Hidup Untuk Terus Berjuang. Otak Untuk Terus Berfikir. Cari Siapa Yang Benar. Apakah Kita Memang Benar. Atau Selama Ini Yang Salah Itu Benar
Monday, 27 February 2012
LYNAS tak dapat sambutan
Tak dapat sambutan????
Utusan kata hanya 3000 hadir
TV3 kata tak dapat sambutan
Berita kata 10000 hadir
PDRM kata 3000 orang. Mereka guna heli untuk agak agak kehadiran. Teropong cap gajah duduk.
Harakahdaily lapur 15000 hadir
Zaman Pop ye yee boleh BOHONG RAKYAT
Foto di atas adalah sebahagian kehadiran.
Jalan kaki 3KM untuk ke situ
MEDIA UTAMA telah memenuhi spesifikasi dan syarat Kementerian mencapai status PEMBOHONGAN 99% kecuali Berita Sukan.
Tsunami Politik Perlis
Tsunami politik landa Perlis'
KANGAR
- Kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk
Seri Shahidan Kassim mendakwa ada dalang termasuk pemimpin parti itu
sendiri yang membantu parti pembangkang untuk menjatuhkan imejnya
membuktikan masalah dalaman parti itu masih parah.
KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
26 Februari 2012
26 Februari 2012
Pengerusi PKR Perlis, Muhammad Faisol Abdul Rahman berkata, dakwaan itu
jelas menunjukkan kebanyakan pemimpin Umno Perlis masih tidak menyahut
seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa semua pemimpin
Umno bersatu-padu dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, kebanyakan pemimpin politik Umno dan Barisan Nasional (BN)
Perlis masih lagi bercakaran sesama mereka bagi menjamin kelangsungan
politik masing-masing dan senario ini jelas satu petanda buruk kepada
rakyat Perlis sekiranya mereka masih lagi mentadbir negeri ini selepas
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Saya ada terdengar khabar angin mendakwa ada pemimpin Umno menuduh
kami bekerjasama dengan beberapa individu dikatakan musuh politik
pemimpin itu untuk menjatuhkan karier politik beliau di Perlis.
“Saya ingin mengulangi penubuhan ranting PKR Tambun Tulang yang menjadi
isu hangat sejak kebelakangan ini adalah inisiatif penduduk sendiri
sehingga perkara itu mengejutkan kami memandangkan kawasan itu dikatakan
kubu kuat Umno dan BN,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.
Muhammad Faisol berkata, di sebalik kenyataan Umno Bahagian Arau yang
tetap yakin Parlimen itu akan terus menjadi milik mereka, PKR Perlis
akan terus menubuhkan sekurang-kurangnya empat ranting parti itu di
kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tambun Tulang dalam masa terdekat.
Selain itu, Muhammad Faisol turut menjelaskan tambahan dua ranting PKR
di kawasan Chuping, Padang Besar akan ditubuhkan dalam tempoh dua minggu
lagi dan ianya juga merupakan hasil inisiatif penduduk sendiri.
“Sekiranya mereka beranggapan PKR dan PR masih bermimpi di siang hari,
terpulang kepada mereka kerana saya yakin keangkuhan dan kebongkakan
akan dihukum rakyat pada PRU13.
“Sebelum ini, siapa sangka lima negeri akan jatuh ke tangan PR pada PRU
yang lalu? Kali ini, saya percaya gelombang tsunami politik lebih besar
akan melanda negeri Perlis dan yakin rakyat akan mendapat pembelaan
sewajarnya daripada kerajaan negeri di bawah PR,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kenyataan Muhammad Faisol yang
menyuarakan keyakinan PR mampu menawan Parlimen Arau dan kelima-lima Dun
di bawah kawasan itu setelah tertubuhnya ranting Tambun Tulang
baru-baru ini.
Bagaimanapun, Shahidan menyangkal keyakinan PKR Perlis dan menegaskan
Umno Bahagian Arau tidak gentar kerana parti itu yakin rakyat akan
memberi sokongan kepada pemimpin yang berbudi kepada mereka.
Sunday, 26 February 2012
Mencari kesempatan di bumi Syria
Awas helah Barat di Syria: Xinhua
BEIJING: Media rasmi China semalam berkata, AS dan Eropah kini “melindungi cita-cita” untuk menguasai Syria di sebalik sikap ingin membantu mereka.
Xinhua melaporkan, kebanyakan negara Arab kini sedar bahawa kebimbangan BaratterhadapaspekkemanusiaandiSyriasebenarnya hanyalah helah mereka untuk mengembangkan pengaruh di situ.
Agensi itu berpendapat, perbincangan Sahabat Syria - yang diboikot China dan Russia - bersetuju mengelak menggunakan tentera dalam konflik berkenaan.
Bagaimanapun, pertemuan lebih 60 menteri luar menampakkan gesaan campur tangan tanpa senjata pasukan pengaman Arab, selain amaran keras keluarkan Washington terhadap Presiden Bashar al-Assad atas sikap degilnya.
Kata Xinhua, Beijing tidak menghadiri persidangan itu kerana perlukan maklumat jelas mengenai matlamat, kesan dan mekanisme digunakan bagi menyelesaikan konflik dalaman Syria.
“Negara Arab mahu memastikan tragedi seperti di Libya tidak menimpa Syria.
”Sebagai sahabat Syria dan rakyat Arab, China percaya sebarang tindakan diambil komuniti antarabangsa perlu membantu mengurangkan ketegangan, menggalakkan dialog politik, mencari jalan penyelesaian perbezaan pendapat dan mengekalkan keamanan serta kestabilan di Timur Tengah,” kata komentar berkenaan.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Baran dan negara Arab meningkatkan tekanan ke atas regim Bashar dalam pertemuan di Tunisia, kelmarin.
Ketiadaan wakil China dan Russia dalam pertemuan membincangkan isu Syria itu membayangkan kesukaran komuniti antarabangsa mencari kata sepakat bagi menyelesaikan konflik berkenaan.
Kedua-dua negara juga beberapa kali mengekang regim Bashar, termasuk menggunakan kuasa veto dalam pengundian resolusi di Majlis Keselamatan PBB.
Bagaimanapun, Xinhua tidak memberi sebarang reaksi kepada komen Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, yang menggesa negara lain “mengubah sikap terhadap Russia dan China.” - AFP
Thursday, 23 February 2012
Talam Bermuka muka UMNO untuk teruskan CINTA UMNO ISRAEL
Bilamana
Jingga 13 mendedahkan segala bukti lengkap
Kapal ZIM Israel berlabuh di Port Klang
Pengurusan Port Klang di arah berbohong konon konon Kapal ZIM saja syok syok parking..Pundek!!!
JATI Hasan Ali, Pak Mufti Harun Harubiru Sanasini dan Ibrahim Kataki lompong buta tuli
Khairy Jamaluddin pula akui CINTA SULIT
Benarkah UMNO cinta dan kasih pada warga Palestin?
Mana Fatwa para ulamak CINTA SULIT Umno Israel.
Mana dia pejuang agama Ulamak Muda UMNO.
Memang Haram Jadah cinta sulit ini.
Minyak sawit penyumbang penindasan pada Palestine

![]() |
| INI BUKTI JELAS CINTA SULIT ISRAEL UMNO |
![]() |
| MAJALAH DI MITI |
![]() |
| DATA CINTA SULIT UMNO ISRAEL |
Monday, 20 February 2012
CINTA SULIT UMNO dan ISRAEL
![]() |
| CINTA SULIT UMNO ISRAEL MENODAI PALESTIN |
Maka tersebutlah al kisah
UMNO yang suka suka tuding
UMNO yang suka lagak alim ular senduk dalam semak
UMNO yang suka picit kepala Ulamamak Warissatul Zionis
UMNO yang tiba tiba sayang pada Hassan Jati
UMNO yang suka pada Ibrahim Frog Katakki
UMNO yang perdaya Ulamamak Muda dan Cina Tee
UMNO yang SEBENARNYA MESRA MESRA CINTA SULIT DENGAN ISRAEL
UMNO perdaya MELAYU
1. NGO mesra PKR, Jingga 13, hari ini membekalkan bukti menunjukkan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.
Mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, Jingga 13 berkata kapal, Zim Atlantic, yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel.
"Dagangan ini menyumbang kepada ekonomi Israel, dan kami percaya bahawa Malaysia telah menyumbang wang yang digunakan untuk membeli peluru yang membunuh rakyat Palestin," kata ketua penyelaras Jingga 13 Fariz Musa.
2. Menteri Jabatan Perdana Menteri, Nazri
Aziz mengakui bahawa kos perkhidmatan yang dibayar kepada APCO
Worldwide berjumlah RM76.82 juta setahun, malah memuji sumbangan APCO
dalam usaha memperbaiki hubungan antara Malaysia dengan Amerika
Syarikat.
Sambil
menuding jari kepada dua orang bekas Perdana Menteri yang "menjejaskan
hubungan antara Kuala Lumpur-Washington", Nazri mendakwa bahawa hubungan
dua hala yang terjejas dalam tempoh 28 tahun ini hanya boleh diperbaiki
dengan membelanjakan wang.
Nazri Aziz
tidak menafikan bahawa kerajaan Malaysia menggunakan perkhidmatan APCO
Worldwide untuk memperbaiki hubungan antara Malaysia dengan Amerika
Syarikat, "APCO Worldwide bertanggungjawab untuk membina imej negara
kita di Amerika Syarikat, agar hubungan kita dengan Amerika
Syarikat lebih erat.
APCO itu agen ISRAEL. Kerajaan Malaysia bayar RM 77 juta setahu. Kejadah apa!!!!!
3. Isu kemasukan pasukan Kriket Israel yang di restui oleh UMNO
![]() |
| DOA KEPALA BAPAK APA |
Sunday, 19 February 2012
Ada gerakan guling kerajaan
MELAKA
18 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi amaran Malaysia tidak akan
terkecuali daripada menghadapi gerakan menggulingkan kerajaan sedia ada
kerana terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik di
negara ini yang menerima sokongan kewangan dari Amerika Syarikat (AS).
Tegas beliau, sejak dahulu lagi AS memberi sokongan kewangan kepada mana-mana NGO dan parti politik bagi menggerakkan usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh negara tersebut.
''Saya tidak hairan dan percaya ada NGO dan parti politik di negara ini sedang mengadakan gerakan untuk menukar kerajaan yang sedia ada.
''Kalau di Malaysia ia berlaku namun ini bukan perkara biasa buat AS. Memang kerja mereka adalah hendak menjatuhkan kerajaan yang tidak sokong mereka.
''Sebagai contoh, AS minta kita sekat perdagangan dengan Iran dan jika kita tidak berhenti, mereka akan ambil tindakan terhadap perdagangan Malaysia," katanya.
Menjawab soalan pada sesi dialog pada majlis tersebut mengenai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Israel, bekas Perdana Menteri berkata, ketua pembangkang itu cuba mendapat sokongan bukan sahaja daripada rejim Zionis tetapi juga AS bagi melakukan gerakan menukar kerajaan.
''Hanya dengan sokongan daripada dua buah negara itu, Anwar boleh menukar Malaysia untuk menyokong Israel selain membantu perjuangannya untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.
Menurut Dr. Mahathir, sokongan AS itu diperlukan kerana tanpa sokongan daripada luar mungkin hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan kesampaian.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Kenyataan Tun Det adalah suatu provokasi murahan. Inilah modal yang digunakan dizaman beliau. Bila tersepit maka Tun Det akan buat cerita saraf untuk membodohkan minda Melayu. Kepada Tun Det lebih baik buat hal hal kebajikan macam Tun Lah yang sekarang duduk di hutan alam flora dan fauna.

| GULING KERAJAAN |
Tak ada kerja gila PAKATAN RAKYAT NAK GULING KERAJAAN. Tun Det cuba nak ubah perhatian rakyat. Rakyat sekarang bukan macam zaman Tun Det.
![]() |
| BABI GULING MUNGKIN ADA |
Saturday, 18 February 2012
Kapal Israel Masih Singgah Di Malaysia
PENDOKONG UMNO DI HARAP JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN MUNAFIK PEMIMPIN ANDA YANG BERCAKAP TAK SERUPA BIKIN. MALAYSIA SEBENARNYA DAH LAMA JADI BARUA ANJING ISRAEL.
Israel Funding Corp dan Kerajaan Malaysia
http://israelfundingcorp.com/palm_oil_for_sale.html
UMNO bukan main hipokrit dalam lagak kononnya terlalu anti sangat pada Israel.
UMNO bukan main sakan melalak putar isu kononnya DSAI sokong Israel dengan ambil separuh kenyataan beliau.
UMNO pura pura sayu sedih mengenang nasib rakyat Palestine yang di bunuh dengan kejam oleh Regim Zionis.
UMNO tanpa segan silu memutar kepala sebahagian ulamak upahan untuk mengambil kesempatan politik untuk menipu bangsa sendiri.
PM yang sebelum ini tak pandai cakap fasal jihad Palestine dah mula pandai sebut kononnya sokong sangat pada HAMAS.
Masyarakat Felda bukan saja di tipu oleh UMNO dengan perancangan FGVM, tapi penat lelah pak cik makcik abang dan kakak peneroka yang menghasilkan tanaman kelapa sawit rupa rupanya terpalit dosa bila terbongkar cerita Minyak Sawit FELDA juga di eksport ke Israel. Inilah kisah BANGSA TIPU PERDAYA BANGSA.
Tahu kah wahai anak bangsa ku Melayu Islam bahawa ISRAEL FUNDING CORP adalah wakil sah pembeli dan penjual minyak kelapa sawit Malaysia (crude palm oil) yang SAH yang sejak 2005 hingga 2030.
Mungkin ini salah satu penyebab kenapa Minyak Masak tak ada stok di negara kita khususnya di Perlis dan Kedah. Rupa rupanya di eksport ke Israel.
Kalau pejuang tulin UMNO tak percaya boleh rujuk ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI).
Pada NGO NGO Islam yang memperjuangkan BOIKOT produk produk yang ada kepentingan Israel di harap juga memberikan kenyataan terbuka dalam hal ini.
Sila layari terus ke laman ini.

Mungkin ada 2 ekor pencegah parasit yang belum tahu cerita ini. Pejuang Islam Tulin Sejati Kayu Jati

Friday, 17 February 2012
Mungkinkah PRU 13 dah dekat??
Najib dah bayang bayang gila bayang PRU 13 dah nak dekat.
Kerana bimbang ekonomi dunia tidak stabil.
Kerana takut harga minyak bakal melambung.
Kerana gusar nilai RM bakal merudum.
Wang BR1M dah habis labur.
Kes NFC masih dok legar sana legar sini.
Isu pasir di Selangor untuk kambus Isu Lembu Mak Jat.
Kayu JATI Hassan Benggali melalak sana dan sini.
Isu Valentine, AUKU, Wall Street Journal konon konon memihak BN.
Dakwat kekal pun silap silap apa akan jadi.
Katanya ramai anak muda tak daftar mengundi? SPRM cari alasan untuk elak daftar automatik
Burma, Indonesia, Thailand dan Bangladesh menjadi penentu kejayaan. Betapa bangsatnya negaraku sekarang!!

SELAMAT MENGUNDI BN
Thursday, 16 February 2012
Kenyataan balas DSAI terhadap serangan isu Israel
Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya.
Media, pimpinan UMNO dan Dato’ Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin
Kenyataan saya kepada Asian Wall Street Journal secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin1.
Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama Kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan Menteri Luar nya, Putera Saud al Faisal2 bahawa:
“This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can’t keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security”.
Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama:
“The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people's foremost cause. In Jordan, the "final-status" issues—including borders, refugees, security and Jerusalem—are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel.”3
Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru. Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.
Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin4:
“If Israel withdraws to the ’67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people – what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them”.
Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.
Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. Parti Islam SeMalaysia berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.
Walaupun begitu Parti Keadilan Rakyat berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.
Ini berbeza dengan adu domba UMNO yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media UMNO menyerang saya sebagai ejen Israel, Menteri Luar dari UMNO secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu5.
Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, Menteri Pertahanan dari UMNO jugalah yang duduk berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 20096, walaupun perkara ini cuba dipadamkan.
Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu Perdana Menteri Israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994.
Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan UMNO bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke 15 terbesar.7 Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.
Sikap bermuka UMNO dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin.
Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi.
Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80% dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90% hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.
Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.
Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.
Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini.
Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin.
Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf.
Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).
ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM
PARTI KEADILAN RAKYAT

Subscribe to:
Posts (Atom)