Monday 31 October 2011

Bangkit Menentang Pindaan AKTA Kerja 1995

Di mana HAK dan KEADILAN terhadap rakyat Malaysia khususnya generasi akan datang sekiranya pindaan Akta Kerja 1955 tidak di tentang habis habisan?
Apakah UMNOGKOK tidak fikir masa depan generasi kita?
Tahukah anda sekiranya pindaan AKTA ini tidak di tentang apa yang akan terjadi?
1. Syarikat KRONI akan di ujudkan bagi mengambil pekerja sama seperti mengambil Tenaga Asing.
2. Syarikat KRONI ini akan membekalkan kepada GLC, Syarikat Negeri, Swasta dan semua sekali.
3. Pekerja akan bertanya; Siapa yang bayar gaji? Mana satu majikan saya? Apa hak saya? Maka Syarikat KRONI akan jawab " Mau kerja atau tidak? Kalau tak nak ramai lagi yang waiting list..."
4. Maka akan ujudlah Syarikat KRONI yang akan menghisap hakis para pekerja dengan pelbagai potongan, yuran, caj dsb...
5. Maka Mama Penghisap Darah akan terus menambah koleksi CINCIN PUAKA


Maka 3hb Nov ini adalah hari bantahan besar besaran MTUC yang mewakili 5.7juta pekerja dan generasi masa depan.

Thursday 27 October 2011

UMNOGKOK bisu bengkak dengan Lapuran Audit

1. Tahukah anda Satelit Razak SAT lingkup setelah setahun di lancarkan. Nilai RM 142 juta. Dilancar 14 julai 2009 dan lingkup 30hb Aug 2010. Jangka hayat sebenar 3 tahun.

2. Fakta Ladang Syarikat 'Kroni' National Feedlot Corporation Sdn Bhd:
Keluasan ladang ternakan 5,000 ribu ekar. Kewujudannya bagi memenuhi sasaran 40 peratus permintaan daging tempatan iaitu sebanyak 1,500 ekor sehari. Namun ladang tersebut memelihara 1,000 ekor lembu dan menyembelih 20 ekor lembu sehari.
Lihat bagaimana "penyelewengan" wang rakyat oleh menteri umnogkok &bn. Mereka sahaja yang mendapat laba dari pembayar cukai. Kesian petani dan penternak kecil yang lebih berpengalaman tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan umnobn sebanyak itu. Kalaulah RM250 juta ini diagihkan kepada petani dan penternak kecil ini, dah tentu berbaloi kan.
3.  Kereta Perisai di beli oleh mana kroni? Zahid jangan tunjuk warak sangat. 
Portugal RM 4,410,000
Amerika RM 9,900,000
Malaysia kereta perisai RM31,120,000
Projek pembelian kereta perisai ni telah beli sebanyak 257 buah, dan jumlah kos pembaziran wang rakyat sebanyak 8 bilion (RM8000000000.00)
4. TV yang di upgrade oleh pakar UMNOGKOK.  Lebih moden. Kalau tengok movie, pelakon boleh keluar masuk dalam screen. Malah boleh shake hand dengan penonton. Jadi munasabah laa harga RM 16, 100
Jadi kalau gue nak cerita berlambak lambak lagi pembaziran yang di lakukan oleh setan setan UMNOGKOK ini. Mama mereka FLOM yang ajar. Rakyat dah wajib bercakap dan bertindak untuk pastikan BN di tumbangkan secara total dalam PRU ini. 

Tuesday 25 October 2011

Happy Deepavali


Kita memerlukan pembentukan negara baru yang lebih berhemah dan berdisplin.
Kita perlukan perubahan segera bagi menyelamatkan Malaysia dari cengkaman CINCIN PUAKA yang masih berkeliaran mencari mangsa.
Kita perlu pastikan generasi kita tidak menjadi mangsa akibat muflisnya negara kita angkara defisit dan lambakan hutang hasil kebuasan mereka yang tidak bermaruah.
SELAMATKAN NEGARA MALAYSIA. 
PASTIKAN PRU 13 MEMBAWA PERUBAHAN.
HAPPY DEEPAVALI
DARI 
KEADILAN NEGERI PERLIS

Sunday 23 October 2011

HIMPUN Sampah Sarap


Kehadiran mengalahkan BERSIH. 
Para wartawan terpegun bingung melihat kehadiran.

Aku minta petugas Stadium Shah Alam bertungkus lumus HIMPUN dan buang SAMPAH SARAP kerana mencemar stadium. Pastikan tidak ada risalah risalah dan banner sepanduk di tinggalkan di stadium. Ini kerana Stadium hampir reban kerana sokongan dan dokongan lebih sejuta hadirin. Tahniah pada 2000 NOGOK dan Jawatankuasa yang serius mempromosikan dengan begitu baik. Sekalung penghargaan kepada VVIP yang hadir memberikan ucapan berapi api hingga meletup letup. Ini menunjukan rakyat dah faham dan memberikan mesej PRU 13 boleh di bubarkan bila bila masa dari sekarang.

Antara VVIP yang hadir:


FROM PYRAMID


PERUNDING MOTIVASI




PELAKON FILM "PLEASE DONT KILL ME"
PAK LAWAK MAT BENDOL
SERI GAGAM PERKASAM




Kalau klik menatang nie pulak lain cerita. Keh keh keh
SHAH ALAM: Himpunan Sejuta Umat yang dianjurkan bagi membanteras gejala murtad di kalangan umat Islam di negara ini gagal mencapai sasaran berikutan sambutan dingin berdasarkan kehadiran hari ini.
Tinjauan Berita Harian Online menganggarkan jumlah kehadiran kurang daripada 1,000 peserta berbanding 1 juta umat Islam dari seluruh negara yang disasarkan pihak penganjur.
Himpunan Sejuta Umat program anjuran bersama antara 2,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.
Ia diadakan di Stadium Shah Alam, bermula jam 2 petang dan dijangka tamat pada jam 5 petang.

MANA SATU FAKTA DAN MANA SATU AUTA? LU FIKIR SENDIRI LAA

Thursday 20 October 2011

Bukti UMNOGKOK mencekam minda Melayu

Dr Aziz Bari mangsa terbaru UMNOGKOK
Ku fikir makin lama makin matang.
Tak ku sangka otak UMNOGKOK punyalah bangang.
Kenapa harus gantung Insan yang berjasa pada negara. Kenapa sekejam SEEKOR REGIM LIAR menindas seorang Insan yang hanya mengeluarkan kenyataan bersifat KEBENARAN. Seharusnya semua rakyat di beri hak untuk bersuara. Salahkah beliau mengkritik mengenai apa yang berlaku?  Memang benar KETUA AGAMA PERLU SELARAS DENGAN AJARAN ISLAM.
Sepatutnya Ilmuan di biarkan memberikan pandangan dan pendapat agar rakyat menjadi matang. Minda Melayu kini jauh kebelakang.  Malang ilmuan di cekik kebebasan bersuara.
Cakap banyak aja kena terajang.
Tegur aja kena gam.
Kritik aja kena ganyang.
Patut pun Universiti di Malaysia terkeluar dari list TOP 400.

Sunday 16 October 2011

Soal Jawab Budget 2012

 Sebelah Najib tu Menteri Keewangan ker?
Akan Berlaku 2012 Sekiranya BN Terus Memerintah
Bajet Defisit Kerajaan Malaysia

Perbelanjaan: Mengurus dan Pembangunan                    RM 232.8 Billion
Hasil: Cukai, Bukan Cukai, danlain lain                            RM 186.9 Billion
Defisit (Hutang dan Kerugian)                                           RM   45.9 Billion

Soalan:
Adakah ini Budget Kebajikan?
Jawapan:
Hanya yang bodoh dan di perbodohkan sahaja menganggap ini Budget Kebajikan. Ini kerana Negara yang berkebajikan sudah pasti tidak akan menanggung hutang. 

Soalan:
Kenapa Perbelanjaan lebih dari pendapatan?
Jawapan:
Berlaku ini adalah kerana ada Penyamun, Pemboros dan Perasuah yang tidak di benteras. Mereka akan berbelanja sesuka hati. Contoh Cincin Puaka RM 24juta, Sewa pesawat RM 9.1 juta, Renovasi Istana RM 800juta, Jual enjin F5E dan sebagainya. Ini adalah penyebab utama Perbelanjaan gila gila.

Soalan:
Apakah BN tak ada pakar perancang keewangan?
Jawapan:
 Ada. Bukan tak ada. Tapi paham paham aje laa. Kuasa penyedut FLOM Mak Datin yang kawal semua. Siapa yang berani lawan. Mesyuarat Budget dia pun turut serta. Nasib kau laaaa Rakyat Malaysia. 

Soalan:
PR ada bukti negeri di bawah pemerintahnya tidak deficit?
Jawapan:
Selangor telah buktikan. 2011 Belanja RM 1.43 Billion Hasil RM 1.43 Billion. Itu pun dalam keadaan di cekik dan di tekan oleh Kerajaan Pusat

Soalan:
Agak agak macam mana BN nak bayar hutang akibat defisit?
Jawapan:
Mudah aje. 

1.       Minta JPJ dan Polis Trafik banyakan road block. Jangan kasi muka. Saman Maksima. Buat Perangkap. Mesti ada target.

2.       Pihak Berkuasa Tempatan kena banyakan saman.  Jangan buat  tapak parking. Bila rakyat parking tempat yang salah segerakan rampas kereta dan saman.

3.       Laksana GST segera. Cukai Barangan dan Perkhidmatan dengan segera. 

4.       Naikan harga Petrol dan Disel secara sikit sikit tetapi berterusan.

5.       Cukai Prepaid dan TM  kena lancar segera. 

6.       TNB pun tunggu bapak apa. Naik kan kadar segera.

7.       Astro jangan ketinggalan beb. Naikan kadar sewaan dengan pakej pekej khas.

8.       Swasta kan dah di minta tambah caruman  KWSP 1% untuk pekerjanya. Maka boleh lah guna dana KWSP untuk cover hutang syarikat berkepentingan.

9.       Wajibkan skim insuran. Premium di naikan.  Kerajaan boleh makan hasil dari insuran tersebut.

10.   Tol di naikan atas alasan alasan macam macam.


1    MAKA INI SEMUA AKAN MENEPATI  SLOGAN “RAKYAT DIBEBANKAN KRONI DI UTAMAKAN”.


Thursday 13 October 2011

GST sebagai alat sedut wang rakyat

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm

Kalau lah nak bayar RM 500 pada rakyat susah atas kerana lebihan kekayaan Petronas, Felda dan sebagainya maka itu di namakan Negara Berkebajikan.
Kalau nak bayar RM 500 pada rakyat miskin kerana nak cairkan segala kemewahan salah guna kuasa itu di namakan Negara Taubat.
Tapi kalau nak bayar RM 500 dengan menyedut kembali wang rakyat itu di namakan Negara Penyedut.
ALAT PENYEDUT UTAMA YANG TERKINI FLOM
SAY NO TO GST

Kenyataan dalam Utusan Malaysia  " Malaysia perlu segera melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi menampung dana yang diperuntukkan di bawah Bajet 2012, kata firma percukaian dan audit, UHY Malaysia.". Jelas menunjukan bahawa GST merupakan alat Penyedut Wang Rakyat yang akan menyedut dan lepas ini akan bertambahlah Cincin Puaka di Negara Penyedut. Sila klik link di atas untuk kita semua faham dan faham.

Saturday 8 October 2011

Bila Si Merapu Boros Nak Buat BUDGET KHAYAL

Selagi rasuah, pemborosan dan ketirisan wang negara masih berlaku, maka Budget Khayal 2012 tidak akan menjadi kenyataan. Bagaimana nak tangangi DEFISIT NEGARA bila berbelanja besar tanpa perancangan penambahan pendapatan.

Pesawat khas yang digunakan PM untuk cuti ke Perth. Nilaian pesawat RM 200 juta merupakan satu pembaziran yang besar kearah peningkatan defisit.
















Kami rakyat menentang habis habisan cadangan kenaikan gaji ahli Parlimen. 
Bukan main riuh lagi wakil rakyat penyokong BN bila PM umum tadi. 
Wakil Rakyat janganlupa diri. Masih ramai lagi rakyat yang susah.
PEKERJA SEKTOR SWASTA DAPAT HABUK DALAM BUDGET 2012
Ini contoh pembaziran luar biasa yang menelan RM 800juta. Ini bukan contoh Negara Berkebajikan. Nak bodohkan rakyat, maka naiklah bas supaya dapat ambil hati masyarakat bawahan. Pandainya kau kencing rakyat. Bas yang kau naik mana ada di Malaysia. Rakyat naik bas gantung. Tak malukah pada KM Pulau Pinang yang serba sederhana di negeri yang kaya?  







 Kereta Hibrid tak mencerminkan rakyat jelata. 
Berapa persen yang guna kereta hibrid? 
Mana semua rakyat mampu beli.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       



Selagi Pemegang Cincin Puaka Masih Bebas Sesuka Hati, Maka Pergi Jahanam Dengan Budget 2012







Walaupun BN nak berikan RM 500 pada mereka yang pendapatan RM 3000 kebawah. Tapi ingat wahai rakyat. Penyamun akan samun GST 5%. 
Tau tak apa menatang GST? Goods and Services tax. Melayu cakap CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN. 
Kalau sebulan licin habis RM 3000 untuk perbelanjaan, maka RM3000x5%= RM 150 perbulan. Maka Penyamun akan sapu setahun RM1800. 
GST akan bermula 2012. Ha ha ha..Jangan khayal wahai rakyat Malaysia dengan RM 500. BAGI UMPAN BUSUK UNTUK TELAN GILA GILA.

Wednesday 5 October 2011

Bila Kastam sudah akui Cincin Puaka.

Kenapa masih nak tutup lubang taik. Kenapa masih nak bomb kata CINCIN PUAKA tidak di beli. Katanya CINCIN PUAKA hanya Visit Malaysia aja. Cuti Cuti Malaysia or Curi Curi Malaysia. Kenapa pengikut UMNOGKOK masih nak kambus lubang tahi yang di berak ROSMAH? Sampai bila pengikut UMNOGKOK nak di perbodohkan?  Sampai bila pengikut UMNOGKOK nak dikhayalkan dengan tin sardin, kain pelikat, kopi sebungkus, tepung sekilo?
MAMA YANG BOROS...

Ini bukan Bapak Transformasi. INI BAPAK BANGKRUPSI.
ROSMAH DI DAHULUKAN RAKYAT DI TIPUKAN.

Rakyat Malaysia jangan lupa sejarah Imelda Marcos. Filipina yang satu masa dulu jauh lebih maju dari Malaysia kini penat dan tenat akibat salah laku dan pemborosan Imelda.
Kalau tidak di tukar di PRU 13, maka Mama Boros akan menggila babi lagi kaut, raut, sapu dan cuci apa yang ada. Lu pikir la sendiri.

Tuesday 4 October 2011

KENYATAAN MEDIA JAWATANKUASA BERTINDAK RAKYAT PERLIS ATASI MASALAH BANJIR



3 Oktober 2011
Setelah meneliti dan melihat suasana semasa dan lepas mengenai permasalahan banjir yang semakin  teruk sejak wujudnya Empangan Timah Tasoh (ETT), ketiadaan sistem saliran keluar lebihan stok air yang  sempurna dan hanya menggunakan sungai semula jadi yang  sedia ada, pengurusan penyelenggaraan sungai yang kurang memuaskan, longkang, perparitan yang tidak selari dengan pembangungan, maka kami merasakan sudah sampai masanya satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mendesak Kerajaan Negeri khususnya supaya lebih prihatin dan peka serta meletakkan masalah ini sebagai suatu keutamaan demi menjaga keharmonian dan kemajuan Negeri Perlis yang sedang berusaha untuk mencapai PERLIS MAJU 2015. Justeru, satu Jawatankuasa Bertindak telah ditubuhkan pada mesyuarat kali pertama pada 1 Oktober 2011 yang lalu di Kangar. 
Kekerapan banjir besar  yang melanda dari 10 tahun sekali ke 5 tahun sekali ke 1 tahun sekali hingga yang terkini setahun lebih dari sekali telah menyebabkan kerosakan harta benda, tanaman, ternakan hingga kerugian Rakyat Perlis menjangkau nilai jutaan ringgit. Manakala dibimbangi syarikat insurans berkemungkinan akan mengenakan caj premium yang tinggi kepada asset rumah dan kelengkapan Rakyat Perlis. Di samping itu, ianya juga oleh menyebabkan ketidakyakinan para pelabur untuk datang melabur di negeri ini serta keresahan para peniaga tempatan yang sering terdedah kepada banjir.
Kepanikan Rakyat Perlis yang sekali gus boleh menjejaskan tahap kesihatan rakyat di negeri ini akibat stress atau tekanan hidup khususnya bila hujan yang lebat berterusan selama 2 hari.
Sebahagian besar penduduk merasakan ETT sebagai “time bomb” yang berbahaya dan boleh menyebabkan tenggelam sebahagian dari Perlis sekiranya sesuatu yang  tidak diingini berlaku kepada ETT apabila ETT pecah akibat lebihan takungan, kemungkinan retak akibat gegaran gempa bumi walaupun Malaysia diluar kawasan gempa, sabotaj musuh atau pengganas dan sebagainya akibat tiadanya saliran terus ke laut.
Jawatankuasa Bertindak telah memutuskan akan mengadakan pertemuan secara rasmi dan tidak rasmi dari masa ke semasa untuk meneliti perkembangan isu banjir ini untuk mewakili dan membawa mesej keresahan dan penderitaan banjir Rakyat Negeri Perlis kepada seluruh agensi terbabit seperti Kerajaan Negeri dan Pusat serta Jabatan Pengaliran dan Saliran dan Majlis Perbandaran Kangar.
Jawatankuasa Bertindak juga akan mengadakan pertemuan dengan pakar alam sekitar, perancangan perbandaran, NGO-NGO berkaitan bagi mengolah idea terbaik untuk diajukan kepada pihak berwajib supaya isu permasalahan  banjir di Perlis akan dapat diatasi segera demi manfaat Rakyat Perlis.
MOHAMMAD FAISOL BIN ABD RAHMAN
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Rakyat Perlis Atasi Masalah Banjir
013-489 9717

Saturday 1 October 2011

Ada KALA

Ada kala kita jaja
Dulu kala siapa kita
Janji kita seperti apa
Cipta hidup ikut agama
Indah kabar dari rupa

Ada kala kita lupa
Dulu kata lain bicara
Bila kuasa di mana kita
Sumpah kita apakah di kota
Tangan menadah entah ke siapa

Ada kala kita leka
Rupa semua agenda belaka
Kata semangat umpan sahaja
Boleh kah kau kata
Bila yang aku kata

Ada kala otak putar  cipta
Hari ini apa aku nak reka
Modal kelmarin dah lapuk belaka
Modal besok besar belaka
Modal akan datang parah celaka


Ada kala kita alpa
Dunia ini ana yang punya
Cakap sudah tidak serupa
Lupakah siapa sebenar kita
Memang dasar kita pelupa

Ada kala kita buruk sangka
Salah kita di tuding merata
Kambing Hitam menjadi senjata
Katanya itu peduli apa
Hanya aku yang berkuasa

Ada kala Tuhan murka
Kerna  langgar pantang Si Dia
Bila amanah di ceroboh Sang Cincin Puaka
Meratah harta ikut suka
Kita lupa dia Maha Esa

HAPPY BIRTHDAY TO ME