Monday 12 September 2011

Jangan salahkan takdir kerana Banjir Perlis

Sedar atau tidak. Sekiranya hujan berterusan lebat selama 2 hari, maka rakyat Indera Kayangan akan menjadi panik. Kalau dulu rakyat Perlis kata banjir di Indera Kayangan 10 tahun sekali, lepas tu 5 tahun sekali, lepas tu setahun sekali dan terkini 4 bulan sekali dan kemungkinan akan datang setiap hari.
Pemerintah Perlis dok sibuk menatang apa aku pun tak tahu. Bila banjir semua pakat bagi komentar merapu. Ada kata air dari negara Siam. Ada kata rakyat tak tau jaga sungai kita. Ada kata pembinaan jalan crossing terlalu banyak. Ada kata terimalah takdir Ilahi. Banyak banyak lah bersabar. Sebenarnya semua jawapan ini hanya sekadar nak menyedapkan dan berbohong pada rakyat.
Sebenar benarnya masaalah banjir adalah salah percaturan Kerajaan Negeri yang terlalu ghairah nak ujudkan empangan, tapi lemah dan leka mengenai saluran pembuangan air sekiranya mencapai paras bahaya. Samalah seperti pandai buat kereta tapi tak pandai buat tayar. Bila kereta tak boleh jalan maka takdir ilahi di salahkan.
Jadi, wahai Pemerintah Indera Kayangan!! Bila lagi selesaikan masaalah rakyat ini. Syarikat Insuran pun dah naik menyampah nak cover rumah rakyat Indera Kayangan. Tak kaan laa nak selesai masaalah rakyat dengan  hamper berisi  gula 1kg, kopi sebungkus, sardin murah 2 tin, bihun sebungkus dan sekeping kad bertulis " SUMBANGAN IKHLAS DARI YB ......serta satu lagi lambang Kati. MB pula ambil kesempatan dekat dekat PRU naik bot tak sampai 5 minit dan lepas tu suruh Media sumbat dalam akhbar banyak banyak di muka depan. Pada hal janji banjir yang lepas pun tak selesai selesai lagi.  1000 hektar sawah di DUN Bintong di ancam kemusnahan akibat banjir.

MASALAH ENTROPOGENIK Masalah banjir biasanya berkait dengan berkait dengan sistem pengaliran yang kurang teratur. Tetapi ada punca lain yang menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya adalah kekurangan kawasan tadahan air dan sistem pembinaan empangan yang kurang teratur. Masalah  kekurangan kawasan tadahan air di sekitar biasanya wujud. Ini kerana banyak kemusnahan hutan telah berlaku. Pendedahan tanah terbiar kepada hujan menyebabkan aliran air permukaan  bertambah. Air ini tidak akan terserap kedalam tanah dan mengalir terus kedalam sungai. Seterusnya menyebabkan banjir berlaku di kawasan hilir sungai biasanya.

Sah. BN tidak layak memerintah dan bukan memerintah kerana rakyat.

No comments: