Thursday, 29 December 2011

Skandal Kapal Peronda Pesisir Pantai

Belum selesai kapal selam, kini mucul skandal pembelian kapal perang yang melibatkan agen mengaut wang segera RM 11.36juta. Sekali lagi wang rakyat para Marhaen yang membayar segala cukai tanah, kenderaan dan cukai cukai yang lain di kebas dengan begitu mudah.
Kenapa sebuah kapal perang bernilai RM 1 billion???

Ini fakta pembelian
Sedangkan pembelian kapal peronda pesisir pantai  oleh Tentera Laut New Zealand hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu. Israel membayar AS260 juta (RM791 juta). Manakala, kapal kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (RM572 juta) dan Saar V dari Israel (RM791 juta) setiap satu. Malah, kapal yang paling canggih seperti Littoral (LCS) buatan Amerika Syarikat pun nilainya kurang daripada AS300 juta (RM913 juta) setiap satu.

Mengapa perlu beli melalui agen? Apakah kita perlu kepada agen? Kemana hilang kepakaran TLDM?


Kita minta Zahid Hamidi jawab. Kita minta SPRM siasat dengan telus.

No comments: