Friday 11 November 2011

IPTIPS Lambang Kegagalan Kerajaan Perlis

Nama IPTIPS sudah tidak asing lagi di kalangan warga Perlis. Usia yang lebih 10 tahun dengan tujuan melahir graduan diploma dan Ijazah khusus bidang agama ternyata gagal sama sekali. Lokasi dekat dengan Empangan Timah Tasoh memang nampak menarik dan strategik. Namun tahukah ini fakta dan bukan auta. Sebuah Institut yang mencipta rekod di mana jumlah pensyarah dan staf lain melebihi jumlah pelajar. Ini amat aneh sekali sekali gus melambangkan pembaziran dan pemborosan serta kegagalan mengurus tadbir sebuah Institut Pengajian. Jumlah Pelajar keseluruhan mungkin tidak sampai 50 orang saja. Itu pun di tampung dengan pelajar Cambodia yang datang belajar secara percuma. ( Imigresyen siasat ada VISA sah or not).

Mungkin ini terjadi kerana yang memegang kuasa IPTIPS adalah mereka yang sudah expired dan berpaut pada kuasa yang ada.
Mungkin ini terjadi kerana program yang di tawar tidak mampu untuk memasuki pasaran kerja.
Mungkin ini terjadi kerana yang sepatutnya di beri hak untuk mentadbir di cantas putus.
Mungkin ini terjadi kerana Kerajaan Perlis di tadbir oleh mereka yang hanya ingin makan gaji dan terlepas pandang.
Mungkin ini terjadi kerana ujud kroni dan Kerajaan Perlis gagal merombak kuda tua yang ada di IPTIPS.
Mungkin ini terjadi kerana Kerajaan Perlis hanya memberikan fokus pada UNIMAP.
Kesimpulannya Kerajaan Perlis adalah kerajaan yang gagal mentadbir sebuah Institusi Pengajian.

2 comments:

muqayankabut said...

Saya rasa masalah ini terjadi kerana pentadbir IPTIPS terdiri daripada orang lama, di mana idea mereka sudah expired. Minta maaf, saya katakan begitu kerana baru-baru ini ada perbincangan dengan UNIMAPs supaya IPTIPs diserap di bawah pentadbiran UNIMAPs yang lebih teratur, tetapi pihak pentadbiran IPTIPs tidak bersetuju, kerana mungkin mengurangkan kuasa mereka.

Unknown said...

Kerana gila kuasalah menjadi punca semua ini. Terus terang reaktor Mat Libya adalah punca utama kelemahan IPTIPS. Kerana dia seorang, maka semua jadi masaalah. Malangnya Kerajaan negeri tak ambil kisah.