Wednesday, 11 January 2012

Polis DiRaJA uTUSAN

Ini sumber sah A1 dari Polis DiRaJA uTUSAN mengenai 901


KUALA LUMPUR 10 Jan. – Tiga butir bom buatan sendiri yang meletup sehingga mencederakan lima individu di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam, dipercayai dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.
Ini kerana, polis yang membuat pemeriksaan ketat di seluruh kawasan perhimpunan sebelum membenarkan peserta memasuki lokasi itu seawal pukul 4 pagi, tidak menemui sebarang objek berbahaya.
Sumber polis berkata, siasatan awal percaya, bom-bom tersebut dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan itu.

PAKAR BOMB




















 Nampak gaya Utusan kini sudah atasi PDRM dalam siasatan. Keh Kehh kehhh
 Ini sudah lebih teruk dari Lidah Biawak lagi.
 Kita harap PDRM keluar kenyataan resmi hari ini.
Utusan telah memalukan PDRM

Monday, 9 January 2012

901. Seputar Berita



Seperti yang PKR janjikan akan memberi kerjasama yang baik dan penuh displin, PKR yakin telah melaksanakan janji tersebut. Kami yakin PDRM yang bertugas tahu cerita sebenar. Tanpa FRU, kita mampu menjaga displin.
Namun ada gangguan Kumpulan Perkasam yang cuba nak tunjuk gagah perkasa. Malangnya sang Katak Hijau dan Pembantunya Katak Merah telelap akibat Qiamulalai. Maka Sang Katak yang penakut tahi ini telah mempergunakan beberapa ANGRY BIRD berbaju T Kuning untuk mengganggu DEMO 901. PDRM pasti tahu semua ini.
Lain kali anak muda jangan percaya Si Katak Hijau lagi. Nasib baik korang tak kena belasah. Jangan di perbodohkan oleh Sang Katak Hijau lagi.



Yang pakai Baju T kuning ada suruhan PERKASAM... Aduhai mana laaa Panglima Korang nieeeeee. Kesian kat ANGRY BIRD lari naik ke masjid.



Tahniah pada kehebatan Adam Adli. Wira Pejuang Mahasiswa. Walaupun kena gantung 3 semester, jiwa tetap mantap.

Ribuan Penyokong DSAI terdiri dari pelbagai bangsa. Sudah pasti PRU 13 akan menghapuskan BN dan UMNOGKOK.

Sunday, 8 January 2012

No tambah syarat 901

Bila PDRM dan PKR dah buat persefahaman 901
Jangan ada yang dok gatai gatai nak tambah tambah syarat
Jangan ada campur tangan dari luar
Kami nak berhimpun dengan pakaian ikut suka kami
Kami nak bawa bendera kerana bendera bukan boleh huru hara
Kami nak bawa pembesar suara kerana mudah nak ceramah dan bagi arahan
Kami nak bawa tag 901 kerana 901 bukan anjing gila yang boleh cetus haru biru

Kami nak minta PDRM jangan cetuskan provokasi
Kerana provokasi PDRM pencetus huru hara
Stop tembak gas pemedih mata
Stop sembur air asid
Stop belasah dan terajang perserta 901
STOP STOP STOP!!!!!
Kalau tak STOP!!!!......
Itulah punca huru hara, haru biru, kemudahan awam pecah hancai & peniaga rugi besar
Jadi kalau nak aman dan tenteram STOP!!!!KERJA PROVOKASI IDIOT

Friday, 6 January 2012

Kenapa Masih Simpan lagi?


JANGAN JOIN 901
Aku rasa orang ini nak main tarik tali dengan PAS.
Aku rasa dia minta maaf hanya mainan politik dirinya.
Aku rasa kita dah tak boleh lepas tangan dengan kata "No Comment" lagi pada dia
Aku rasa kita dah dah tau siapa sebenar diri dia
Aku rasa kita dah kena cabut buang segala duri dalam daging yang merosakan hubungan kita
Aku rasa jiwa dia dah bukan bersama kita
Aku rasa dia sekarang bangga kerana tiada siapa berani bertindak padanya
Aku rasa dia sekarang menjadi BARUA Perkasam, Umnogkok serta R@@@
Aku rasa lagi lama dia kita simpan lagi bahaya jadinya
BIAWAK OF THE YEAR








Thursday, 5 January 2012

Lawak Bodoh Menjelang 901

Satu perhimpunan dikenali “Himpun Keadilan Untuk Saiful” dicadang diadakan di perkarangan Kompleks Mahkamah di sini Isnin ini.



