Saturday, 18 February 2012

Israel Funding Corp dan Kerajaan Malaysia

 http://israelfundingcorp.com/palm_oil_for_sale.html 
UMNO bukan main hipokrit dalam lagak kononnya terlalu anti sangat pada Israel.
UMNO bukan main sakan melalak putar isu kononnya DSAI sokong Israel dengan ambil separuh kenyataan beliau.
UMNO pura pura sayu sedih mengenang nasib rakyat Palestine yang di bunuh dengan kejam oleh Regim Zionis.
UMNO tanpa segan silu memutar kepala sebahagian ulamak upahan untuk mengambil kesempatan politik untuk menipu bangsa sendiri.
PM yang sebelum ini tak pandai cakap fasal jihad Palestine dah mula pandai sebut kononnya sokong sangat pada HAMAS.

Masyarakat Felda bukan saja di tipu oleh UMNO dengan perancangan FGVM, tapi penat lelah pak cik makcik abang dan kakak peneroka yang menghasilkan tanaman kelapa sawit rupa rupanya terpalit dosa bila terbongkar cerita Minyak Sawit FELDA juga di eksport ke Israel. Inilah kisah BANGSA TIPU PERDAYA BANGSA.
Tahu kah wahai anak bangsa ku Melayu Islam bahawa ISRAEL FUNDING CORP adalah wakil sah pembeli dan penjual minyak kelapa sawit Malaysia (crude palm oil) yang SAH yang sejak 2005 hingga 2030.
Mungkin ini salah satu penyebab kenapa  Minyak Masak tak ada stok di negara kita khususnya di Perlis dan Kedah. Rupa rupanya di eksport ke Israel. 
Kalau pejuang tulin UMNO tak percaya boleh rujuk ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI).
Pada NGO NGO Islam yang memperjuangkan BOIKOT produk produk yang ada kepentingan Israel di harap juga memberikan kenyataan terbuka dalam hal ini.

Sila layari terus ke laman ini.  
http://israelfundingcorp.com/palm_oil_for_sale.html 

Mungkin ada 2 ekor pencegah parasit yang belum tahu cerita ini.  Pejuang Islam Tulin Sejati Kayu Jati

No comments: