Tuesday 13 March 2012

Politik BN Yang Penuh Dengan Rasuah


Semua perlu ada wang
Wang!! lebih mulia dari perjuangan
Tak ada wang!! jangan berjuang
Wang!! Wang!! Wang!!
Politik mesti ada wang!!
Nak menang perlu banyak wang!!
Bila menang lagi banyak minta wang!!
Wang!! Wang!! Wang!!
Mana nak dapat wang!!
Sebelum menang tadah tangan minta wang!!
Bila menang.. lulus projek 10 persen wang!!
Bila bertambah menang menang dan lagi menang
Wang!!! perlu bersama dengan Kuasa!!!
Kuasa!!! dan Wang!!!
Rakyat tunduk kerana Kuasa!!!
Biar rakyat tiada wang!!!
Sebenarnya
Kuasa + Wang = Diktator
BANGKIT LAWAN POLITIK YANG MENGGUNAKAN KUASA DAN WANG

Ahli Parlimen Sabak Bernam dari Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan rasuah membabitkan lapan tuntutan palsu bagi program-program yang tidak dijalankan empat tahun lalu.
Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hari ini dituduh di Mahkamah Sesyen berhubung kesalahan membeli dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini - yang berkaitan dengan isu 'istana gaya Bali' - untuk kepentingan diri dengan menggunakan kedudukan sebagai ketua kerajaan negeri tiga tahun lalu.
TDr Ling, 69, yang menjadi Menteri Pengangkutan selama 17 tahun sejak 1986, dituduh menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan nilai kadar RM25 sekaki persegi (skp), telah mengambil kira kadar kupon/faedah.
Pengarah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas empat tuduhan berasingan melakukan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan menggunakan harta syarikat itu tanpa kebenaran mesyuarat agung, tiga tahun lalu.



No comments: