Friday, 20 January 2012

AUKU dan EGO

Sekumpulan mahasiswa membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang bertegas mahu meneruskan  penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) khususnya di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - institut pengajian di bawah kerajaan negeri.Malah, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini menyifatkan Azizan yang juga pesuruhjaya PAS Kedah itu sebagai 'ego' dalam menangani isu berkaitan mahasiswa, termasuk hukuman terhadap lima mahasiswa KUIN.

Adakala hati bertanya
Apakah kita ini lu lu gua gua
Ada ketika diri berkata
Kenapa AUKU terus di guna
Sedangkan BUKU JINGGA pedoman bahagia

Ada ketika jiwa bergelora
Kenapa ada antara kita menjadi dusta
Bila berkuasa EGO menjelma
ISLAM dijaja KAPITALIS dilaksana
Lupakah kita??
Tuhan ada di mana??

Ada juga mereka bersuara
Ketika anak muda dan mahasiswa
Mengulangi sejarah bersama kita
Menentang kezaliman BN yang durjana
Tiba tiba mereka merasa diperdaya
Inikah dia lakunan dunia

Apakah malang anak muda
Hingga kini menjadi mangsa
Lupakah kita??
Tuhan ada di mana??


Hentikan dan tentang AUKU habis habisan. Lawan tetap lawan..

No comments: