Wednesday, 7 March 2012

KEMBALIKAN STATUS SMJK(C) PERLIS

PKR Perlis dengan resminya menyokong usaha khususnya dari masyarakat Cina negeri Perlis bagi mendesak Kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan mengembalikan  Sekolah Menengah Perlis kepada status Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina).
Kami mendapati status ini amat penting bagi mengekalkan tradisi dan mengembalikan bahasa ibunda selaras dengan konsep berbilang bangsa serta mengekalkan negara Malaysia yang unik dengan pelbagai kaum.
Sejarah asal sekolah ini yang didirikan atas inisiatif masyarakat Cina negeri Perlis suatu masa dulu harus di hormati dan perlu dikekalkan seterusnya memberi peluang kepada generasi akan datang menguasai bahasa ibunda mereka.

Sehubungan dengan itu PKR menyokong mengembalikan status ini dengan ciri ciri seperti dibawah;
1. Pengetua sekolah disandang oleh seorang yang berketerunan Cina yang fasih Bahasa Mandarin.
2. Memastikan pelajaran Bahasa Cina di tetapkan minima 5 waktu seminggu.
3. Sumber pelajar datang dari kesemua 10 buah sekolah SRJK(C) yang terdapat diseluruh Perlis
4. Bilangan guru yang tidak boleh berbahasa Mandarin di kurangkan dan digantikan dengan guru-guru yang fasih berbahasa Mandarin.
5. Jika tidak terdapat guru fasih berbahasa Mandarin yang mencukupi, guru sementara berkelayakan hendaklah diambil mengisi kekosongan tersebut.

Bagi memberikan tanda sokongan ini, tuan puan khususnya masyarakat Cina di seluruh negeri Perlis di minta hadir ke majlis " KEMBALIKAN STATUS SMJK(C) " pada seperti berikut;

Tarikh: 9hb Mac 2012
Jam: 7.30 malam
Lokasi: Perkarangan Panggung Mahkota, Kangar, Perlis
Tetamu Utama: YB Azmin Ali

5 comments:

SAZALI MAHAT said...

kalau ya pun anak tarik pengundi cina tak kan sampai macam ni sekali merapu dan meraban.nampak sangat sifat mengampu sanggup buat macam tu.engkau ni bercakap macam engkau ni orang cina pula.alamak....inimacam orang pun ada kat perlis ke???? orang cina ketawa tengok lawak jenaka mengampu engkau ni.mengarut mengarut pkr perlis ni.

Unknown said...

Kita tidak merapu tak meraban. Kami Pakatan Rakyat bukan otak assabiah macam UMNO. Perjuangan bahasa bukan sesuatu yang sesat dan salah dalam agama. UMNO saja yang tak faham agama. Perjuangan mempelbagaikan bahasa adalah di galakan. Lebih baik kau buka otak sempit dulu yang di kepit oleh pemimpin kamu.

PERLIS CHECKPOIN said...

perjuangan mempelbagaikan bahasa adalah digalakkan.tapi dengan cara yang betul.cakap aje saudara buat macam tu kerana alasan mahu dapat sokongan politik dari kaum cina.banyak lagi cara kita boleh ambik hati orang untuk sokong kita.jangan gunakan cara murah seperti ini.Tak pernah pun saudara membuat jasa dalam bidang bahasa sebelum ini.Tpi ingat satu perkara...bahasa boleh dipepelbagaikan..agama jangan dipelbagaikan pulak.jangan diubah suai dan jangan berdakwah untuk agama lain pulak.islam tak benarkan macam tu.islam tetap islam dan diMalaysia guna mashaf imam shafie.semua orang perlis tau macam tu dan tau dengan siapa mereka berurusan.

PERLIS CHEKPOIN: Kita tetap perjuangkan bahasa yang sama sekali tidak bertentangan dengan agama. kena tahu bezakan agama dan bahasa.