Friday 23 March 2012

Bongkar MOTIF Altantuya Untuk Keadilan PDRM

Ada yang kata bunuh cicak malam jumaat akan dapat pahala sunat.  Maka kita pun pakat bunuh untuk dapat pahala bagi menampung dosa tak solat. Nanti bila di soal oleh malaikat MOTIF apa kamu suka bunuh cicak setiap malam jumaat?  Maka jawablah dengan tenang MOTIF untuk dapat pahala.

Kamu di dakwa kerana dengan niat membunuh nyamuk.  Kenapa kamu bunuh nyamuk?  Apa MOTIF kamu bunuh nyamuk? Tidakkah itu suatu perbuatan keji?  Ya Tuan Hakim yang bijak sana bodoh sini.  Nyamuk ini membawa penyakit denggi.  Maka sebab itulah saya bunuh. Itu lah MOTIF pembunuhan nyamuk.                                                                                
Kamu didakwa dengan sengaja membunuh ular.  Sedangkan ular itu tidak menyerang kamu.  Apa MOTIF kamu menyerang dan membunuh ular?  Ya Tuan Hakim Malaoon.  MOTIF saya nak jual daging tersebut sebab saya dah tak ada kerja lain. Saya mohon di ringankan hukuman....Kesian laa pada saya yang miskin....

APAKAH MOTIF PEMBUNUHAN INI?
Kenapa kamu guna C4 bomb sampai berkecai mayat Altantuya?  Apa tujuan? MOTIF apa erk.  Hoppp!!!! Kita tidak perlu tanya MOTIF kerana itu tidak penting. Lagi pun mereka bunuh tanpa MOTIF. Kita gantung mereka sampai mati.
Inilah hasil dari pengorbanan PDRM untuk menjaga kepentingan sesaorang.  Nyawa dan maruah dijadikan pertaruhan.   
" Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. Saya merayu pada mahkamah yang kini dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekali gus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya". Ini kata kata Koperal yang menjadi kambing hitam.
Kepada warga PRDM.
Selamatkan mereka ini dalam PRU 13.
Mereka perlukan pembelaan.
Mereka pasti mengharapkan sesuatu keajaiban terjadi bagi membebaskan dari kezaliman.
Mereka pasti harapkan seluruh warga PDRM supaya bangkit tumbangkan BN dalam PRU ini. SELAMATKAN NEGARA DARI CENGKAMAN DIKTATOR.


No comments: