Thursday, 22 December 2011

SPRM tubuh Pasukan Khas Siasat LEMBU NFC



Bila mana SPRM tubuh pasukan khas.
Sudah pasti kes ini dah berat dan parah barah.
Kenapa PM tak nak ulas?????
Kalau isu Mendiang Teoh Beng Hock bukan main aggresif, cergas dan pantas sampai jadi mendiang....
Kalau isu Mat Sabu kononya salah guna kuasa klaim kos perubatan di riuh rendah mamak merican al pedukang.
Kalau isu libatkan UMNOGKOK semua di siasat secara santai santai, relaks relaks, 
Sewajarnya Sharizat kena letak jawatan demi jaga maruah dan negara.
Pada SPRM.... Siasat dan jangan tak siasat....KES INI VERY CLEAR!!!!!.. Melayu cakap TERANG LAGI BERSULUH!!!!!!...........
Bila Lembu NFC memperbodohkan Rakyat Malaysia.
Bila salah guna kuasa tidak di anggap dosa dan maksiat.
Bila yang menjaga kuasa menzalimi marhaen bawahan.
Bila ada cuba cuba cover isu ini.
Bila lari dari Kebenaran dan Keadilan.
Bila UMNOGKOK tidak di basmi di bumi Malaysia ini.
Tunggulah padahnya......

Tuesday, 20 December 2011

Alamat LEMBU GILA NFC di Singapura

Setelah sekian lama mencari di mana LEMBU GILA menyorok, maka berikut adalah alamat terkini untuk di hubungi,

Kepada;
LEMBU GILA  NFC laki dan anak-anak
d/a Dr Mat Salleh (laki saya)
Kondominium mewah Orchard Scotts
Anthony Road
Singapura

Kalau SPRM tak ada peta, maka saya sertakan peta. SPRM jangan lupa bawa kompas kalau kalau sesat. Bawa juga gambar rupa Kondominium. Mana tau kut kut tak tau menatang apa Kondominium.
Kalau tak reti lagi SPRM boleh minta bantuan Google.
Kalau tak reti lagi, sah dah kena sampuk penyakit LEMBU GILA

Lembu NFC Sudah Gila.

UMNO dah haru biru tua.
Lembu  NFC sudah Gila.
Bila SPRM tidak mau tangkap Lembu Gila.
Maka inilah kesan dan akibatnya.
Ini kerana Lembu Gila tak perasan yang dia gila.
Lembu Gila tak rasa bersalah kebas duit rakyaat juta juta.
Lembu Gila marah gila gila kat geng dia sendiri.
Maka Pasukan Lembu Gila serang Pejabat UMNO Cheras ( Datuk Syed Ali Al Habshee)
Bila dah Gila kawan sendiri pun dia baham.

Tikam kawan sampai terkoyak.
SPRM pun takut kena sondol dengan Lembu Gila ini.
Sondol supaya Skandal NFC di tutup.
 Siapa ganggu Lembu NFC Gila pasti kena sondol jubok

Monday, 19 December 2011

Semua Lawan dan Cincang BN

1. CUEPACS bantah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Amat memalukan dan menjijikan dengan skim ini ada pegawai berkelulusan Diploma akan hanya menerima kenaikan gaji RM 18.00 sahaja. Penambahan di bawah 7% sahaja.  Ikan kembong pun sekilo dah RM 12.00. 

1.4 juta Penjawat awam wajib bangkit lawan dan tumbang BN.






Jangan lawan separuh jalan bang. Jangan tak lawan. Biar kembang tengkok asal jangan mengalah.

2. MTUC akan terus buat bantahan menentang pindaan AKTA  PEKERJA 1995.
BN menghina status rakyat Malaysia. Walaupun berada di negara sendiri, tapi status kerja lebih kurang Mat Bangla.

Jangan lawan separuh jalan bang. Jangan tak lawan.




 3. Siswa sudah berani berdemo kerana sudah meluat dengan BN. Siswa menuntut memansuhkan sepenuhnya AUKU, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555).

Lawan adik ku lawan. Jangan buat kawan dengan UMNOGKOK. Keluar dari pemikiran UMNO.





Ini semua jelas memberikan isyarat bahawa BN sudah semakin menunggu ajal. Rakyat pelbagai lapisan sudah hilang percaya.

Friday, 16 December 2011

TOLAK KERAJAAN LEMBU 1 MALAYSIA

 
SILA GEMPUR. SILA CETAK DAN SEBARKAN. SELAMATKAN NEGARA KITA DARI DI BAHAM OLEH LEMBU-LEMBU

PERANG LEMBU SAUDARA UNTUK ELAK JADI BIAWAK.
Umno 'Perang Saudara' Kerana Lembu.. 70 orang penyokong Datuk Shahrizat menyerang pejabat UMNO Bahagian Cheras. Kikiki...

BANGKIT TENTANG Pindaan Akta Pekerja 1995


Tidak mustahil rakyat akan bangkit dari aman ke tidak aman.
Pindaaan Akta Pekerja 1995 akan menyebabkan status pekerja Malaysia akan menjadi sama seperti pekerja tenaga asing.
Akan ujud kroni UMNOGKOK yang kaya raya menghisap sebahagian dari hasil upah pekerja yang kononnya upah tolong cari kerja.
Pindaan ini akan menjadikan akta ini lebih teruk dari sistem komunis. Rakyat menjadi mangsa perahan orang atasan.
Rakyat harus BANGKIT MENENTANG pindaaan Akta Pekerja 1995. Maukah kita lihat pekerja kita sama taraf dengan Mat Bangla dan Mamat Indon?
Dengan sistem kontrak pekerja akan dapat taraf kontrak dan gaji yang sama tanpa kenaikan seperti sekarang.
Tiada cuti umum, tiada elaun khas, tiada cuti sakit M.C. Ada kerja ada gaji. 
Kontraktor yang supply pekerja akan hanya fikir untung. Bila rugi cabut lari. Siapa yang harus  tanggung semua ini.
Kebajikan para pekerja akan terus diabaikan. Ini kerana siapa majikan sebenar? Samada tempat yang beliau bekerja atau agen yang menguruskan pekerjannya? 
APAKAH RAKYAT MAU TERUS JADI BARUA KEPADA KRONI UMNOGKOK

Wednesday, 14 December 2011

ABU Asalkan Bukan UMNO

Rasanya orang Melayu sudah mulai terasa malunya bersama UMNO.
Rasanya sampai waktunya Melayu keluar beramai-ramai dari UMNO.
Rasanya sudah sampai saatnya Melayu harus sedar akan masa depan generasinya.
Rasanya Melayu perlu bangkit jadikan UMNO sebagai abu.

Inilah wajah yang pernah di buang kerana terlibat dalam politik wang. Malangnya tidak di dakwa dan di heret ke muka pengadilan. Kini beliau dilantik sebagai Pengerusi FELDA yakni badan yang menjaga para peneroka yang majoritinya pengikut UMNO. Apakah bangsa Melayu yang akan di bodohkan sekali lagi dengan cadangan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke BSKL? Siapa yang akan berperanan untuk mengaut keuntungan hasil dari penyenaraian tersebut? Sudah tentu kroni kroni UMNO yang akan melahap bagai buaya kelaparan.
Bagi menutup segala tindakan jahat mereka ini, Felda Director General Datuk Dzulkifli Wahab, yang juga Pengerusi KPF telah diberikan cuti. Langkah untuk menyenaraikan FGVH adalah seuatu pengkhianatan kepada para peneroka. 
Nampak mesra, tapi yang disebelah Dato Dzulkifli (kini diarahkan beruti) itu adalah sebenarnya pelingkup FELDA. Warga FELDA wajib bangkit dan melakukan reformasi keluar dari UMNO segera. Asalkan Bukan UMNO.

SAY NO TO ISA AND ISA SAMAD

Thursday, 8 December 2011

PERLIS POWER PLANT YANG MENJADI MISTERI SKANDAL

Perlis Power Plant yang dibina hasil wang rakyat untuk kemudahan rakyat. Benarkah? Tenaga Eletrik adalah kemudahan asas wajib kepada seluruh rakyat. Namun bila ujud projek pengswastaan, maka ramai individu politik yang terpalit mengambil bahagian untuk meraih keuntungan. Asalnya politik yang bermaksud membela rakyat kini sudah berubah definasinya kepada membesarkan kocek kantung sendiri. Tidak di nafikan ramai tokoh politik yang jadi kaya raya dengan projek rakyaat ini. Sekaligus politik dunia kini membodohkan marhaen bawahan yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang membeli kadar tarif eletrik yang tinggi dengan tujuan mengkayakan tokoh politik pilihan mereka. Slogan selamatkan Melayu hanya nyanyian lama untuk mengkhayalkan  Melayu supaya terus lali menyokong mereka. Badan SPRM bila mana melibatkan orang kenamaan sepi membisu. Mendiang Teoh Beng Hock yang dikatakan kononnya terlibat skandal rasuah RM 2500 dihayun asak minda dan mental sehingga kematiannya penuh dengan misteri.
Seharusnya misteri rasuah yang melibatkan jutaan ringgit wajib di siasat tanpa mengenal kedudukan dan sekali lagi kita sama sama akan menilai kewibaan SPRM dalam hal ini.

Tuesday, 6 December 2011

Skandal Rasuah Perlis yang bertahun lapuk lamanya.


Straits Times: Bekas MB Perlis dikait skandal rasuah Alstom
Oleh Debra Chong
December 05, 2011
KUALA LUMPUR, 5 Dis — Ketika seorang pemimpin kanan Umno berhadapan dengan kontroversi projek ternakan lembu kendalian keluarganya, parti teras Barisan Nasional (BN) itu kini dihimpit dakwaan terbaru bahawa seorang bekas menteri besar pernah menerima habuan daripada syarikat kejuruteraan gergasi Perancis, Alstom bagi pembinaan loji elektrik di Perlis.
Akhbar Straits Times Singapura melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggeledah pejabat Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), yang sebahagiannya dimiliki oleh bekas Speaker Dewan Negara dan bekas menteri besar Perlis Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh.
Akhbar itu melaporkan bahawa veteran Umno berkenaan secara langsung dikaitkan dalam dakwaan rasuah Alstom dalam memperoleh kontrak dua dekad lalu.
Abdul Hamid dikatakan dibayar 7.5 juta franc Switerland (RM25 juta) untuk membantu Alstom mendapatkan satu kontrak membina loji tenaga elektrik di Perlis lewat 1990-an.
Beliau merupakan menteri besar Perlis dari 1986 hingga 1995.
Straits Times melaporkan kedua-dua Abdul Hamid dan bekas rakan kongsinya Ti Chee Liang telah disebutkan dalam saman jenayah terhadap Alstom.
Menurut Straits Times, Alstom didenda €31 juta (RM128.77 juta) oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland dua minggu lalu kerana gagal mengadakan panduan yang sewajarnya untuk menghindari amalan rasuah di kalangan eksekutifnya di Malaysia, Latvia dan Tunisia. Ia merupakan satu bentuk kesalahan di bawah undang-undang Switerland.
Alstom merupakan pemain utama di Malaysia dalam bisnes tenaga dan diberi kontrak menyediakan peralatan bagi menjana tenaga elektrik 7.5 gigawatt, kata akhbar itu.
Dengan merujuk kepada sumber-sumber yang rapat dengan siasatan,
Straits Times melaporkan bahawa SPRM akan menyoal siasat eksekutif tempatan Alstom dalam beberapa hari lagi.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@
SPRM PERLIS masih diam diam tong kosong. Kalau libatkan PEMBANGKANG rasuah dua kupang pun ribut gila babi. 
Kes Pembesar Negeri Perlis yang ada title *** terlibat dengan seludup disel besar besaran pun masih diam diam tong kosong. Kalau marhaen kampung seludup 2 tong disel UPP kejar berselerak.
Rakyat dibebankan dengan kenaikan tarif eletrik. Seringnya kenaikan di berikan alasan kenaikan pasaran minyak dunia. Perlis Power Plant di miliki oleh sekok dua individu UMNOGKOK yang menjadi jutawan segera. Marhaen terpaksa bayar harga eletrik yang mahal untuk kayakan mereka. Rakyat terpaksa hutang, terpaksa pinjam sana pinjam sini, terpaksa menghadapi gertakan potongan bill eletrik. 
Kalau masih dibiarkan Individu Politik menguasai harta negara, maka inilah yang terjadi.
@@@@@@@@@@@
Maka layaklah dalam  rangking Indeks Rasuah Malaysia merudum jatuh.
Sepatutnya perubahan dari Biro Siasatan Negara (BSN) ke Biro Pengcegah Rasuah (BPR) ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada kemajuan, ada peningkatan dan menjadi lebih baik. Malangnya lagi buruk dan busuk. Mereka ini berkerja untuk UMNOGKOK dan bukan bekerja untuk rakyat.

Dari Zaman Penerapan Nilai Islam ke Zaman Islam Hadari ke Zaman Satu Malaysia. Laungan slogan UMNOGKOK adalah semata mata pembohongan untuk menkhayalkan dan memabukkan rakyat. 
LAUNGAN SLOGAN TERKINI TRANSFORMASI SEPATUTNYA DI LAUNG BANGKRUPSI


Thursday, 1 December 2011

Lembu Naik Minyak dan Pearl White

KES 1: Ada LEMBU NAIK MINYAK tak pasal pasal. Tapi mungkin LEMBU allergic dengan tudung merah. Yang duduk di belakang pasti tepuk tangan kerana takut Lembu tendang dan berak. Maka jadilah penjilat lembu.






KES 2: Kita dengan segala hormatnya mengumumkan bahawa warna di bawah ini adalah PEARL WHITE. Jangan ada siapa siapa yang pertikai warna ini.