No problem.. Boleh discuss....
Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA dan 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berikrar akan menyekat perhimpunan gerakan ‘Bebaskan Anwar 901', Isnin depan demi mempertahankan keamanan negara.

PKR mahu negara huru-hara

Jangan pengaruhi mahkamah dengan ugutan: Tun M

 


Wednesday, 4 January 2012

SIdang Media PKR Perlis mengenai 901

MPN KEADILAN PERLIS

KENYATAAN MEDIA 901
MOHAMMAD FAISOL B. ABD RAHMAN
PENGERUSI PKR NEGERI PERLIS
4HB JAN 2012
Walaupun polis melarang semua pihak berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, Pakatan Rakyat akan tetap menggerakkan penyokongnya hadir memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kes tuduhan liwat.

Tindakan ini adalah selaras dengan keputusan dan pendirian Pakatan Rakyat bahawa DSAI perlu di adili dengan Sistem Kehakiman yang adil, telus dan bebas dan tidak ada sebarang unsur campurtangan tangan tangan ghaib yang memungkinkan kepincangan dalam keputusan tersebut.

Kita nak gambarkan kepada seluruh dunia bahawa rakyat Malaysia sekarang ini sudah bosan dengan tingkahlaku jahat serta mainan politik yang menjijikan serta memalukan negara. Isu fitnah dan  tohmahan terhadap DSAI adalah sesuatu yang amat keterlaluan dan di luarbatas norma manusia yang bertamaddun dan beragama.

Tidak timbul isu DSAI menggunakan Rakyat untuk selesai masaalah peribadi seperti yang di lemparkan setengah pihak. Ini kerana kita mendapati sepanjang perbicaraan DSAI yang pertama yang juga disabitkan dengan isu liwat, semua orang masih belum lupa isu Tilam, Isu Kondo dimana yang di tuduh melakukan liwat, tetapi Kondo tersebut belum siap ketika itu. Ini sudah tentu telah memalukan intergriti negara di  pandangan pengamal perundangan antarabangsa.

Kita yakin keputusan untuk memenjarakan DSAI kali ini adalah tidak lain tidak bukan sematamata untuk BN merasa selesa bagi menghadapi  PRU 13 ini. Ini kerana kebelakangan ini nama  BN tercemar teruk dengan pelbagai  isu penyelewengan dan rasuah yang melibatkan berbilion ringgit dan para pemerhati politik menjangkakan BN akan ranap di seluruh negeri termasuk Sabah dan Serawak.

PKR Perlis telah menghubungi komponen Pakatan Rakyat Perlis PAS dan DAP serta NGO untuk turut serta bersama dalam hal ini dalam memastikan keadilan terhadap DSAI.

Kita  berjanji akan memastikan para penyokong mematuhi segala displin dengan tidak menimbulkan segala bentuk provokasi.  Kita juga berharap supaya pihak keselamatan tidak bertindak sebagai penghalang laluan e.g road block yang keterlaluan dan menjadi faktor kepada gangguan lalulintas.

Pakatan Rakyat mensasarkan kehadiran tidak kurang dari 100 ribu. Walaupun jumlah ini di jangkaakan lebih dari itu.  Saya telah memastikan dengan ini telah menyusun dan mengarahkan 800 pengikut dan penyokong setia (Perlis)  yang terdiri daripada pellbagai lapisan masyarakat bagi menjayakan 901.

Sekian.Terima kasih

Tuesday, 3 January 2012

Teruskan 901

Tarikh: 9hb Jan 2011
Jam: 0700
Lokasi: Perkarangan Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur
Walaupun ada yang melarang kerana takut memalukan sistem kehakiman negara, Pakatan akan meneruskan HIMPUNAN 901.
Pelawat dan Pelancung dari Pakatan Rakyat warga Malaysia akan membanjiri Kuala Lumpur.
Sudah pasti limpahan rezeki para peniaga di Kuala Lumpur.
Bila rakyat membanjiri ibu kota, sudah pasti pendapatan peniaga di Kuala Lumpur akan meningkat. Nasi Lemak, Teh Tarik, Roti Canai semua laku licin. Kedai runcit, Stesyen minyak, Hotel, Teksi, Bas, LRT dsbnya akan laris.
Semua bergembira. Durian runtuh!!!!!
Semua untung. Lepas ini BERSIH 3.0 pulak!!!!
Bukan senang nak promo cuti cuti ke Kuala Lumpur.
PDRM, Pertahanan Awan, Rela dan DBKL  di alu alukan untuk memastikan keselamatan kami terkawal.
Tolong kawal lalu lintas. Bukan banyak sangat pun. Dijangka jumlah pelawat menjangkau 100 ribu orang aja. Lebih kurang kapasiti Stadium Bukit Jalil saja.


TAPI!!!!! bila sang Rottweiler buat kerja gila brutal. Tangkap, belasah, sembur asid, sembur gas sakit mata maka sudah pasti akan jadi huru hara serta haru biru.
Maka Rakyat wajib saman Si Rottweiler Haram Jadah ini.

Monday, 2 January 2012

Polis nak siasat Blogger???

Polis akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berunsur fitnah dalam beberapa blog berhubung isu penuntut universiti dipukul polis dalam satu perhimpunan haram di Perak semalam.

Memang benar Polis semua baik baik belaka!!
Polis tak pukul siswa. Siswa yang hantuk kepala sendiri sampai luka!!
Video Youtube yang di papar sebelum ini sebenarnya bukan insiden di UPSI. Video tersebut adalah lakunan drama Gerak Gerak Khas.
Jangan siasat kami..... 
Kami semua silap terbit. Sorry to PDRM

Polis Nafi Lakukan Kekerasan Terhadap Mahasiswa



Pembohongan besar Negara di awal 2012.
Kononnya tiada kekerasan

Ini sebahagian dari kenyataan PDRM
Polis menafikan menggunakan kekerasan ketika meleraikan kira-kira 70 pelajar yang menyertai perhimpunan haram anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, awal pagi ini.
Dalam demonstrasi itu dua pelajar cedera, apabila keadaan menjadi tegang dan tidak terkawal apabila kumpulan penuntut yang menyertai perhimpunan tersebut cuba melarikan diri selepas diarah bersurai.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dakwaan beberapa laman blog kononnya penuntut berkenaan dipukul dan ditendang polis sehingga patah tulang dan gigi adalah tidak benar sama sekali.
Katanya, tuduhan yang mengatakan bahawa polis membawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semata-mata untuk menggunakan kekerasan bagi meleraikan perhimpunan tersebut juga adalah fitnah.

HALLO GENG!!! RAKYAT BUKAN BUTA KAYU..
JATUHKAN BN DALAM PRU 13..WAJIB.....

Sunday, 1 January 2012

SAMBUTAN 2012 Rottweiler Belasah UPSI



UMNOGKOK  hadiah luka parah pada UPSI
Awal 2102 kerah Rottweiler berkaki dua
Lupakah UMNOGKOK yang korang belasah adalah siswa bangsa mencari kebenaran?
Kepada Rottweiler ingin aku ingatkan
Jasa mu menjadi barua kepada sebuah Regim
Kebrutalan kamu bagai tiada belas ikhsan
Jangan kamu bangga dengan sikap haiwan jadian
Kamu lupa Tuhan Maha Adil memerhati kamu
Makanan haram apa yang kamu lantak setiap hari
Mendorong diri bagaikan haiwan kebuasan

Rottweiler lupa satu hari di mamah usia
Hilang taring hilang kuku
Rottweiler ketika itu di gelar anjing kurap
Baru Rottweilwer sedar betapa jijik diriku ini

Pembalasan siap menanti kamu
Kamu lupa Tuhan Maha Adil memerhati kamu

BEBASKAN MEREKA SEGERA