Sunday, 22 January 2012

Gong Xi Fa Chai

Kepada semua warga Malaysia khususnya masyarakat Tiong Hwa.
GONG XI FA CHAI
Moga Tahun Naga Air
Membuka lembaran baru Malaysia





Tiada lagi diskriminasi kaum
Yang susah dibantu
Yang di hilangkan hak wajib di kembalikan
Kita Rakyat Malaysia
Tumbangkan Regim Diskriminasi dan Konspirasi BN

FIRST LADY OF BOROS


TOBAT                                    
TAU BUAT
TU BAT
TU TAK TAU BAT
WA SAAAA TIAH !!!

FIRST LADY OF TAU BUAT
FIRST LADY OF SHOPPING
FIRST LADY OF BOROS


Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu".

darling hotel sydney australiaMenurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.


Saturday, 21 January 2012

Drama Liwat II bersambung lagi

Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.
@@@@@@@@@


Dari sudut politik kotor serta perancangan tersepit pertuduhan liwat kembali menyerang dalam usaha BN mengekalkan kuasa dalam PRU 13. Demi sebuah kuasa yang ingin meneruskan kerja rompak wang rakyat, maka Notis Rayuan menjadi senjata terakhir untuk memastikan DSAI di sumbat kedalam penjara.
BN tiada jalan lagi untuk memiliki momentum kemenangan setelah kejayaan PR mengasak seribu kelemahan, penyelewengan serta kepincangan politik, ekonomi, sosial maupun agama yang mengundang negara dalam kancah kebangkrapan.
Notis Rayuan ini akan membuka kembali babak drama permainan jijik dan kotor serta konspirasi jahat negara terhadap rakyat yang sangat memalukan dunia dalam dan luar.  Kes ini jelas memperlihatkan campurtangan yang cukup nyata seperti mana yang berlaku terhadap kes rayuan di Perak.
Rakyat tidak ada pilihan lain lagi. Rakyat harus bangkit bukan semata mata kerana DSAI tetapi menentang Regim UMNOGKOK yang kini seperti cacing kepanasan.


Kita tunggu dan lihat........


Friday, 20 January 2012

AUKU dan EGO

Sekumpulan mahasiswa membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang bertegas mahu meneruskan  penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) khususnya di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - institut pengajian di bawah kerajaan negeri.Malah, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini menyifatkan Azizan yang juga pesuruhjaya PAS Kedah itu sebagai 'ego' dalam menangani isu berkaitan mahasiswa, termasuk hukuman terhadap lima mahasiswa KUIN.

Adakala hati bertanya
Apakah kita ini lu lu gua gua
Ada ketika diri berkata
Kenapa AUKU terus di guna
Sedangkan BUKU JINGGA pedoman bahagia

Ada ketika jiwa bergelora
Kenapa ada antara kita menjadi dusta
Bila berkuasa EGO menjelma
ISLAM dijaja KAPITALIS dilaksana
Lupakah kita??
Tuhan ada di mana??

Ada juga mereka bersuara
Ketika anak muda dan mahasiswa
Mengulangi sejarah bersama kita
Menentang kezaliman BN yang durjana
Tiba tiba mereka merasa diperdaya
Inikah dia lakunan dunia

Apakah malang anak muda
Hingga kini menjadi mangsa
Lupakah kita??
Tuhan ada di mana??


Hentikan dan tentang AUKU habis habisan. Lawan tetap lawan..

Wednesday, 18 January 2012

Fitnah lagi terhadap Anwar


Kepada yang sibuk mempertahankan Pak Hassan Benggali.
Kepada Mufti Pengampu yang ada kala bisu ada kala tak pekak.
Kepada Pak Hassan Benggali pakar Motivator Parasit yang benci lesbian dan homoseks.
Kepada Wasatiyah yang sederhana lagi seimbang.
Kepada Prof Kankung yang takut menderhaka kerana bimbang hilang pencen.
Kepada saki baki Melayu Hadari.
Kepada UMNOGKOK yang makin hari makin meroyan.
Kepada Media Utama Kelas Bawahan Perosak Minda Rakyat

Kenapa melatah sangat korang ini. Apa bila datang sesuatu perkhabaran seharusnya " BERTABAYUN" atau istilah melayu "SIASAT".  
Apa pun biasa laa.. Fitnah adalah mainan manusia akhir zaman....Manusia dah tidak takut dengan bala.

Ini berita yang sahih ucapan DSAI di BBC

We will have to review archaic laws
and we, muslims and non muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia.
but we should not be seen as punitive and consider the archaic laws as relevant. We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain. We will not make apologies towards that. I think to use this sort of legislation to be punitive, punish innocent people cannot be condoned and be tolerated.”
 

Berdasarkan jawapan dan petikan itu, pertamanya, ditegaskan sebagai orang Islam, kita menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Dato’ Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis). Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak. Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun.

Kalau tak puas hati lagi layari
http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714

JANGAN JADI RAJA FITNAH




Tuesday, 17 January 2012

TNB RUGI Rakyat Tanggung Biawak

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini mengumumkan kerugian bersih sebanyak RM224.7 juta tempoh suku pertama berakhir 30 November 2011. Kerugian itu berpunca daripada peningkatan perbelanjaan operasi syarikat dari tahun ke tahun yang berpanjangan.

Rugi pasal apa?
Kenapa TNB rugi tapi syarikat power supply untung kaya gila gila.
Bila TNB rugi maka rakyat kena tanggung biawak
Bila tarif naik semua barang naik

INI SELALU RUGI TARAK UNTUNG UNTUNG

INI SELALU UNTUNG TARAK RUGI RUGI


RAKYAT MAKIN PAPA KEDANA
INI KUAT UNTUNG TARAK MAU RUGI MAA













SELAMAT MENIKMATI KENAIKAN HARGA ELETRIK 


Doktor Benggali Parasit Jelajah Malaysia

Doktor Parasit nak jelajah Malaysia
Tapi tak berani nak sebut di mana parasit
Doktor Parasit ini terperanjat dog dan bersedih dengan keputusan drastik yang dibuat oleh pimpinan tertinggi parti.
Bila wartawan tanya "Bagaimanakah caranya ahli Pas yang mendukung perjuangan asal Pas mahu mengatasi masalah penguasaan golongan parasit itu?
Doktor Parasit jawab " Itulah sebabnya kita memerlukan orang seperti saya. (masuk bakul suruh Perkasa angkat)
Doktor Parasit yang selalu bangga semasa ceramahnya
Dengan bangga selalu sebut "saya ini lulus PhD...PhD....PhD"
Dengan megah dok jaja dari dulu " saya ini satu satu wakil rakyat yang pernah menang di DUN dan Parlimen di dua negeri yang berasingan"
Perasan dan bongkak " Saya tidak tahu sebab-sebab lain tetapi saya yakin apa yang berlaku ini satu sejarah buat Malaysia dan saya juga yakin akan ada pelajar ijazah, sarjana atau doktor falsafah buat kajian mengenai peristiwa pemecatan saya".

Keh!..Keh!..Keh!!!! Parasit dok dalam badan hang leer





Cuba pakai teropong tengok

Sunday, 15 January 2012

NFC Beku Tapi Cair

Ini satu lagi cerita lawak untuk membodohkan rakyaat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengesahkan pembekuan itu berkata, beliau menyerahkan kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, untuk mengkaji penyelesaian terbaik isu NFC.






Perniagaan syarikat berjalan seperti biasa," kata Ketua Pegawai Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izmir Salleh dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya lagi Pusat Fidlot Kebangsaan di Gemas, Negeri Sembilan akan terus membiakkan  4,500 lembu untuk memenuhi sasaran bekalan daging dalam negara manakala rantaian Restoran Meatworks akan beroperasi seperti biasa.
Wan Shahinur Izmir adalah seorang daripada anak lelaki Shahrizat.


BEKU ke Tak BEKU.
Rakyat dapat tahi lembu.
Keh keh,,,keh,,,,
Lebih baik jangan umum beku.
Otak kami tak beku lagi.
Jangan tipu rakyat.

Jangan Nyanyok Dengan Gula Gula

Angin PRU13 dah dah dah nak dekat
l
UMNO Bell!!! UMNO Bell!!! UMNO Bell!!

Gula gula BN dan Coklat UMNO dah mula bertabur

1. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula. ...Hihihihihihi....Boleh percaya kaa.....Lepas PRU13... macam macam putar alam..

2. Datuk Seri Najib Tun Razak melakar satu lagi detik bersejarah dalam usahanya meningkatkan taraf hidup rakyat apabila melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) yang bakal memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan rendah...Ini Skim Ponzi kaa??

3.  Setiap peneroka Felda akan menerima “durian runtuh” yang jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian FELDA Venture Holding (FGVH).  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bercadang menyenaraikan FGVH sebelum pertengahan tahun 2012. ....Durian Timpa kepala

4. Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat Selangor di bawah kerajaan negeri pakatan pembangkang akan dapat diselesaikan jika kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil alih negeri itu. Kes Toyol tak selesai lagi....

5. Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pemohon yang berjaya akan dibuat dalam bentuk baucar tunai, bermula Ahad ini. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pembayaran secara berperingkat itu dijangka mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac depan. Patut Road Block banyak sangat.....

6.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesemua aset Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) telah dibekukan pada masa ini.  Katanya, beliau juga sudah menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk mengkaji apakah penyelesaian yang terbaik dalam isu NFC, dengan siasatan polis yang dijalankan dan masa depan NFC itu sendiri. Dah berapa menteri yang masuk jail kerana rasuah??? Big Fish lepas... Small fish di belasah...
     


.

Thursday, 12 January 2012

Fatwa Pujangga Terima Zakat

"Kalau kita nak ambil duit itu (dana kerajaan) bagi digunakan untuk pembayaran kos guaman pun boleh, tak ambil pun boleh dan jika nak ambil duit zakat pun tidak mengapa, asalkan untuk memartabat kredibiliti dan kehormatan MAIWP dalam menguruskan hal ehwal dan warga Islam di Wilayah Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman prestasi kutipan zakat Pusat Pungutan Zakat (PPZ)-MAIWP 2011 di sini, hari ini. "Maknanya kalau kita nak bayar kos itu guna duit kerajaan pun boleh, nak ambil duit zakat pun boleh, sebab fisabilillah untuk mempertahankan maruah institusi agama di Wilayah Persekutuan, maka boleh kita gunakan duit zakat. ( Petikan dari Utusan Malaysia)

Dunia ini dah di putar belit oleh lidah lidah basah yang memutar hukum mengikut apa yang dia nak ikut.
Dunia dah cakap tak serupa bikin.  Dunia dah main suka suka tabal orang sebagai fisabilillah.
Kalau sebut zakat selalunya akan terbayang insan susah, miskin, fakir, melarat. Tapi zaman 1 Malaysia, bila sebut saja zakat akan terbayang Panglima Kor Ubat Gegat.

Fisabilillah yang layak terima zakat?
Sudah bukan asnaf zakat?