Wednesday, 28 March 2012

PRU 13 Menentukan Hala Tuju dan Nasib Mahasiswa

Kepada seluruh gerakan pelajar di Malaysia. Sama ada bersifat resmi, non resmi mau pun underground. 

Setelah sekian lama kita berada dalam suasana  dua unsur yang mencengkam pemikiran dan kebebasan pelajar.

Negara maukan pelajar bersifat produktif dan berdinamik.

Perjuangan untuk mendesak  menghapuskan PTPTN dan AUKU tidak dilayani Kerajaan BN yang sedia ada dengan pelbagai alasan.  Tun Det kata negara pasti bangkrup kalau PTPTN di mansuhkan dan di gantikan dengan biasiswa.

Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berdialog dengan mahasiswa di Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu berjanji akan memastikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti, sekali gus menghapuskan  PTPTN.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Anwar pada 23 Mac sekali lagi mengulangi janji itu dalam ceramah di Port Dickson.

NONEMalah, katanya, tindakan itu akan dilaksanakan serta merta selepas menawan Putrajaya.

"Semasa saya menjadi timbalan perdana menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa.

"Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.


"Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan," beliau dipetik sebagai berkata dalam ceramah di Lukut, Negeri Sembilan pada 22 Mac.

UMNO yang dikatakan memperjuangkan hak rakyat ternyata melakukan pembohongan kononnya kalau PTPTN hapus negara akan bangkrup. Sedang hasil negara yang begitu banyak sebenarnya di salah guna oleh kroni UMNO yang meyebabkan negara mengalami defisit.
Rasuah kapal selam RM 500 juta, NFC RM 250 juta lesap, rasuah PKFZ sejumlah RM4.6 billion, Bail out Tan Sri Tajuddin Ramli sejumlah RM 580 juta, Kereta Perisai RM 8 billion sedangkan harga pasaran RM 2.6 billion. Ini adalah punca kebangkrapan. Wang rakyat lesap. Wang peruntukan biasiswa lesap.
Kita dah tidak boleh harapkan UMNO yang perah wang rakyat.

Mahasiswa adalah harapan negara. Ibu dan ayah juga boleh membantu anak anak mereka mengurangkan beban dengan menghapuskan BN UMNO dalam PRU 13 ini. Hancur BN UMNO negara pasti selamat. PTPTN di tukar ke biasiswa.

No comments: