice.
But Altantuya’s father, Setev Shaariibuu, says he intends to go to Paris from Mongolia and that from his last conversation with his daughter he can “connect the dots” for the judges.
jmanthorpe@vancouversun.com

@@@@@@@@@@@@@@@@
RAKYAT MALAYSIA SILA BUKA MATA HATI SEBELUM UNDI MAMAT MONGGOL INI.

Sunday 13 May 2012

Mamat Monggol Lupa 2 Yang Bakal Di Gantung

Polis, tentera juga manusia biasa’2012/05/13

KUANTAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, mempertahankan anggota keselamatan, termasuk polis dan tentera dan meminta rakyat tidak terus menyalahkan golongan ini yang juga manusia biasa.

Beliau berkata, rakyat perlu sentiasa menghormati dan menyanjung tinggi kedaulatan undang-undang dalam apa jua keadaan dan elakkan diri daripada melakukan kerosakan serta mencederakan anggota keselamatan itu.
“Jika kita cederakan mereka, apa perasaan anak, isteri serta anggota keluarga mereka? Seolah-olah orang yang menyerang pihak keselamatan ini seperti lupa yang mereka ini juga rakyat Malaysia,” katanya.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Mamat monggol nie cakap apa deh... Pertahankan Polis? Lupakah dua kambing hitam yang kini menunggu untuk di gantung demi Mamat Monggol.
MUNGKIN SIRUL & AZHAR BUKAN MANUSIA BIASA. JADI KITA BOLEH SALAHKAN AJA.

Sunday 6 May 2012

PDRM DAH JADI APA?

KHALID TERAJANG SAYA
Alahai PDRM!!!! Siapa yang terajang POLIS TRAFIC. Jangan jadi budak budak. Sekali lagi kita siarkan foto ini agar semua orang sedar tektik dan teknik menuduh Khalid Ismath terajang Polis Trafik. Mulut SB kepit mengepap serta kepala senget dan gaya rambut jelas menunjukan ada SB menyamar dalam BERSIH 3.0. Apakah pakar forensik PDRM dah jadi bangang dalam hal ini? Apakah maruah PDRM main tuding sudah terserlah. Kita minta Polis yang terbabit yang tampil untuk menafikan semua ini. Kita minta Polis Trafik yang kena terajang juga menjadi saksi siap sebenar yang menendang beliau.

Utusan Malaysia Fitnah Khalid Ismath

Utusan Malaysia
 
KHALID Mohd. Ismath ketika tiba di Pejabat Detektif (CID) Jabatan Siasatan Jenayah, Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur, semalam. Gambar kiri: Khalid Mohd. Ismath menendang anggota polis trafik sewaktu perhimpunan Bersih 3.0.
KUALA LUMPUR 5 Mei - Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Mohd. Ismath ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan pada perhimpunan haram Bersih 3.0, ketika dia hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Khalid dikehendaki setelah gambarnya yang sedang menendang seorang anggota polis trafik yang terjatuh ketika bertugas pada perhimpunan itu, 28 April lalu disiarkan di akhbar-akhbar kelmarin.
@@@@@@@@@@@@@
Utusan Malaysia sekali lagi melakukan pembohongan pada rakyat. Siapalah yang sebenarnya menendang Polis Trafic?  Kepada Saudara Khalid Ismath, anda boleh segera saman Utusan Malaysia kerana melakukan pembohongan.

Wednesday 2 May 2012

Media Najib Cari Untung Haram Dengan Fitnah dan Gambar Sex

Kalau soal pasal majallah Playboy maka bukan main lantang Ulamak UMNO bersuara melalak lalak.
Hari ini Najib Rosmah and the geng bagai hilang akal, hilang arah, hilang tujuan dan hilang segala galanya hingga sanggup lacurkan Media Utama Eletronik dan Cetak dengan sanggup meletakan bahan tidak bermaruah dengan cubaan menipu minda pembaca khususnya bangsa Melayu Islam.  
KAPAL SELAM MENANTI MU DI PERANCIS


Hari ini pembeli MEDIA UTAMA sekali gus memberikan rezeki haram dengan menyebarkan gambar gambar yang tidak bermaruah yang kononnya melibatkan YB Azmin Ali. 

