Sunday 19 February 2012

Ada gerakan guling kerajaan

MELAKA 18 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi amaran Malaysia tidak akan terkecuali daripada menghadapi gerakan menggulingkan kerajaan sedia ada kerana terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik di negara ini yang menerima sokongan kewangan dari Amerika Syarikat (AS).
Tegas beliau, sejak dahulu lagi AS memberi sokongan kewangan kepada mana-mana NGO dan parti politik bagi menggerakkan usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh negara tersebut.
''Saya tidak hairan dan percaya ada NGO dan parti politik di negara ini sedang mengadakan gerakan untuk menukar kerajaan yang sedia ada.
''Kalau di Malaysia ia berlaku namun ini bukan perkara biasa buat AS. Memang kerja mereka adalah hendak menjatuhkan kerajaan yang tidak sokong mereka.
''Sebagai contoh, AS minta kita sekat perdagangan dengan Iran dan jika kita tidak berhenti, mereka akan ambil tindakan terhadap perdagangan Malaysia," katanya.
Menjawab soalan pada sesi dialog pada majlis tersebut mengenai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Israel, bekas Perdana Menteri berkata, ketua pembangkang itu cuba mendapat sokongan bukan sahaja daripada rejim Zionis tetapi juga AS bagi melakukan gerakan menukar kerajaan.
''Hanya dengan sokongan daripada dua buah negara itu, Anwar boleh menukar Malaysia untuk menyokong Israel selain membantu perjuangannya untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.
Menurut Dr. Mahathir, sokongan AS itu diperlukan kerana tanpa sokongan daripada luar mungkin hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan kesampaian.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Kenyataan Tun Det adalah suatu provokasi murahan. Inilah modal yang digunakan dizaman beliau. Bila tersepit maka Tun Det akan buat cerita saraf untuk membodohkan minda Melayu. Kepada Tun Det lebih baik buat hal hal kebajikan macam Tun Lah yang sekarang duduk di hutan alam flora dan fauna.

GULING KERAJAAN

Tak ada kerja gila PAKATAN RAKYAT NAK GULING KERAJAAN. Tun Det cuba nak ubah perhatian rakyat. Rakyat sekarang bukan macam zaman Tun Det. 
BABI GULING MUNGKIN ADA
 

No comments: