Thursday 12 January 2012

Fatwa Pujangga Terima Zakat

"Kalau kita nak ambil duit itu (dana kerajaan) bagi digunakan untuk pembayaran kos guaman pun boleh, tak ambil pun boleh dan jika nak ambil duit zakat pun tidak mengapa, asalkan untuk memartabat kredibiliti dan kehormatan MAIWP dalam menguruskan hal ehwal dan warga Islam di Wilayah Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman prestasi kutipan zakat Pusat Pungutan Zakat (PPZ)-MAIWP 2011 di sini, hari ini. "Maknanya kalau kita nak bayar kos itu guna duit kerajaan pun boleh, nak ambil duit zakat pun boleh, sebab fisabilillah untuk mempertahankan maruah institusi agama di Wilayah Persekutuan, maka boleh kita gunakan duit zakat. ( Petikan dari Utusan Malaysia)

Dunia ini dah di putar belit oleh lidah lidah basah yang memutar hukum mengikut apa yang dia nak ikut.
Dunia dah cakap tak serupa bikin.  Dunia dah main suka suka tabal orang sebagai fisabilillah.
Kalau sebut zakat selalunya akan terbayang insan susah, miskin, fakir, melarat. Tapi zaman 1 Malaysia, bila sebut saja zakat akan terbayang Panglima Kor Ubat Gegat.

Fisabilillah yang layak terima zakat?
Sudah bukan asnaf zakat?

No comments: