Straits Times: Bekas MB Perlis dikait skandal rasuah Alstom
Oleh Debra Chong
December 05, 2011
KUALA LUMPUR, 5 Dis — Ketika seorang pemimpin kanan Umno berhadapan dengan kontroversi projek ternakan lembu kendalian keluarganya, parti teras Barisan Nasional (BN) itu kini dihimpit dakwaan terbaru bahawa seorang bekas menteri besar pernah menerima habuan daripada syarikat kejuruteraan gergasi Perancis, Alstom bagi pembinaan loji elektrik di Perlis.
Akhbar Straits Times Singapura melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggeledah pejabat Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), yang sebahagiannya dimiliki oleh bekas Speaker Dewan Negara dan bekas menteri besar Perlis Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh.
Akhbar itu melaporkan bahawa veteran Umno berkenaan secara langsung dikaitkan dalam dakwaan rasuah Alstom dalam memperoleh kontrak dua dekad lalu.
Abdul Hamid dikatakan dibayar 7.5 juta franc Switerland (RM25 juta) untuk membantu Alstom mendapatkan satu kontrak membina loji tenaga elektrik di Perlis lewat 1990-an.
Beliau merupakan menteri besar Perlis dari 1986 hingga 1995.
Straits Times melaporkan kedua-dua Abdul Hamid dan bekas rakan kongsinya Ti Chee Liang telah disebutkan dalam saman jenayah terhadap Alstom.
Menurut Straits Times, Alstom didenda €31 juta (RM128.77 juta) oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland dua minggu lalu kerana gagal mengadakan panduan yang sewajarnya untuk menghindari amalan rasuah di kalangan eksekutifnya di Malaysia, Latvia dan Tunisia. Ia merupakan satu bentuk kesalahan di bawah undang-undang Switerland.
Alstom merupakan pemain utama di Malaysia dalam bisnes tenaga dan diberi kontrak menyediakan peralatan bagi menjana tenaga elektrik 7.5 gigawatt, kata akhbar itu.
Dengan merujuk kepada sumber-sumber yang rapat dengan siasatan,
Straits Times melaporkan bahawa SPRM akan menyoal siasat eksekutif tempatan Alstom dalam beberapa hari lagi.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@
SPRM PERLIS masih diam diam tong kosong. Kalau libatkan PEMBANGKANG rasuah dua kupang pun ribut gila babi.
Kes Pembesar Negeri Perlis yang ada title *** terlibat dengan seludup disel besar besaran pun masih diam diam tong kosong. Kalau marhaen kampung seludup 2 tong disel UPP kejar berselerak.
Rakyat dibebankan dengan kenaikan tarif eletrik. Seringnya kenaikan di berikan alasan kenaikan pasaran minyak dunia. Perlis Power Plant di miliki oleh sekok dua individu UMNOGKOK yang menjadi jutawan segera. Marhaen terpaksa bayar harga eletrik yang mahal untuk kayakan mereka. Rakyat terpaksa hutang, terpaksa pinjam sana pinjam sini, terpaksa menghadapi gertakan potongan bill eletrik.
Kalau masih dibiarkan Individu Politik menguasai harta negara, maka inilah yang terjadi.
@@@@@@@@@@@
Maka layaklah dalam rangking Indeks Rasuah Malaysia merudum jatuh.Sepatutnya perubahan dari Biro Siasatan Negara (BSN) ke Biro Pengcegah Rasuah (BPR) ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada kemajuan, ada peningkatan dan menjadi lebih baik. Malangnya lagi buruk dan busuk. Mereka ini berkerja untuk UMNOGKOK dan bukan bekerja untuk rakyat.
Dari Zaman Penerapan Nilai Islam ke Zaman Islam Hadari ke Zaman Satu Malaysia. Laungan slogan UMNOGKOK adalah semata mata pembohongan untuk menkhayalkan dan memabukkan rakyat.
LAUNGAN SLOGAN TERKINI TRANSFORMASI SEPATUTNYA DI LAUNG BANGKRUPSI
No comments:
Post a Comment