Wednesday 21 March 2012

Media Utama dan UMNO masih perbodohkan Melayu mengenai Yahudi, Zionis dan Israel


Hingga sekarang bila di soal pada UMNO
Mereka masih kelabu asap bengong
Bila si bengong cuba mengajar
Maka rakyat UMNO akan jadi lebih bengong

Maka ada yang cuba nak atasi Allah dan Rasul saw
Demi sebuah kepentingan politik
So hari ini mari kita baca dan faham
Khususnya UMNOGKOK yang MANGKOK

Yahudi ada agama dan juga keterunan

Teras kepercayaan penganut agama Yahudi ialah wujudnya Yahwe yang Esa, pencipta dunia yang menyelamatkan Bani Israel dari penindasan di Mesir, menurunkan undang-undang Yahwe (Torah) kepada mereka dan memilih mereka sebagai cahaya kepada manusia sejagat.

Penganut Yahudi percaya Yahwe telah membuat perjanjian dengan Nabi Ibrahim bahawa beliau dan cucu-cicitnya akan diberi berkat sekiranya mereka kekal beriman kepada Yahwe. Perjanjian ini kemudiannya diulangi oleh nabi-nabi Ishak dan Yakub. Oleh sebab nabi-nabi Ishak dan Yakub ialah dari bangsa Yahudi, mereka percaya merekalah bangsa pilihan (Chosen One). Penganut Yahudi dipilih untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab khas, seperti mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama dan berkhidmat kepada Tuhan. Sebagai balasan mereka akan menerima kecintaan serta perlindungan Yahwe. Yahwe kemudiannya menganugerahkan mereka sepuluh perintah yang sekarang dikenali sebagai Sepuluh Perintah Yahwe (Ten Commandments) melalui ketua mereka Nabi Musa, yang mereka anggap sebagai seorang Putera.
Kebanyakan penganut Yahudi mengikuti undang-undang pemakanan yang termaktub di dalamTorah yang melarang campuran susu dengan daging. Daging babi juga adalah terlarang dalam agama Yahudi. Makanan yang disediakan menurut undang-undang tersebut serta daging yang disembelih oleh pihak Rabbi dipanggil Kosher. Budak-budak lelaki juga disunat (biasanya sewaktu bayi lagi) selaras dengan perjanjian Nabi Abraham dengan Yahwe mereka. Dan apabila seorang budak lelaki mencapai kematangan dia akan diraikan kerana enjadi ahli masyarakat Yahudi dalam upacara dipanggil Bar Mitzyah.. Selepas kematian, mereka akan berkabung selama seminggu di mana mereka akan membacakan Kaddish. Agama dan perkauman saling kait mengait dalam masyarakat Yahudi. Misalnya pengambilan riba adalah berdosa sesama kaum Yahudi tetapi adalah dibenarkan dengan mereka yang bukan Yahudi.

Zionis adalah sebuah fahaman



Zionisme adalah sebuah gerakan politik kaum Yahudi yang tersebar di seluruh dunia untuk kembali lagi ke Zion, bukit di mana kota Jerusallam berdiri. Gerakan yang muncul di abad 19 ini semula ingin mendirikan sebuah negara Yahudi di Afrika kemudian berubah di tanah Palestin yang kala itu dikuasai Empayar Othmaniah.









Israel


Pada tahun 1947, PBB memutuskan untuk membahagi daerah mandat British, Palestine. Keputusan ini ditentang keras oleh negara-negara Timur Tengah dan banyak negara Muslim. Menurut PBB, kaum Yahudi mendapat 55% dari seluruh wilayah tanah meskipun hanya merupakan 30% dari seluruh penduduk di daerah ini. Manakala Baitulmuqadis, bandar suci Islam, Kristian dan Yahudi, akan dijadikan bandar antarabangsa.
Israel di tubuhkan pada tanggal 14hb Mei 1948. Namun keesokan harinya, Israel diserang oleh pakatan tentera Lubnan, Syria, Jordan, Mesir , Iraq dan negara Arab yang lain. Dalam peperangan ini, Israel berjaya mengalahkan tentera bersekutu Arab dan malah merampas lebih kurang 70% dari luas wilayah Palestin. Perang ini menghasilkan banyak kaum pelarian Palestin yang larikan dari daerah Israel. Tetapi di sisi lain tidak kurang pula kaum Yahudi yang diusir dari negara-negara Arab.

Kesimpulan

Islam tidak menghalang kita berhubungan dengan mana mana penganut agama termasuk Yahudi. Nak deal ilmu, kongsi pengalaman, bisnis, muamalat, nak ajak dia belanja makan minum, sembang dikedai kopi adalah di bolehkan.
Zionis adalah gerakan jahat yang ada diseluruh dunia. Theodor Herzl (1860-1904), seorang Yahudi Austria-Hungary, mengasaskan gerakan Zionisme. Zionis ini disebar keseluruh dunia.
Israel adalah sebuah negara haram yang mengamalkan politik Zionis. Mereka melakukan kezaliman dasyat pada masyarakat Palestine.

Kita diharamkan deal semua hal dengan REGIM ZIONIS DI ISRAEL melainkan mereka menamatkan fahaman Zionis dan menghormati kehendak rakyat Palestine.
Bagi umat islam, kita yakin Palestine dan Baitul Muqadis akan di bebaskan oleh Pasukan Tentera Islam dan rakyat Israel akan tunduk dan patut kepada keamanan dan keadilan.


Persoalannya

Siapa yang pernah bertemu dengan pemimpin Israel secara terbuka maupun tertutup? Jawapannya adalah UMNO.
MENGADAKAN HUBUNGAN DENGAN ISRAEL

Kenapa Ulamak Muda, Mufti Harubiru sana sini, Mufti Lynas (yg sedang meningkat nama), Mufti  Nok Gadooat dok main aci  dalam isu ini???

Siapa yang main politik untuk membodohkan minda dan mencelarukan kepala Melayu? UMNOGKOK

No comments: