Wednesday, 4 January 2012

SIdang Media PKR Perlis mengenai 901

MPN KEADILAN PERLIS

KENYATAAN MEDIA 901
MOHAMMAD FAISOL B. ABD RAHMAN
PENGERUSI PKR NEGERI PERLIS
4HB JAN 2012
Walaupun polis melarang semua pihak berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, Pakatan Rakyat akan tetap menggerakkan penyokongnya hadir memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kes tuduhan liwat.

Tindakan ini adalah selaras dengan keputusan dan pendirian Pakatan Rakyat bahawa DSAI perlu di adili dengan Sistem Kehakiman yang adil, telus dan bebas dan tidak ada sebarang unsur campurtangan tangan tangan ghaib yang memungkinkan kepincangan dalam keputusan tersebut.

Kita nak gambarkan kepada seluruh dunia bahawa rakyat Malaysia sekarang ini sudah bosan dengan tingkahlaku jahat serta mainan politik yang menjijikan serta memalukan negara. Isu fitnah dan  tohmahan terhadap DSAI adalah sesuatu yang amat keterlaluan dan di luarbatas norma manusia yang bertamaddun dan beragama.

Tidak timbul isu DSAI menggunakan Rakyat untuk selesai masaalah peribadi seperti yang di lemparkan setengah pihak. Ini kerana kita mendapati sepanjang perbicaraan DSAI yang pertama yang juga disabitkan dengan isu liwat, semua orang masih belum lupa isu Tilam, Isu Kondo dimana yang di tuduh melakukan liwat, tetapi Kondo tersebut belum siap ketika itu. Ini sudah tentu telah memalukan intergriti negara di  pandangan pengamal perundangan antarabangsa.

Kita yakin keputusan untuk memenjarakan DSAI kali ini adalah tidak lain tidak bukan sematamata untuk BN merasa selesa bagi menghadapi  PRU 13 ini. Ini kerana kebelakangan ini nama  BN tercemar teruk dengan pelbagai  isu penyelewengan dan rasuah yang melibatkan berbilion ringgit dan para pemerhati politik menjangkakan BN akan ranap di seluruh negeri termasuk Sabah dan Serawak.

PKR Perlis telah menghubungi komponen Pakatan Rakyat Perlis PAS dan DAP serta NGO untuk turut serta bersama dalam hal ini dalam memastikan keadilan terhadap DSAI.

Kita  berjanji akan memastikan para penyokong mematuhi segala displin dengan tidak menimbulkan segala bentuk provokasi.  Kita juga berharap supaya pihak keselamatan tidak bertindak sebagai penghalang laluan e.g road block yang keterlaluan dan menjadi faktor kepada gangguan lalulintas.

Pakatan Rakyat mensasarkan kehadiran tidak kurang dari 100 ribu. Walaupun jumlah ini di jangkaakan lebih dari itu.  Saya telah memastikan dengan ini telah menyusun dan mengarahkan 800 pengikut dan penyokong setia (Perlis)  yang terdiri daripada pellbagai lapisan masyarakat bagi menjayakan 901.

Sekian.Terima kasih

Tuesday, 3 January 2012

Teruskan 901

Tarikh: 9hb Jan 2011
Jam: 0700
Lokasi: Perkarangan Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur
Walaupun ada yang melarang kerana takut memalukan sistem kehakiman negara, Pakatan akan meneruskan HIMPUNAN 901.
Pelawat dan Pelancung dari Pakatan Rakyat warga Malaysia akan membanjiri Kuala Lumpur.
Sudah pasti limpahan rezeki para peniaga di Kuala Lumpur.
Bila rakyat membanjiri ibu kota, sudah pasti pendapatan peniaga di Kuala Lumpur akan meningkat. Nasi Lemak, Teh Tarik, Roti Canai semua laku licin. Kedai runcit, Stesyen minyak, Hotel, Teksi, Bas, LRT dsbnya akan laris.
Semua bergembira. Durian runtuh!!!!!
Semua untung. Lepas ini BERSIH 3.0 pulak!!!!
Bukan senang nak promo cuti cuti ke Kuala Lumpur.
PDRM, Pertahanan Awan, Rela dan DBKL  di alu alukan untuk memastikan keselamatan kami terkawal.
Tolong kawal lalu lintas. Bukan banyak sangat pun. Dijangka jumlah pelawat menjangkau 100 ribu orang aja. Lebih kurang kapasiti Stadium Bukit Jalil saja.


TAPI!!!!! bila sang Rottweiler buat kerja gila brutal. Tangkap, belasah, sembur asid, sembur gas sakit mata maka sudah pasti akan jadi huru hara serta haru biru.
Maka Rakyat wajib saman Si Rottweiler Haram Jadah ini.

Monday, 2 January 2012

Polis nak siasat Blogger???

Polis akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berunsur fitnah dalam beberapa blog berhubung isu penuntut universiti dipukul polis dalam satu perhimpunan haram di Perak semalam.

Memang benar Polis semua baik baik belaka!!
Polis tak pukul siswa. Siswa yang hantuk kepala sendiri sampai luka!!
Video Youtube yang di papar sebelum ini sebenarnya bukan insiden di UPSI. Video tersebut adalah lakunan drama Gerak Gerak Khas.
Jangan siasat kami..... 
Kami semua silap terbit. Sorry to PDRM

Polis Nafi Lakukan Kekerasan Terhadap Mahasiswa



Pembohongan besar Negara di awal 2012.
Kononnya tiada kekerasan

Ini sebahagian dari kenyataan PDRM
Polis menafikan menggunakan kekerasan ketika meleraikan kira-kira 70 pelajar yang menyertai perhimpunan haram anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, awal pagi ini.
Dalam demonstrasi itu dua pelajar cedera, apabila keadaan menjadi tegang dan tidak terkawal apabila kumpulan penuntut yang menyertai perhimpunan tersebut cuba melarikan diri selepas diarah bersurai.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dakwaan beberapa laman blog kononnya penuntut berkenaan dipukul dan ditendang polis sehingga patah tulang dan gigi adalah tidak benar sama sekali.
Katanya, tuduhan yang mengatakan bahawa polis membawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semata-mata untuk menggunakan kekerasan bagi meleraikan perhimpunan tersebut juga adalah fitnah.

HALLO GENG!!! RAKYAT BUKAN BUTA KAYU..
JATUHKAN BN DALAM PRU 13..WAJIB.....

Sunday, 1 January 2012

SAMBUTAN 2012 Rottweiler Belasah UPSI



UMNOGKOK  hadiah luka parah pada UPSI
Awal 2102 kerah Rottweiler berkaki dua
Lupakah UMNOGKOK yang korang belasah adalah siswa bangsa mencari kebenaran?
Kepada Rottweiler ingin aku ingatkan
Jasa mu menjadi barua kepada sebuah Regim
Kebrutalan kamu bagai tiada belas ikhsan
Jangan kamu bangga dengan sikap haiwan jadian
Kamu lupa Tuhan Maha Adil memerhati kamu
Makanan haram apa yang kamu lantak setiap hari
Mendorong diri bagaikan haiwan kebuasan

Rottweiler lupa satu hari di mamah usia
Hilang taring hilang kuku
Rottweiler ketika itu di gelar anjing kurap
Baru Rottweilwer sedar betapa jijik diriku ini

Pembalasan siap menanti kamu
Kamu lupa Tuhan Maha Adil memerhati kamu

BEBASKAN MEREKA SEGERA

Saturday, 31 December 2011

Masuk 2012. Saksikan kenangan 2011

Masuk 2012. Saksikan kenangan 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012.
Selamatkan Negara Kita 
Azam Benteras Rasuah
Azam Benteras Kezaliman
Azam Benteras Perpecahan
Azam Benteras Penyelewangan 

Friday, 30 December 2011

Datuk Kambing kena dakwa dah!!!


Ahli perniagaan, Datuk Shamsulbahrin Ismail, 45, dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua tuduhan berasingan menipu Pengarah Syarikat National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail membabitkan bayaran bagi perkhidmatan rundingan dan nasihat sehingga mangsa menyerahkan cek berjumlah RM1.755 juta, antara November dan Disember tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Resources Sdn Bhd itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan berkenaan.

Dah kata dah......

Yang kaya raya lepas tak kisah nak kemana.....
Yang tiba tiba aja timbul Datuk tipu Mat Salleh Cowboy
Ketua Melayu sedang bodohkan Rakyat Melayu.
Mungkin SPRM dok asyik nonton film hindustan sampai pening lalat.
Yang sepatut di reman jelas adalah Mat Salleh, Kak Jat dan anak-anak.
Lembu Kondo punya salah Kambing Hitam kena tangkap
Aku pandai jilat boss aku. Boss aku suka kena jilat
Aku jadi mangsa. Pundek betul puak puak ini
 

Pedulikan dengan Boss Askar

Hari ini dalam akhbar utama, Boss Askar menasihati Anwar supaya jangan heret rakyat dalam isu peribadinya. Boss Askar minta kita semua akur dengan keputusan Mahkamah di bawah jajahan UMNOGKOK.
Boss Askar jangan dok menyibuk tak tentu pasal. Dulu Boss Askar ini punya hormat DSAI dgn panggilan Pak Syeikh. Dulu Boss Askar punya lunak dengan slang Wehhhdatulll. Sekarang mana pi hilang slang Wehdatulll?? 

Boss Askar lebih baik komen pasal LEMBU NFC yang menggila sekarang ini.
Boss Askar lebih baik siasat cerita sebenar kenapa Minah Monggolia boleh terburai recai.
Mungkin Boss Askar ini lali dengan bau kentut busuk Kak Rosmah sampai nyanyuk  lupa perjuangan awal dulu.


Mungkin sekarang dah jadi Wehdatulll GOMO. 

Kami nak ingatkan pada Boss Askar, bahawa kita bukan nak cetuskan huru hara. Kita nak KEADILAN. 

Thursday, 29 December 2011

Skandal Kapal Peronda Pesisir Pantai

Belum selesai kapal selam, kini mucul skandal pembelian kapal perang yang melibatkan agen mengaut wang segera RM 11.36juta. Sekali lagi wang rakyat para Marhaen yang membayar segala cukai tanah, kenderaan dan cukai cukai yang lain di kebas dengan begitu mudah.
Kenapa sebuah kapal perang bernilai RM 1 billion???

Ini fakta pembelian
Sedangkan pembelian kapal peronda pesisir pantai  oleh Tentera Laut New Zealand hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu. Israel membayar AS260 juta (RM791 juta). Manakala, kapal kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (RM572 juta) dan Saar V dari Israel (RM791 juta) setiap satu. Malah, kapal yang paling canggih seperti Littoral (LCS) buatan Amerika Syarikat pun nilainya kurang daripada AS300 juta (RM913 juta) setiap satu.

Mengapa perlu beli melalui agen? Apakah kita perlu kepada agen? Kemana hilang kepakaran TLDM?


Kita minta Zahid Hamidi jawab. Kita minta SPRM siasat dengan telus.