Thursday 29 September 2011

Baik untuk Rakyat. Sedih buat UMNOGKOK

Wednesday 28 September 2011

Bila UMNOGKOK kononnya nak bela Melayu

Kalau Himpunan Melayu bukan main berasap UMNOGKOK pembela hak Melayu. Nak bela Melayu sampai nak mati syahid konon.

Apa sudah jadi bila UMNOGKOK nak hapuskan kuota Bumiputera?
Najib Razak yang mahu menghapuskan terus kuota Bumiputera dan menggunakan sistem meritokrasi sebagai kaedah baru bagi mendesak usahawan Bumiputera untuk bersaing secara terbuka. Lagi ucapan dan kenyataan terdesak.
Selagi kau membela Hantu Cincin Puaka RM24 juta, selagi itulah kau tak di percayai.


Mana Hero Perkasa?
Mana PPIM?
Mana Mahaguru Omar Din

 Kami menantikan kejantanan dikau. Buat himpunan terus lawan pertahankan Melayu. Tak berani laah.
Kerana aku adalah Katak yang suka melompat. Katak Hijau katakan. 
Atas asas apa kenyataan itu di buat? Adakah nak memancing undi Non Malay? Minta Maaf laaa.. Non Malay tidak sebodoh seperti apa yang UMNOGKOK fikirkan. Janjilah sebanyak mana sekali pun rakyat sudah standby untuk tumbangkan BN di PRU ini.

BILA PERKASA SEBENARNYA PEKASAM

Tahniah BERSIH yang berjaya cuci sebahagian SPR

Hari ini secara tak langsung SPR mengaku akan membuat kebersihan sampah sarap dan tahi HANTU dalam datanya. Dulu banyak sangat alasan. Mungkin SPR kena sampok HANTU.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
Kalau tak kerana BERSIH, maka hantu masih berpuaka. Tapi awas Hantu tak habih lagi. Kena cuci BERSIH bagi habih. Kalau tak HANTU SPR akan beranak pinak.
Rasa rasa kena buat BERSIH lagi kerana SPR masih belum di cuci lagi.
http://www.malaysiakini.com/news/177061

Friday 23 September 2011

Bila Mahathir kata Wakil Rakyat Mewah di pandang jijik

 http://www.malaysiakini.com/news/176587

UMNOGKOK sebenarnya yang membawa suasana kegilaan berebut jawatan cawangan, bahagian, negeri dan pusat serta berebut nak jadi wakil rakyat.
UMNOGKOK patut suluh lama dah kerja jahanam ini.
Jadi AJK Bahagian dah kaya
Jadi Ketua Bahagian lagi gila gila kaya.
Jadi Ketua Pemuda lagi kaya dan berkuasa.
Jadi Wakil Rakyat lagi salah guna kuasa. Tebuk dan kebas hak rakyat.
Jadi MB sanggup lelong jual aset pada negara asing dan dapat gelaran Mr10%
Jadi MB toyol gigi  rumah dan tanah jutaan ringgit dari wang rakyat.
Bila MB Man Raup kat Kedah dulu jadi boneka taukeh Cina. Semua orang tahu.
Bila KM Srwk yang tua bangka sapu bersih harta Srwk sampai syarikat tong sampah milik beliau. Masih kekal sampai sekarang.
Bila KM Sabah kalah judi di luar negara jutaan ringgit. Wang siapa?


Nak cerita Pemimpin Gila bolot harta di negara ku terlalu banyak. Bila dekat PRU, maka keluarlah ayat ayat membodoh longlaikan rakyat kononnya UMNOGKOK nak cari calon calon yang tak gila babi harta.
PENYAMUN TARBIAH PENYAMUN

Tuesday 20 September 2011

Kerajaan Perlis Masih Lena di Indera Kayangan

Saban hari hujan berterusan
Setiap kali hujan terus bimbang
Fobia Banjir dari sumber Empangan
Timah Tasoh siap separuh jalan
Sempering, Repoh, Sena dan Santan
Kerap kali jadi sasaran
Apa nak kata nasib badan
Ikan sardin dan kopi jadi sumbangan
Janji ADUN sekadar angan angan
Undi lagi bagi aku menang
Tunggu lagi banjir akan datang berulang




Itulah trauma Rakyat Perlis yang begitu kesal dengan sikap Kerajaan Perlis yang samapai kini gagal menanangi masaalah BANJIR akibat perbuatan manusia. Kerajaan Perlis yang lena di Indera Kayangan merasa selesa dengan kedudukan kestabilan politik tidak meletakan keutamaan dalam hal ini. Entah berapa billion ringgit yang terpaksa di tanggung oleh semua pihak bila setiap kali BANJIR melanda Perlis.
Untuk itu ayuh kita sertai facebook  kumpulan
215,000 Rakyat Perlis tuntut Kerajaan Negeri atasi masalah BANJIR 

Sunday 18 September 2011

Spesis Banglasia dan Malabangla di Malaysia.

Dah kelam kabut BN. Inilah khawarij matlamat menghalalkan cara. UMNOGKOK diam pekak badak bila Laman web kerajaan Bangladesh mengakui rakyatnya yang berkerja di Malaysia boleh bertukar jadi warga Malaysia. Ini lebih jahat dari KOMUNIS. Mana Jamil Khir bekas Panglima Tentera? Mana Panglima PERKASAM  Berahim Al Kataki? Mana Persatuan Pengguna Islam Malaysia?Mana Prof Kang Kong?
UMNOGKOK telah melakukan penipuan dan mengkhianati orang Melayu. Pekerja Bangla yang bertukar jadi warga Malaysia sudah pasti akan mendapat pelbagai kemudahan bila menyokong BN dalam PRU 13 nanti. Maka akan ujudlah spesis baru di negara kita iaitu BANGLASIA.
Anak Melayu di lekakan dengan program zionis melalak sana melalak sini dan akhirnya akan jadi kuli dan barua BANGLASIA. Bila ada Melayu jadi kuli BANGLASIA maka akan ujudlah spesis baru MALABANGLA hasil kerjasama UMNOGKOK dan BANGLASIA.

 SPESIS BANGLASIA CIPTAAN UMNOGKOK. Selamat mengundi di PRU 13.











Bangsa Malabangla sepuluh tahun lagi. Melayu akan jadi barua dan kuli pada BANGLASIA. Selamat bertugas dengan boss baru anda. Dulu Mak Ayah aku hidup dan mampuih bersama UMNOGKOK. Apa nak buat nasib badan. Padan Muka.

Friday 16 September 2011

Kalih minda rakyat dengan umpan busuk ISA

Dok ingat menatang apa PM nak bagi tau. Pakat suspen nak dengar. Rupanya mansuh ISA. Jelas dan amat amat jelas BN sudah terdesak. Isu ISA ini dah lama di perjuangkan oleh parti pembangkang. BN mana pernah sokong masuh ISA. Terutama UMNOGKOK paling kuat menyokong ISA. Air mata buaya nak melahap undi PRU dengan umpan busuk hancing.
Jadi rakyat tak perlu terima kasih pada PM dan UMNOGKOK kerana mereka tidak pernah memperjuangkan kemansuhan ISA.
Lagi pun kita yakin memansuhkan ISA hanya sementara aja. Umpan nak bodohkan rakyat. PM tak usah mengail dengan umpan  busuk. Rakyat dah cerdik pandai. Semua dah kenal taktik dan teknik UMNOGKOK. Ini semua nak kalih tumpuan rakyat terhadap Minah Cincin Puaka yang makin lama makin membesar macam tong drum. Nak kalih isu Mat Indera yang makan tuan. Nak kalih isu tuntutan BERSIH yg masih belum selesai. Nak kalih isu Monggolian hancur berkecai. Nak kalih isu Kapal Selam yang timbul.
Maka lepas ini para pencacai UMNOGKOK yang sebelum ini gila gila sanggup mati untuk UMNOGKOK mempertahankan ISA sudah pasti akan gila babi menyokong PM mansuhkan ISA.
Ini semua gula gula untuk bodohkan rakyat. Ini semua berlaku sah hingga selesai PRU 13. Lepas PRU 13, PM akan istihar ISA wajib di adakan kerana pembangkang kononnya pro komunis. Lepas PRU 13 barulah terhegeh-hegeh nak mengaku negara kemelesetan ekonomi, maka cukai 6% utk Prepaid akan dilaksanakan(mampuih anak muda) dan macam macam lagi.
Diharap rakyat Malaysia jangan makan umpan yang busuk lagi jijik yang sediakan oleh UMNOGKOK.

PENJAJAH
Pangkat itu PENJAJAH
Kuasa itu PENJAJAH
Birokrasi itu PENJAJAH
Kroni itu PENJAJAH
Ekonomi Cincin Puaka itu PENJAJAH
Politik UMNOGKOK itu PENJAJAH
Aku tak mahu MERDEKA



Thursday 15 September 2011

Buat renungan Tan Sri Arifin Zakaria Ketua Hakim Negara

Renungan
1. Bila tuan sudah berikrar untuk melaksanakan keadilan dan ketelusan, maka laksanakan dari atas terlebih dahulu dan selepas itu di bawah kemudian. Maksudnya JAWS dulu kemudian baru bilis dan cacing kerawit. Dah banyak dah JAWS mengganas menggunakan cincin puaka,tapi masih bebas berpuaka.
2. Bila rakyat jelata yang kurang undang undang melihat something wrong dengan liwat meliwat, diharap yang memiliki keahlian undang-undang lebih jauh kearifan menilai kes liwat meliwat ini must be something wrong.  Dah muak membaca mengenai lubang jubor sekejap ada benda masuk, sekejap benda Allah lain yang masuk, sekejap plastik masuk, sekejap entah apa yang masuk. Kena ingat juga yang nak masuk tu mesti yang benar benar mantap kerana kalau tak benar benar mantap tak boleh masuk. Lubang jubor bukan ada istilah dara or virgin. Memalukan dunia.
3. Saya ambil petikan beliau di Malaysiakini yang lebih kurang " saya mudah mudahan tidak akan mengecwakan beliau ( Ketua Hakim Lama)... Hmmmm.. aiseyyy.. yg penting jgn kecewakan rakyat. Rakyat yang memerlukan pembelaan.
4. Jangan jadi pi mai pi mai tang tu juga. Dulu dulu tahun 70an memang ok. Lepas isu tribunal kehakiman, Yg Arif Arwah Coklat Hacks (kes DSAI yang pertama) , V.K Lingam dsbnya maka rakyat sudah ada banyak keraguan pada institusi kehakiman.
5. Jangan jadi seperti sebelum anda. Amat memalukan dengan pelbagai kontroversi. Kita listkan kontroversi dulu satu persatu yeee.

Senarai Kontroversi Ketua Hakim Tan Sri Zaki Azmi;

1.Lembaga Disiplin UMNO
Tan Sri Zaki Azmi dilantik sebagai salah seorang Suruhanjaya Diraja Menyiasat Pasukan Polis tahun 2004. Beliau juga menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin (Teknikal) UMNO dan Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO. Seterusnya sebagai Panel Rayuan Disiplin UMNO.
2. Naik mendadak
Baru pada 5 September 2007, Tan Sri Zaki Azmi dilantik ke Mahkamah Persekutuan dan dan dua bulan kemudian dilantik sebagai presiden Mahkamah Rayuan. Proses ini dikira terlalu mendadak.
3. Isu kredebiliti
Pada 21 Oktober 2008 , Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak usul membincangkan kedudukan Tan Sri Zaki Azmi. Ini kerana menyalahi Peraturan 36(8) yang tidak membenarkan kelakuan atau sifat hakim dibincangkan dalam Dewan Rakyat. Usul dibawa oleh Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) . Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan juga membincangkan kelakuan seorang hakim di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi tidak boleh dibincang dalam mana-mana Parlimen kecuali di atas satu usul iaitu notis telah diberi oleh tidak kurang daripada satu per empat jumlah bilangan ahli majlis Parlimen itu.[3]
4.Isteri kedua
Beliau bernikah dengan Isteri kedua beliau Nor Hayati Yahaya (32) oleh kadi di Thailand. [4] Setelah bercerai, Nor Hayati Yahaya gagal mendapatkan hak sebagai seorang isteri kerana perkahwinan mereka di Thailand tidak menepati undang-undang syariah di Malaysia. Sijil perkahwinan mereka telah dimusnah bagi mengelakkan dari diketahui isteri pertama.(NST, 5 Ogos 2005)
5. Pernah beri rasuah
Pada 8 November 2008 dalam New Straits Times, Zaki mengaku pernah memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah pada tahun 1987] tetapi menarik balik pengakuan itu selepas menyedari implikasinya. Dua bekas hakim telah memberi rasuah. Dua fail pelanggannya juga didapati hilang.[6] Ketika itu beliau merupakan peguam biasa sahaja. Apabila beliau mengadu kepada ketua pendaftar, beliau telah disenaraihitamkan.
Pada 13 November 2008, Karpal Singh mendesak Dewan Rakyat membahaskan kenyataan terbuka Ketua Hakim Negara itu. Karpal juga membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi. Pengakuan terbuka ini menjejaskan kredibilitinya sebagai Ketua Hakim Negara .Badan Pencegah Rasuah (BPR) hendaklah menyiasat di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1961 .Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dibawa oleh Karpal Singh mengikut Peraturan Mesyuarat 18(7)c) kerana ia melanggar syarat-syarat dalam Peraturan Mesyuarat.Peraturan 36(8) memperuntukkan bahawa kelakuan atau sifat hakim-hakim tidak boleh disebut kecuali dengan dikeluarkan usul secara bersendiri.

JADI DIHARAP JADI RENUNGAN DAN JANGAN KECEWAKAN RAKYAT

Jemputan Majlis Idul Fitri anjuran Keadilan Perlis

Dengan segala hormatnya di jemput Tuan dan Puan ke Majlis Idul Fitri anjuran KEADILAN Perlis bersama Dato Seri Anwar Ibrahim (KETUA UMUM PKR) pada seperti berikut;
Tarikh: 18hb Sept 2011
Jam: 11.30 am hingga 2.30 petang
Lokasi: Restoren Sawadi (bersebelahan SME Bank), Seriab, Kangar, Perlis


 

Tuesday 13 September 2011

Bahang PRU dah meluap membara.

Lapuran info dalaman yang boleh di percayai PRU dah semakin dekat. PM dijangka akan membentangkan Belanjawan Luar Biasa pada awal Oktober ini dengan pelbagai umpan umpan menarik, tertarik dan tujuan untuk menarik narik rakyat Malaysia bergembira tepuk gila gila. Dijangkakan sebaik saja Belanjawan di bentangkan, PM akan terus mengadap DYMM untuk tujuan pembubaran. So... Pembangkang tak diberi peluang untuk mengulas dan membahas Belanjawan tersebut. Jadi yang akan mengulas gila gila adalah Media Utama.
Slip daftar mengundi yg di keluarkan oleh BN telah di edarkan kepada pengundi.
Jangan jadi Pak Kadok sorak lompat tak sedar baju seluar dah terburai. Belanjawan boleh di rubah dengan pelbagai alasan faktor luaran dan globolisasi. Anak muda kini jangan mudah terpedaya dengan ayat TANGGUH cukai 6% prabayar HP. Tangguh means ada harapan akan dilaksanakan. HP kini adalah keperluan asas dunia. Jadi 6% cukai yang akan diperah sudah cukup untuk meyediakan 10000 jawatan kosong yang di umumkan baru-baru ini.
Jangan gembira sebentar dan merana selama mereka memerintah. Selagi Cincin Puaka masih berkuasa, selagi itu wang rakyat habis di telan. Biasiswa, Perubatan, Pendidikan, Sosial, Subsidi, Paras Gaji dan sebagainya adalah hak milik rakyat.
Jangan tertipu dengan putar belit kononnya PR nak hapuskan Islam dan membawa ideologi komunis.
Jangan tertipu dengan tipu daya kononnya BN mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia.
Jangan terpedaya dengan serangan Media yang sudah tentu menjadi perkakas utama BN.


Selamatkan Negaraku dari pemborosan dan penyelewengan.

Monday 12 September 2011

Jangan salahkan takdir kerana Banjir Perlis

Sedar atau tidak. Sekiranya hujan berterusan lebat selama 2 hari, maka rakyat Indera Kayangan akan menjadi panik. Kalau dulu rakyat Perlis kata banjir di Indera Kayangan 10 tahun sekali, lepas tu 5 tahun sekali, lepas tu setahun sekali dan terkini 4 bulan sekali dan kemungkinan akan datang setiap hari.
Pemerintah Perlis dok sibuk menatang apa aku pun tak tahu. Bila banjir semua pakat bagi komentar merapu. Ada kata air dari negara Siam. Ada kata rakyat tak tau jaga sungai kita. Ada kata pembinaan jalan crossing terlalu banyak. Ada kata terimalah takdir Ilahi. Banyak banyak lah bersabar. Sebenarnya semua jawapan ini hanya sekadar nak menyedapkan dan berbohong pada rakyat.
Sebenar benarnya masaalah banjir adalah salah percaturan Kerajaan Negeri yang terlalu ghairah nak ujudkan empangan, tapi lemah dan leka mengenai saluran pembuangan air sekiranya mencapai paras bahaya. Samalah seperti pandai buat kereta tapi tak pandai buat tayar. Bila kereta tak boleh jalan maka takdir ilahi di salahkan.
Jadi, wahai Pemerintah Indera Kayangan!! Bila lagi selesaikan masaalah rakyat ini. Syarikat Insuran pun dah naik menyampah nak cover rumah rakyat Indera Kayangan. Tak kaan laa nak selesai masaalah rakyat dengan  hamper berisi  gula 1kg, kopi sebungkus, sardin murah 2 tin, bihun sebungkus dan sekeping kad bertulis " SUMBANGAN IKHLAS DARI YB ......serta satu lagi lambang Kati. MB pula ambil kesempatan dekat dekat PRU naik bot tak sampai 5 minit dan lepas tu suruh Media sumbat dalam akhbar banyak banyak di muka depan. Pada hal janji banjir yang lepas pun tak selesai selesai lagi.  1000 hektar sawah di DUN Bintong di ancam kemusnahan akibat banjir.

MASALAH ENTROPOGENIK Masalah banjir biasanya berkait dengan berkait dengan sistem pengaliran yang kurang teratur. Tetapi ada punca lain yang menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya adalah kekurangan kawasan tadahan air dan sistem pembinaan empangan yang kurang teratur. Masalah  kekurangan kawasan tadahan air di sekitar biasanya wujud. Ini kerana banyak kemusnahan hutan telah berlaku. Pendedahan tanah terbiar kepada hujan menyebabkan aliran air permukaan  bertambah. Air ini tidak akan terserap kedalam tanah dan mengalir terus kedalam sungai. Seterusnya menyebabkan banjir berlaku di kawasan hilir sungai biasanya.

Sah. BN tidak layak memerintah dan bukan memerintah kerana rakyat.

Saturday 10 September 2011

Negara Malaysia Rupanya Tak Pernah diJAJAH?????



Malaysia yang kononnya tak di jajah??
Masih nak berbohong lagi pembodek UMNO. Makin ghairah nak bomb lagi tambah tambah bila pakar bomb atom rupanya di sebelah mereka. 
Sapa laa nak percaya Malaysia yang tak pernah dijajah.  Dua kuasa besar iaitu British dan Jepun telah mencatatkan sejarah sebagai penjajah. Masih hidup lagi generasi zaman Jepun dan British. Masih ada lagi kesan sejarah sekolah Jepun dan sekolah Inggeris. Masih ada lagi bekas pelajar sekolah Jepun yang masih hidup dan tidak nyanyok boleh nyanyi lagu Sayonara means good bye. Bila mana pula pakar sejarah gila yang mengatakan Malaysia tak pernah di jajah? Buat apa Tunku melalak MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 
Mungkin pakar sejarah gila silap buat kajian kut. Buat tesis di Thailand kut.... Jenis keterunan keling karam memang kaki bodek.
Sudiman pun buat apa nyanyi lagi TANGGAL 31 bulan 8 57. Tak payah laa dok tunggu detik jam lepas tu pakat dok lalak MERDEKA 3x.
Semua ini bukan apa. Sumua nie pasal nak lawan isu Mat Indera. Kenapa laa UMNO takut sangat? Sampai sanggup Mamat Keling nie keluar kenyataan bodoh. Lebih baik dia buat cerita Planet of The Apes dan sabitkan suku sakat keterunan Mamat Keling berasal dari Berok, kut kut laa orang boleh percaya. Ada sorang lagi Prof Kang Kung kay kim pun boleh buat cerita bahawa suku sakat keterunan dia berasal dari mana mana monkey.. Kut kut ada yang boleh percaya. Tapi jangan bohong pada rakyaat Malaysia bahawa kita tidak pernah di jajah dan tak ada sapa sapa pun akan percaya.

Friday 9 September 2011

YB Khalid Samad yang di dendam UG

Bila Khalid Samad di larang berkuliah, sudah cukup menunjukan UMNO kini akan menggunakan segala senjata baik hujung maupun hulu keris demi untuk mempertahankan diri mereka yang sudah hampir menemui ajal dalam waktu terdekat.
Kini MAIS dijadikan perkakas UMNO bagi melakukan apa saja yang berada di bawah taklukan bidangkuasa mereka. Sebenarnya semua ini di boleh diatasi seandainya Kerajaan PR yang memerintah di Selangor memiliki satu kata putus yang teguh dan mantap dan tanpa boleh di gugat. Malangnya keteguhan ini di goyang oleh segelintir puak yang memiliki sifat talam dua muka. Dalam ertikata lain saya sebutkan kumpulan UNITED GOVERMENT atau lebih dikenali sebagai UG.
Ada sahabat yang menasihati agar saya tidak timbulkan isu ini lagi. Bagi saya adalah suatu dosa para pejuang yang pasti akan mendatangkan murka Allah swt apabila kita masih melindungi para mereka yang bersifat bukan sahaja talam dua muka, tetapi lebih tepat saya sebutkan PENGKHIANAT dalam PR.
Kalau sebelum ini mungkin agak kelu terkebir-kebir sebahagian kita hendak menjawab isu gereja, kerana walaupun kita yakin isu itu hanya mainan politik. Tapi biasalah kepada sebahagian kita takut untuk berbicara kerana ia amat mudah disalah tafsir dan cukup mudah untuk di manupulasi oleh pihak lawan. Namun isu YB Khalid Samad sewajarnya ada seorang individu yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal keagamaan perlu bangkit untuk membela YB Khalid Samad. Kenapa dia membisu diam? Apakah nak tunggu wartawan bertanya atau bertepuk tangan supaya padan muka YB Khalid Samad di kenakan tindakan? Ada niat balas dendam? Atau dia sebahagian dari pergerakan kumpulan UG?
Kita cukup hairan kenapa ini terjadi. Tapi sebenarnya tak payah nak hairan sangat lah. Bila sudah gila kuasa, kawan yang turut dalam perjuangan pun di tinggal telanjang. Kita sedih membaca sejarah Perang Uhud yang menyaksikan bila ada segelintir yang gila harta, tentera islam kalah dalam perang tersebut. Namun kita tidak perlu hairan sangat kerana itu ada hikmah untuk Allah swt zahirkan siapa pengkhianat sebenarnya dan kita di minta untuk berwaspada.
Biarlah mereka lompat segera dari sekarang agar semua penyokong PR tahu siapa mereka. Kalau mereka ini tidak mahu lompat saya cadangkan orang orang yang sebegini tidak lagi di lantik lagi. Tidak ada istilah bagi peluang untuk kita nasihat. Sifat munafik jangan sekali kali ada dalam perjuangan. No kompromi kepada mereka mereka ini. Tidak kiralah samada dia bekas rakan karib sesiapa atau pernah berjasa menabur bakti kepada kita, munafik akan tetap jadi munafik. Tidak kira lah dia handal memotivasi anak kita sampai berjaya, tidak kira lah dia boleh pengaruhi bersahabat dengan pakar atom yang boleh bom dan mengebom hingga lesu PR di Kuantan semua ini no kompromi.
Kepada YB Khalid Samad, teruskan usaha anda untuk menyampaikan segala kebaikan. Kalau tak boleh dalam mesjid, buatlah di luar pinggir masjid. Apa pun teruskan buat ceramah dalam masjid.
Kepada para penyokong PR terus bangkit untuk mempertahankan YB Khalid Samad. Kita adalah rakyat Malaysia yang punya hak untuk bercakap.  

Tuesday 6 September 2011

Yang Buta dan Pura pura Buta Sejarah.

Pada yang buta dan pura pura buta. Apa yang di sampaikan oleh Timbalan Pres PAS, jangan ada yang putar belit. Tak timbul Abg Mat ulas bab Komunis, atau nak sokong komunis, atau nak bawa masuk ideologi komunis. Yang disampaikan adalah ketokohan Mat Indera. Seperti biasa pencacai UMNO saja bawa isu ini untuk perbodohkan orang Melayu. Bila tuduhan kes liwat terhadap DSAI tak menjadi, bila isu gereja pun tak menjadi, bila isu kerajaan perpaduan lagi tak menjadi, maka UMNO terpaksa buat apa saja untuk raih simpati pengundi Melayu.

Ahmad bin Indera mendapat pendidikan awal di sekolah agama sehingga tahun 1937. Beiau pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim. Dia kemudian pernah berkhidmat sebagai seorang guru agama di Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama. Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar, Johor.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis Islam yang  berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina. Akibatnya, Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong.
Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan tawaran hadiah sebanyak $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan kononnya mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera.Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.
Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di Kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung ungu,yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan dipukau jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.
Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera yang tidak mahu dibicarakan oleh British atas kesilapannya.
Melayu jangan lupa tau..
1. Kapal selam yang tak menyelam menelan wang komisyen(nama tertib, tapi kalau nama tak tertib adalah RASUAH) menyebabkan berbilion ringgit. Maka itulah punca berlaku anak anak kita gagal dapat biasiswa secukupnya. Kemudahan rakyat spt rumah rakyat, subsidi, pendidikan, sosial, pengganguran dsbnya tersekat.
2. Cincin milik hantu puaka belum dijawab dgn CLEAR. Itupun menelan jutaan ringgit. Kesian pesakit kronik terpaksa minta sedekah untuk melakukan perawatan..
3. Masih ada berlambak lagi rakyat Malaysia yang setaraf rakyat Afrika. Rumah mereka tak ada api dan air, makan dedak ayam, makan siput babi, anak tak mampu kesekolah dsbnya.

Monday 5 September 2011

Antara CINCIN PUAKA dan KOMRAT

Antara Cincin Puaka masakini dan Komrat masalalu

Bukan main lantang melompat kalang melayu pukang dan pedukang hitam legam yang kononnya pembela agama, bangsa dan negara bila Mohammad Sabu melontar isu Bukit Kepong yang menonjolkan Pahlawan Mat Indera yang mengetuai serangan ke Rumah Pasong penjajah Inggeris.
Maka melayu pukang dan pedukang hitam legam menuduh kononnya Mat Sabu nak bawa ideologi komunis, lalu berlakulah demo, memo serta mengadu ke rumah pasong seolah olah Komrat mahu tawan negara. Gila babi sungguh melayu pukang dan pedukang hitam legam memutar belit fakta semata mata nak memikat projek sekupang dua.
Akal melayu pukang dan pedukang hitam legam melalak bagai gila meroyan sudah lapuk di telan kematangan rakyat Malaysia yang kini dah bosan meluat teramat sangat dengan  mereka ini. Malah laman sosial facebook, blog, twiter dsbnya kini sudah berlegar berbicara bukan sahaja Mat Indera tapi anak muda khususnya dah cukup mesra dengan Rashid Maidin, Abdullah Cd, Shamshiah Fakeh dan banyak lagi yang selama ini di anggap sebagai penderhaka negara. Politik makan diri rupanya. Foto Mat Indera dijadikan profil ikon. Buku sejarah mengenai PKM semakin laris di pasaran. Anak muda tidak mudah diperbodohkan. Komrat tidak mungkin kembali lagi, namun sejarah menuntut kemerdekaan harus di bongkar kembali. Sejarah yang tidak mampu di rubah dengan berjalannya waktu harus menerima realiti bahawa komrat juga terlibat dalam usaha menyingkirkan penjajahan Inggeris. Realiti bahawa UMNO melakukan pengkhianatan terhadap kemerdekaan juga harus di terima oleh semua pihak. 
Kenapa pulak Melayu pukang dan Pedukang hitam legam sibuk tak tentu pasal melompat bagi beruk dapat bunga? Kenapa tak lihat jenayah Cincin Puaka milik Kak Mah anak Pak Chot yang jahat tiada bandingannya? Chin Peng tak pernah hancurkan mayat musuhnya menggunakan C4. Rashid Maidin tak pernah bunuh wanita Monggolia yang lemah tanpa senjata.  Shamsiah Faqih tak pernah shopping oversea berlori lori malah cincin belah rotan pun tak ada. Abdullah CD tak jahat menipu wang rakyat Tanah Melayu beli KAPAL SELAM VERSI TIMBUL SAJA dan mark up komisyen sampai menjahanmkan wang rakyat. Bini Mat Indera tak ada sejarah sewa hotel puluhan ribu ringgit semalam di Dubai. Jahat Kak Mah anak Pak Chot lebih jahat dari Regim Komunis, Sosialis dan Subersif.
Melayu pukang dan Pedukang Hitam legam sebenarnya adalah robot perkakas Kak Mah anak Pak Chot yang hari hari menjilat jilat dan melalak lalak demi nak melahap projek sekupang dua. Sungguh tak malu Melayu Pukang dan Pedukang Hitam legam. Cubalah Melayu Pukang dan Pedukang Hitam Legam yang dok demo anti Israel, yang dok kononnya ke Ghaza, Somalia buka sejarah bahawa Ketua Balai  Bukit Kepong ketika itu adalah Sarjan Ray Dencey yang berpengelaman luas menjajah Palestin dan bekerja untuk Zionis. Jangan baca sejarah sepintas lalu aja. Sedar tak bahawa ramai petugas Inggeris di Malaya suatu masa dulu adalah mereka yang pernah bertugas di Palestin sebagai barua Zionis.
Hari ini atas kerana celupar sikap Melayu Pukang dan Pedukang Hitam Legam, maka kita harap sejarahwan dapat duduk semeja buka buka balik buku buku lama. Jangan pula anak anak muda membongkar rahsia yang terlipat dalam saku pengkhianat negara. Jangan pula cucu cicit tegur nenek atok yang tidak tahu bezakan antara kebenaran hak dan kebathilan. 
Komrat pasti tak akan kembali, namun  Diktaktor Kak Mah anak Pak Chot dan suku sakatnya masih ada dan harus di BERSIHkan segera sebelum negara di ambang muflis.      
  

Saturday 3 September 2011

Runding ohh Pakat Dah 10 tahun lebih


Demam PRU semakin terasa bahang hangat. BN hangat tak teringga rasa atas ke bawah dengan seribu macam kejahatan dan penyelewengan. PR pula hangat main catur dam siapa dapat kerusi dan siapa dapat meja.  Rakyat mengharap Kerajaan akan datang sudah pasti bersih dan benar-benar mewakili  rakyat semua peringkat.
Saya tidak mau ulas lebih lanjut mengenai BN kerana macam mana pakat sekali pun sudah pasti pakatan mereka kearah memeras hasil negara dan semua agensi dijadikan perkakas mereka untuk meneruskan pemerintahan kuku besi.
Bukan rakyat tidak tahu. Bukan rakyat tidak mahu ambil tahu. Kos kehidupan melambung lambung. Pendapatan menjunam turun.  Hidup makin terdesak. Bila terdesak sosial semakin rosak. Bila demam PRU kembali rakyat jadi pening lalat. Mana satu idaman aku. Samada Mercedes 3 selinder atau Datsun 4 selinder?
Isu pembahagian kerusi dikalangan Parti Pembangkang seingat saya menjadi panas sejak Gabungan PAS dan S46. Yang bijak telah berjaya membentuk Kerajaan Pembangkang sampai sekarang, manakala yang merasakan terlalu sangat bijak terlepas peluang dari dulu hingga 2008 di mana mereka TERSELAMAT dari tsunami politik.
Setiap kali bercakap soal siapa kuat dan siapa layak dalam PR ada beberapa hal yang mengingatkan saya mengenai soalan anak lelaki suatu masa dulu. “Abah! Antara peluru dan pistol mana kuat?” . Bingung juga nak jawab. Nak kata soalan bodoh tak gamak kerana itu anak kita. Mungkin dia masih kecil dan soalan tersebut tidak perlu di jawab kerana kalau di jawab akan menyebabkan kita yang bodoh. Begitulah ketika rundingan diantara Keadilan, PAS dan DAP  dimana masing masing punya kelebihan yang ada pada masing masing. Ada parti kekuatannya di organisasi, ada parti kekuatannya di sentiment gelombang dan ada parti kekuatannya di masyarakat Cina yang memiliki ciri unik. Gabungan seluruh kekuatan inilah kalau di pakat sebenar benar pakat akan merobohkan BN yang semakin nak roboh.
Hakikatnya PR sudah berusia lebih 10 tahun sudah ada kematangan berpakat. Harapan berpakat pakatlah dengan sebaik pakat. Yang ada organisasi tak perlu pula nak bertanya pada sahabat mana oragnisasi kau. Yang memiliki gelombang sentiment aura PRU sudah semesti kali ini mesti mempersiapkan diri  agar tidak ada katak puru dan katak pisang. Yang memegang kuat masyarakat Cina sudah pasti akan berkompromi dengan yang memiliki organisasi dan yang memiliki gelombang sentiment aura.
Pengajaran tiga penjuru pada PRU yang lepas jelas memperlihatkan kelemahan berpakat pakat. Ini kerana rakyat adalah hakim dan penentu semasa PRU ini.  Maka sebab itulah negeri Perlis bebas dari badai tsunami sedangkan jiran jiran terkejut biawak. Teruskan berbincang dan berunding dan bukan menunjuk nunjuk kekuatan masing masing kerana tidak ada gunanya menunjuk taring sesama kita sebaliknya hulurkan taring bila sampai harinya. Jangan membosankan rakyat yang telah lama menanti. Hidup penuh fakta dan bukan tenggelam dengan auta.
Pakatan yang perlu Sepakat membawa Berkat
Solawat.

Sejenak bersama Timbalan Presiden PAS

Sejenak bersama Timb Pres PAS, Sdr Mohammad Sabu di malam idul fitri.
Alhamdulillah malam tadi saya bersama beberapa sahabat sempat minum teh bersama Abg Mat di Kangar, Perlis. Walaupun jelas kelihatan agak letih dan masih bertongkat, namun semangat beliau tetap utuh.
Dalam waktu singkat lebih kurang 2 jam, saya sempat bertukar pandangan beberapa isu hangat mengenai siapa pejuang kemerdekaan sebenarnya. Kita tidak hairan bin ajaib bila media perdana sentiasa berhempas pulas memenuhi kehendak UMNO untuk menjamin kemenangan pada PRU yang akan datang. Isu agama dan bangsa kini dijadikan pertaruhan dan mereka sanggup lakukan apa saja untuk tujuan dan matlamat menghalalkan cara. Apa tah lagi sebahagian rakyaat Malaysia masih lagi bertuhankan media dan menjadikan media sebagai segala galanya dalam menetukan corak kehidupan dan perubahan budaya fikir.
Kita baru baru ini di kejutkan dengan kononnya Mat Sabu sebagai pembela para pejuang Parti Komunis Malaya. Bila media melontarkan isu ini, maka ramailah yang melompat dan tidak ketinggalan dikalangan ahli dalam gerakan sendiri. Maklumlah perangai melatah ada di kalangan orang Melayu.
Mungkin sedar atau tidak orang Melayu telah lama melatah ( di geletek sampai sekarang) dan terus melatah menjaja pembohongan Inggeris dan sejarah bikinan UMNO sehingga kita sampai kini masih belum kenal erti kemerdekaan dan siapa sebenarnya yang berada di jalan kebenaran dan siapa yang sebaliknya berada di jalan pengkhianatan. Orang Melayu mudah percaya peristiwa pembukaan Melaka yang kononnya seekor pelanduk menendang anjing sehingga jatuh di bawah pohon Melaka. Sedangkan saiz pelanduk dan kaki pelanduk yang begitu kerdil apakan benar sehingga mampu tendang seekor anjing? Lucukan orang kita di perbodohkan? Atau apakah Melaka berasal dari bahasa arab yang bermaksud Malik, Mulk, Malikiau yang bermaksud pemerintah kerajaan?
Mungkin sejarah itu terlalu lama untuk dikaji. Namun sejarah pendudukan penjajahan Inggeris bukan suatu yang lama dan banyak fakta fakta yang boleh dijadikan bahan sejarah. Semasa saya di bangku sekolah tahun 70 dan 80 an, kita di banggakan dengan individu JW Birch, Henry Gurney, Francis Light dan banyak lagi individu penjajah yang diagungkan. Tidak di nafikan bahwa ada keluarga kita yang masih lagi mengagungkan Mat Salleh dan Mek Salleh. Kita mungkin tidak menyalahkan mereka kerana itulah acuan pemerintah.
Ramai yang tidak sedar Sir Henry Gurney yang namanya kini terukir di sekolah pendidikan akhlak sebenarnya pernah bertugas sebagai penasihat kerajaan Israel untuk menjajahi Palestine. Saya secara tulus amat menyokong pembunuhan Sir Henry Gurney oleh Chin Peng kerana dosa dan kejahatan Henry Gurney terhadap Palestine menjadikan warga Palestine parah berduka sehingga kini.
Saya juga perlu menasihati Dewan Bahasa dan Pustaka agar mengeluarkan kenyataan jangan menggunakan istilah Maharajalela untuk memaki hamun orang. Sedar atau tidak Dato Maharajalela adalah pejuang yang syahid menentang Penjajah  Inggeris.
Bila Inggeris menjajah Tanah Melayu, mereka melakukan budaya perosak akhlak kehidupan sehinggan menjadikan budaya minum arak sebagai suatu kewajipan di mana mana program resmi dan tidak resmi. Tidak hairanlah bila arak dengan begitu mudah di jadikan minuman utama di sekolah sekolah, majlis perkahwinan, majis negeri, negara, pasukan keselamatan dsbnya sehinggakan ketika itu ada umat Islam yang menyebut minum arak kalau tidak mabuk tak apa.
Balai Polis ketika itu kenali sebagai Rumah Pasong( cuba semak kamus apa makna Pasong ) di gunakan untuk menjaga kepentingan Inggeris dan diantaranya estet estet dan harta milik penjajah. Rumah pasung bukan sebagai pelindung rakyaat pada ketika itu. Tidak hairanlah ramai anggota keselamatan pada ketika itu sering mabuk kerana di jamu dengan secukupnya bagi tujuan kesesatan dan lara.
Mat Indera yang mengetuai serangan keatas Rumah Pasong Bukit Kepong sebenarnya ada seorang alim yang menetang kezaliman Penjajahan Inggeris. Sedihnya sehingga kini ramai yang tidak kenal siapa sebenarnya Mat Indera? Beliau akhirnya di hukum gantung sampai mati oleh penjajah Inggeris ketika itu. Kita tidak menafikan ada polis berbangsa melayu bekerja ketika itu, namun mereka ada perkakas upahan penjajah ketika itu dan sejarah menceritakan mereka ini dalam keadaan lara mabuk ketika di serang oleh pejuang Mat Indera.
Insyallah Mohammad b Sabu akan berceramah di Perlis dan di seluruh pelusuk negara untuk mengajak umat Melayu buka mata dan fikiran dan mengkaji siapa sebenarnya pejuang dan siapa sebenarnya penjajah. Moga Allah swt sentiasa membawa rahmat dan kebenaran.
Solawat