Hari ini kalau Ulamak masih membisu dalam hal ini, melambangkan ia merestui tindakan Najib Rosmah melakukan FITNAH DURJANA. Apakah Ulamak masih takut akan terpelanting segala rezeki sedangkan rakyat bawahan yang rendah ilmunya yakin akan rezeki itu pemberian Allah swt dan tiada siapa pun yang mampu menghalangnya.


Hari ini sedar atau tidak betapa rendahnya maruah MEDIA UTAMA berbahasa Melayu yang hilang kredibiliti akibat terikut sang Najib Rosmah Cincin Puaka.
 
WANITA TAK SEDAR DIRI : MAMA ROSMAH



Dajjal DiSebalik Rusuhan BERSIH 3.0

Wanita SB yang memakai gelang kuning
PDRM sepatutnya menjaga keselamatan dan bukan mengharukan keadaan
Inilah wajah Provokator yang bertindak memecah pagar. Arahan siapa?? Apakah elemen Zionis di terap dalam PDRM?
SIPUT BABI yang diarahkan membuat kacau bilau
Apakah PDRM memiliki COTA BESI?
Dia terajang Trafic. Siapakah dia? 
Kenapa Polis terajang Polis? 
Lepas Terajang dia pakai vest Polis.
 Jadi siapa terajang siapa???





Kepada PDRM yang sudah lama menjadi bahan dan alat UMNO. PDRM sewajarnya bertindak menjaga keselamatan dan bukan merancang untuk memporak perandakan keadaan. BERSIH 3.0 aman dari malam 28hb Apr 2012 hingga jam 3.30 ptg 28hb Apr 2012. Seperti biasa UMNO yang hidup nyawa ikan akan melakukan apa saja bagi memastikan rakyat di tipu. Maka PDRM di jadikan bahan mangsa untuk membuli rakyat. Namun mereka lupa zaman yang serba canggih ini sukar untuk menutup segala kejahatan.

Wednesday 25 April 2012

Tatapan BERSIH 3.0

HANTU RAYA


HANTU HIDUP 158 TAHUN

HANTU UMUR 132
HANTU KEPALA DUA


 Maka dengan sebab itu
Kita Rakyat Malaysia
BERSIH kan SPR
JOM BERSIH 3.0

Wednesday 18 April 2012

Pukul Raja Pukul!!!

17 Apr – Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden yang berlaku di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, dimana seorang pemuzik, SonaOne atau nama sebenarnya Mikael Adam Mohd Rafae mendakwa dia telah dipukul oleh seorang kerabat diraja Johor sehingga menyebabkan dia cedera parah di kepala dan terpaksa dikejarkan ke hospital.
Identiti kerabat diraja Johor tersebut tidak diberitahu oleh Mikael Adam, namun menurut sebuah blog hiburan szlihin.com, penyampai radio Fly Fm, Hunny Madu telah memberitahu identiti kerabat Johor yang didakwa memukul Mikael Adam di laman Twitter-nya.
"Tunku Mishal Ibrahim (kerabat Johor), bashed Mikael Lozach repeatedly when he pulled him out of his car. Result: fractured cheekbones.#justice," kata Hunny di laman Twitter-nya.
Menurut Hunny Madu lagi, Tunku Mishal sebelum ini juga pernah memukul Hafiz Hatim (adik kepada Hunny Madu) yang juga merupakan penyampai radio Fly Fm di kelab malam The Rootz, Bukit Bintang pada tahun lepas.
"A year ago, same dude assisted to bash Abe up. Both happened at The Rootz. Thanks you T.Mishal. #justice," kata Hunny lagi.
Mesti ramai yang tertanya siapakan Tunku Mishal ini. Nama penuhnya ialah Tunku Mishal Sharin bin Ibrahim, dan dia sah merupakan seorang kerabat Diraja Johor. Sila lihat disini untuk kepastian, www.royalark.net.
Kes ini telah diisukan kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ), dan TMJ memberi respon tidak mahu mengaku bahawa Tunku Mishal adalah kerabatnya. Malah dikatakan TMJ menyokong jika Tunku Mishal dipenjarakan.

Thursday 12 April 2012

Kalau UMNO tak mampu nak selesai PTPTN sila serah kerajaan pada PR


JANGAN BIAR INI TERJADI PADA ANAK KITA YANG DI HALANG KE LUAR NEGARA KERANA PTPTN

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

Hutangnya adalah RM24.7 bilion. Ini adalah pinjaman yang telah dikeluarkan oleh peminjam-peminjam sehingga kini.
Angka RM43 bilion yang disebut-sebut BN itu adalah jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diluluskan. Sebahagian besarnya belum dibayar, ada juga yang membatalkan pinjaman di tengah jalan dan pelbagai perkara lain.
PTPTN tidak meminjam wang dari institusi kewangan berdasarkan pinjaman yang diluluskan. Ia meminjam mengikut keperluan mengeluarkan pinjaman kepada pelajar seperti yang dituntut pelajar.
Oleh itu, jumlah yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan hutang PTPTN ialah RM24.7 bilion, iaitu separuh dari angka RM43 bilion yang disebut-sebut Perdana Menteri.

Bagaimana KEADILAN mahu membayar jumlah RM24.7 bilion ini?

Seperti juga pinjaman rumah yang kita buat, ia melibatkan tempoh masa pembayaran yang panjang. Jumlah RM24.7 bilion ini bukanlah perlu dibayar serta-merta apabila KEADILAN memansuhkan hutang PTPTN.
Jumlah ini akan dibayar mengikut tempoh masa 10 hingga 20 tahun di masa akan datang, seperti mana pinjaman-pinjaman lain yang dibuat kerajaan kini.
Jumlah yang perlu dibayar setiap tahun adalah antara RM2 bilion hingga RM2.5 bilion mengikut anggaran KEADILAN.
Ada banyak cara kerajaan boleh membayar jumlah ini.
Contohnya, kerajaan boleh merangka satu akta yang mensyaratkan mengikut undang-undang bahawa peratusan tertentu dari hasil minyak perlu dimasukkan kedalam tabung pelaburan pendidikan. Dana ini tidak boleh diganggu dan hanya boleh digunakan untuk pendidikan.
Setiap tahun, sejumlah RM2 bilion boleh diambil dari dana ini untuk membayar tanggungan hutang PTPTN yang diambil alih oleh kerajaan. Jika ini dibuat, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, kita berjaya menghapuskan hutang PTPTN.
Jika kerajaan tidak mahu menyentuh hasil minyak, kerajaan juga ada pilihan untuk melakukan kaedah pembiayaan semula (atau refinancing). Kerajaan boleh menerbitkan bon baru berjumlah RM2 bilion setiap tahun yang akan dibayar dalam tempoh yang lebih panjang, misalnya 20 tahun. Hasil dari bon ini boleh digunakan untuk membayar hutang PTPTN yang diambil alih.
Sebenarnya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menanggung kos menghapuskan hutang PTPTN ini. Malah, jika kerajaan berjimat dan menghentikan ketirisan perbelanjaan yang melebihi RM28 bilion setiap tahun, jumlah RM2 bilion yang perlu dibayar adalah terlalu sedikit.

Bagaimana pula dengan mereka yang telah membayar sebahagian hutang mereka?

Setakat akhir tahun 2011, dianggarkan RM2.8 bilion telah dibayar kembali oleh 651,000 peminjam sejak PTPTN diperkenalkan.
Sebahagian besar peminjam masih belum melunaskan hutang. Prestasi pembayaran balik juga berbeza-beza mengikut peminjam. Ada yang membayar dengan berterusan setiap bulan mengikut kadar yang ditetapkan. Ada yang membayar lebih rendah. Ada juga yang langsung tidak membayar.
Pun begitu, kutipan RM2.8 bilion bermakna secara puratanya 10% dari jumlah pinjaman yang diambil telah dibayar balik.
Ada pelbagai mekanisme yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan kebajikan dan keadilan kepada peminjam yang telah membayar hutang mereka.

Contohnya, kadar purata 10% boleh digunakan sebagai kadar minima pembayaran rebat dan ditambah dengan peratusan rebat yang berkadar terus dengan jumlah pembayaran seseorang individu, seperti berikut:
Maslan Ali meminjam RM18,000 dari PTPTN. Setakat ini beliau hanya membayar RM680 kepada PTPTN.
Munir Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN. Beliau telah membayar RM2,500 kepada PTPTN.
Mohamad Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN dan membayar RM4,800 setakat ini.
Kadar 10% pembayaran (iaitu kadar purata pembayaran) diambil kira sebagai kadar minima menentukan rebat yang dipulangkan kepada peminjam.
Maslan Ali hanya membayar 4% pinjamannya iaitu dibawah kadar purata nasional. Beliau tidak layak mendapat apa-apa pembayaran rebat.
Munir Ali membayar 12.5%. Beliau layak menerima rebat. Jika kadar pembayaran rebat ditetapkan sebagai berkadar terus dengan jumlah pembayaran, maka Munir Ali mendapat (12.5% X RM2,500 = RM312.50) sebagai rebat prestasi pembayaran PTPTN.
Begitu juga dengan Mohamad Ali yang bakal mendapat rebat sebanyak (24% X RM4,800 = RM1,152).
Banyak lagi mekanisme yang boleh diputuskan untuk menjamin kebajikan dan keadilan kepada peminjam yang membayar kepada PTPTN.
Jika kaedah pembayaran rebat seperti di atas digunapakai, maka tanggungan kerajaan untuk membayar rebat tidaklah setinggi seperti yang diwar-warkan. Jika kadar 10% adalah kadar purata pembayaran rebat, maka jumlah wang yang perlu diperuntukkan untuk membayar rebat kepada peminjam yang telah membayar adalah (10% X RM2.8 bilion = RM280 juta) sahaja.

Setelah kita hapuskan PTPTN, bagaimana kita akan membiayai yuran pengajian dan kos pendidikan tinggi rakyat selepas itu?

Masalah pembiayaan pendidikan tinggi rakyat yang meruncing bermula apabila Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pendidikan memperkenalkan beberapa akta baru dalam tahun 1996 seperti Akta Pendidikan dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
Pengenalan akta-akta ini menandakan bermulanya era bila mana tanggungjawab menyediakan tempat dan peluang pendidikan tinggi diserahkan kepada pihak swasta. Tindakan ini telah ditentang pimpinan siswa ketika itu atas kebimbangan ia samalah dengan memperniagakan sektor pendidikan tinggi.
PTPTN kemudiannya ditubuhkan dalam tahun 1997 yang bertujuan untuk menyediakan pembiayaan kepada belanja pendidikan tinggi yang mula melambung dengan penglibatan besar-besaran pihak swasta melalui IPTS.
Oleh kerana kerajaan tidak menyediakan tempat yang mencukupi untuk lepasan sekolah yang layak memasuki universiti, ratusan ribu rakyat pelbagai kaum terpaksa mendaftar ke IPTS yang yurannya lebih mahal.
Oleh itu, kita kena kembali kepada zaman sebelum 1996 iaitu tempat dan peluang untuk melanjutkan pendidikan tinggi kepada lepasan sekolah disediakan oleh kerajaan. Kos dan yurannya lebih rendah kerana tiada unsur “keuntungan” berbanding IPTS. Bila ini berlaku, peranan IPTS akan kembali kepada menyediakan peluang khas yang tidak dapat disediakan oleh IPTA seperti kursus-kursus khas, pengajian baru dan lain-lain.
Sejak tahun 2005, jumlah kemasukan pelajar ke IPTS telah mengatasi IPTA dan jurang ini semakin melebar saban tahun. Contohnya, dalam tahun 2005 nisbah kemasukan pelajar di IPTA:IPTS adalah 310,000 (IPTA) berbanding 337,000 (IPTS). Jurang ini telah meningkat menjadi 372,000 (IPTA) berbanding 466,000 (IPTS) menjelang 2010, mengikut unjuran yang dibuat Kementerian Pendidikan Tinggi sendiri.

Lambakan IPTS dan pergantungan kepada IPTS untuk menyediakan kemudahan pendidikan tinggi menyebabkan bebanan hutang PTPTN juga melambung, kerana yuran IPTS yang lebih mahal dan jumlah pemohon dari IPTS yang naik mendadak.
Jika ini berterusan, kerajaan di masa hadapan tidak mampu menanggung kos pendidikan tinggi.
Sebab itu, langkah pertama adalah mengembalikan peranan kerajaan dalam menyediakan tempat dan peluang melanjutkan pelajaran tinggi seperti sebelum 1996.
KEADILAN percaya jika 10 IPTA baru dibina dalam masa 10 tahun akan datang, 100,000 tempat baru di IPTA dapat disediakan. Ini akan mengurangkan pergantungan kepada IPTS dalam menempatkan pelajar lepasan SPM.
Pembiayaan pelajar di IPTA dibuat melalui 3 cara. Pertama, yurannya memang lebih murah kerana tiada unsur keuntungan tidak seperti IPTS. Kedua, jaminan KEADILAN bahawa melalui konsep pendidikan percuma, yuran dan kemudahan tempat tinggal disediakan kepada pelajar lalu mereka tidak perlu meminjam bagi kedua-dua tujuan ini. Ketiga, subsidi makanan dan lain-lain akan memastikan kos makan dan sara hidup pelajar di kampus tidak tinggi, lalu tidak memerlukan pembiayaan yang tinggi.
Berdasarkan yuran IPTA, subsidi kerajaan dan pembiayaan PTPTN sedia ada, kos purata untuk kursus sarjana muda bagi seorang pelajar setiap tahun adalah RM25,000.
Maka, kiraan awal kos pembiayaan yang perlu ditanggung:
Kos tambahan menyediakan pendidikan percuma bagi 100,000 tempat baru di 10 IPTA baru:
RM25,000 X 100,000 = RM2.5 bilion setiap tahun
Kos tambahan memastikan pendidikan percuma bagi 372,000 pelajar sedia ada di IPTA:

RM5,000 (pinjaman PTPTN biasa yang diberikan kepada pelajar IPTA) X 372,000 = RM1.86 bilion setiap tahun
Kos pembiayaan baki pelajar di IPTS (anggaran berdasarkan pengurangan 30% tempat di IPTS dan hanya 35% dari pelajar IPTS mengambil PTPTN, berdasarkan rekod semasa):
RM25,000 (pinjaman PTPTN biasa yang diberikan kepada pelajar IPTS) X 60,000 = RM1.5 bilion setiap tahun
Maka, jumlah pembiayaan pendidikan tinggi di bawah rancangan yang dipertimbangkan KEADILAN adalah (RM2.5 b + RM1.86 b + RM1.5 B) RM5.86 bilion setiap tahun.
Dalam tahun 2010, PTPTN meluluskan RM6.1 bilion pinjaman kepada peminjam.
Ini bermakna, jumlah yang ditanggung kerajaan kini lebih tinggi berbanding dengan jumlah pembiayaan sekiranya pendidikan percuma diperkenalkan melalui pengwujudan 10 IPTA baru bagi menyediakan 100,000 tempat baru seperti yang dicadangkan KEADILAN.

Walaupun PTPTN dihapuskan, dana pinjaman kepada pelajar yang masih mahu meneruskan pelajaran di IPTS tetap disediakan tetapi jumlah ini lebih kecil berbanding tanggungan RM6 bilion setiap tahun sedia ada.
Tambahan pula, lebih ramai pelajar yang akan menikmati kemudahan pendidikan percuma kerana tempat-tempat di IPTA adalah mencukupi dan keperluan menyediakan pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar akan berkurangan dengan mendadak.

Semua ini bakal dibiayai dengan kos yang tidak banyak berbeza dengan kos yang dibelanjakan sekarang. Bezanya, wang akan dilaburkan di dalam IPTA baru untuk menyediakan lebih banyak tempat bagi pendidikan tinggi percuma, bukannya disalurkan ke pelbagai IPTS seperti sedia ada.