Wednesday, 4 January 2012

SIdang Media PKR Perlis mengenai 901

MPN KEADILAN PERLIS

KENYATAAN MEDIA 901
MOHAMMAD FAISOL B. ABD RAHMAN
PENGERUSI PKR NEGERI PERLIS
4HB JAN 2012
Walaupun polis melarang semua pihak berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, Pakatan Rakyat akan tetap menggerakkan penyokongnya hadir memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kes tuduhan liwat.

Tindakan ini adalah selaras dengan keputusan dan pendirian Pakatan Rakyat bahawa DSAI perlu di adili dengan Sistem Kehakiman yang adil, telus dan bebas dan tidak ada sebarang unsur campurtangan tangan tangan ghaib yang memungkinkan kepincangan dalam keputusan tersebut.

Kita nak gambarkan kepada seluruh dunia bahawa rakyat Malaysia sekarang ini sudah bosan dengan tingkahlaku jahat serta mainan politik yang menjijikan serta memalukan negara. Isu fitnah dan  tohmahan terhadap DSAI adalah sesuatu yang amat keterlaluan dan di luarbatas norma manusia yang bertamaddun dan beragama.

Tidak timbul isu DSAI menggunakan Rakyat untuk selesai masaalah peribadi seperti yang di lemparkan setengah pihak. Ini kerana kita mendapati sepanjang perbicaraan DSAI yang pertama yang juga disabitkan dengan isu liwat, semua orang masih belum lupa isu Tilam, Isu Kondo dimana yang di tuduh melakukan liwat, tetapi Kondo tersebut belum siap ketika itu. Ini sudah tentu telah memalukan intergriti negara di  pandangan pengamal perundangan antarabangsa.

Kita yakin keputusan untuk memenjarakan DSAI kali ini adalah tidak lain tidak bukan sematamata untuk BN merasa selesa bagi menghadapi  PRU 13 ini. Ini kerana kebelakangan ini nama  BN tercemar teruk dengan pelbagai  isu penyelewengan dan rasuah yang melibatkan berbilion ringgit dan para pemerhati politik menjangkakan BN akan ranap di seluruh negeri termasuk Sabah dan Serawak.

PKR Perlis telah menghubungi komponen Pakatan Rakyat Perlis PAS dan DAP serta NGO untuk turut serta bersama dalam hal ini dalam memastikan keadilan terhadap DSAI.

Kita  berjanji akan memastikan para penyokong mematuhi segala displin dengan tidak menimbulkan segala bentuk provokasi.  Kita juga berharap supaya pihak keselamatan tidak bertindak sebagai penghalang laluan e.g road block yang keterlaluan dan menjadi faktor kepada gangguan lalulintas.

Pakatan Rakyat mensasarkan kehadiran tidak kurang dari 100 ribu. Walaupun jumlah ini di jangkaakan lebih dari itu.  Saya telah memastikan dengan ini telah menyusun dan mengarahkan 800 pengikut dan penyokong setia (Perlis)  yang terdiri daripada pellbagai lapisan masyarakat bagi menjayakan 901.

Sekian.Terima kasih

5 comments:

SAZALI MAHAT said...

tak nampak pun orang pkr perlis dimahkamah.orang pas perlis memang ramai.

UMNO PARTI PENJARA said...

Transformasi Palsu - Sumpah Aku Takkan Undi BN Walaupun Aku Ahli UMNO
Generasi Muda Terengganu Generasi Terbodoh Sepanjang Zaman
(Lihat bukti kukuh!!) Sumpah Aku Takkan Undi BN Walaupun Aku Ahli UMNO
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155



Mahasiswa2 Malaysia Bodoh2 Dan Tolol2. ( Kejam Dan Teraniaya..) Sumpah Aku Takkan Undi BN Walaupun Aku Ahli UMNO
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31913&postdays=0&postorder=asc&start=0
2 ~ http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65445
3 ~ http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=639811
4 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22139#486542
5 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28011.html
6 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3151
7 ~ http://www.ehoza.com/v4/forum/forumdisplay.php?270-Isu-Semasa-2011&s=63a289413c17d2b7384748ad617318aa

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

sazali mahat jangan cemburu......hihihihi

Anonymous said...

http://saynotosyiah.blogspot.com