Monday, 19 December 2011

Semua Lawan dan Cincang BN

1. CUEPACS bantah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Amat memalukan dan menjijikan dengan skim ini ada pegawai berkelulusan Diploma akan hanya menerima kenaikan gaji RM 18.00 sahaja. Penambahan di bawah 7% sahaja.  Ikan kembong pun sekilo dah RM 12.00. 

1.4 juta Penjawat awam wajib bangkit lawan dan tumbang BN.






Jangan lawan separuh jalan bang. Jangan tak lawan. Biar kembang tengkok asal jangan mengalah.

2. MTUC akan terus buat bantahan menentang pindaan AKTA  PEKERJA 1995.
BN menghina status rakyat Malaysia. Walaupun berada di negara sendiri, tapi status kerja lebih kurang Mat Bangla.

Jangan lawan separuh jalan bang. Jangan tak lawan.




 3. Siswa sudah berani berdemo kerana sudah meluat dengan BN. Siswa menuntut memansuhkan sepenuhnya AUKU, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555).

Lawan adik ku lawan. Jangan buat kawan dengan UMNOGKOK. Keluar dari pemikiran UMNO.





Ini semua jelas memberikan isyarat bahawa BN sudah semakin menunggu ajal. Rakyat pelbagai lapisan sudah hilang percaya.

No comments: