Tuesday, 31 January 2012

Menghilangkan Peta Israel


Setelah gagal dalam isu sodomy, pencacai UMNOGKOK sekali lagi cuba mengambil kesempatan menangguk di air yang keroh mengenai kenyataan DSAI tentang isu Israel dan Palestine dalam wawancara The Wall Street Journal.

Berikut adalah sedutan penuh DSAI
“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

Bagi saya kita memahami akan maksud yang ingin disampaikan oleh DSAI ketika berhadapan dengan wartawan yang sudah tentu memiliki kepentingan masyarakat yahudi. Malangnya kenyataan ini di putar belit dan di ekplotasi seolah DSAI adalah seorang yang pro Israel. Sebenarnya kesimpulan dari apa yang ingin disampaikan pada ayat yang terakhir adalah "remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinias" jelas membawa maksud " mengekalkan pendudukan Israel dengan menghormati aspirasi rakyat Palestin".

Kenyataan ini sebenarnya mengambil keputusan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Berikut juga adalah kenyataan YB Menteri Luar Dato Anifah Aman ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York

“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”

Seperti biasa akan melompat Kunta Kinte UMNOGKOK seperti berok dapat belacan sehingga memenuhi Media Utama dengan pelbagai tuduhan fitnah tohmah kononya DSAI agent Zionis dan sebagainya

Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush

Saya merasakan Duta Palestine yang berada di kem FATAH tidak perlu terkejut dog dalam hal ini. Lupakah Pemuda UMNO ketika anda di malukan dalam demostrasi anti Israel dalam isu perang HAMAS dan Israel dimana Pemuda UMNO di sergah oleh Duta ini kerana membawa sepanduk Pemimpin HAMAS.






Tun tidak usah berpura pura kecewa. Dr Mahathir juga membayar pelobi Zionis Jack Abramoff untuk mengatur pertemuannya dengan presiden Amerika Syarikat ketika itu George W Bush.  Selepas itu, Bush menganggap Malaysia sebagai sekutu di dalam perang melawan keganasan.







YANG PENTING USAHA KITA UNTUK MEMASTIKAN PALESTINE BEBAS DAN MERDEKA SERTA MENGHILANGKAN PETA ISRAEL. AL QUDS MILIK UMMAH YANG PERLU DI BEBASKAN






Friday, 27 January 2012

Belajar untuk faham bahawa kita bukan Maksum

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sepatutnya menyertai BN jika beliau terus menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), kata bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Abdul Aziz Bari.
Abdul Aziz juga menggesa Pakatan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Azizan kerana pendirian menteri besar Kedah yang  jelas bertentang dengan pendirian parti.
@@@@@@@@@@@@@@@@

Mungkin kenyataan ini agak kasar pada pandangan setengah pihak. Namun harus di muhasabbah dengan penuh ikhlas dan rasa rendah diri. Kalau kita boleh menyerang secara kasar pada lawan khususnya BN dan UMNO dan kita merasakan tidak bersalah. Wajarlah kita merasakan tidak bersalah kerana kita menentang sesuatu yang jelas salah. Sebaliknya kenapa kita rasa melenting panas baran bila di serang dengan bahasa yang kasar bilamana kita melakukan sesuatu yang jelas salah dan kontra dari pendirian Perjuangan Pakatan Rakyat jelas menentang AUKU.

Sebelum ini beberapa NGO, Mahasiswa dan beberapa individu telah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pendirian MB Kedah yang di lihat jelas tidak menghormati kesepakatan dalam membawa Malaysia kearah yang telus dan demokratik.

Perlu di fahami dengan jelas tiada siapa yang berniat untuk menangguk di air yang keroh.  Kita wajar mengambil kritikan keras ini sebagai langkah PR memperbaiki kelemahan dan lompong yang akan menjejaskan missi ke Putrajaya. Ada kala kita harus sedar dan mengaku tidak semua keputusan yang kita buat itu adalah tepat. Ada kala kita perlu kepada mereka yang berada di luar gelanggang kepartian melihat dan menilai serta memberi teguran agar kita tidak tersasar dari landasan perjuangan. Menerima teguran dan komentar dari kesalahan dan kesilapan bukan bermaksud kita berada di jalan yang salah. Sebaliknya tidak mahu mendengar dan mengakui akan kesilapan kita adalah sesuatu yang amat berbahaya dan sudah pasti akan mengundang bala dan malapetaka yang tidak di duga.

Sedarlah bahawa kita semua bukan insan yang menerima kelayakan maksum dari Allah swt.  Sedarlah para pengikut bahawa jangan pula kita pula yang bertindak memaksumkan pemimpin kita dengan mempertahankan sesuatu yang jelas salah dan hati kecil kita pun sendiri mengakui akan kesalahan tersebut.

Ambil lah ini sebagai suatu ujian kecil dari Allah swt untuk menguji sejauh mana keikhlasan kita dalam memperjuangkan keadilan dan kebenaran.


Thursday, 26 January 2012

Kucar Kacir


PUTRAJAYA: Jabatan Audit Negara buat pertama kali semalam, menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah menggunakan perkataan kucar-kacir, 'in a mess' atau penyelewengan dalam keseluruhan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) di Gemas, Negeri Sembilan.

@@@@@@@@@@@@@
KALAU INI SAH KUCAR KACIR
SATU LAGI KERJA BN UNTUK KELABU ASAP OTAK RAKYAT DENGAN ISTILAH KUCAR KACIR

Yang di bincang adalah mana pergi RM 250juta.
Yang kucar kacir adalah wang rakyat lesap.
Dah nak lari topik!!!!!

Isu utama adalah ialah pendedahan mengenai pembelian unit kondominium di Bangsar dan Singapura masing-masing berharga RM13.8 juta dan RM9.9 juta dan kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya.

Kalau nak bincang istilah lebih baik minta Dewan Bahasa dan Pustaka audit NFC.
Kucar Kacir
Haru Biru
Pening Lalat
Lintang Pukang
Kalang Kabut

Yang penting DUIT HILANG!!!!













Spesis Naga UMNOGKOK dan Yang KEBODOHAN

MUKA SEKUPANG NAGA UMNOGKOK
1. SHAH ALAM - Polis Selangor telah menahan seorang lelaki berusia lewat 20-an bagi membantu siasatan insiden serangan ketika ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam, Jalan Kebun di sini, Sabtu lalu.Dia ditahan pagi semalam selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.
Menurutnya, lelaki tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan keterangan daripada saksi juga sudah diambil.



2.  Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Mohd Sha'ani Abdullah naik angin hari ini berhubung apa yang disifatkan sebagai "kebodohan" dan ketidakmatangan pegawai kanan polis dan kenyataan mereka mengenai gangguan di ceramah anti-BN, di Klang baru-baru ini.Sebagai pegawai kanan, katanya, standard mereka adalah jauh lebih tinggi dan mereka mesti tahu fakta dan tahu tanggungjawab mereka.

Bercakap kepada pemberita di ibupejabat Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia (Suhakam) di ibunegara hari ini, Mohd Sha'ani berkata beliau tidak boleh menerima kenyataan mereka.

NONESebaliknya, kata beliau, mereka perlu berusaha supaya dihormati dan tidak hanya menunjukkan bahawa mereka adalah 'bos'.

Mohd Sha'ani (kanan) bagaimanapun menjelaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau, walaupun beliau akan membentangkannya kepada Suhakam.

Beliau berkata, pihak polis adalah mewakili semua anggota masyarakat, dan bukan hanya majoriti.

Beliau membidas polis kerana didakwanya seolah-olah membuat alasan menyebelahi pihak orang yang bertindak ganas, untuk mereka berbuat sesuka hati, sehingga menjejaskan hak asasi manusia mereka yang menjadi mangsa serangan.

Katanya, institusi unggul di Malaysia itu tidak memahami prinsip-prinsip hak asasi manusia, sambil menyifatkan sebarang kompromi terhadap hak asasi manusia untuk "tujuan keselamatan sebagai satu penyalahgunaan kuasa".

Beliau menegaskan bahawa polis sepatutnya menjaga keamanan dan mencegah kejadian yang tidak diingini, dan bukannya berkompromi dan mengurangkan hak-hak rakyat Malaysia untuk bebas bersuara.Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam dan polis berhubung kejadian itu Sabtu lalu apabila kira-kira 20 remaja, yang mungkin termasuk ahli Umno dan BN, didakwa mengganggu ceramah yang diadakan oleh gerakan anti-BN - Asalkan Bukan Umno (ABU).Pihak polis telah dilaporkan mengulas bahawa ceramah yang menurut mereka bermula semasa solat dan mengandungi ucapan yang menimbulkan kemarahan lebih 1,000 penduduk kampung, terpaksa dibatalkan ekoran bantahan penduduk.Polis juga menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang kerosakan di tempat ceramah dan gerai-gerai sekitarnya dan tidak ada yang cedera.Bagaimanapun, penganjur ABU yang datang untuk membuat laporan kepada Suhakam hari ini mempertikaikan satu persatu kenyataan tersebut.


Tuesday, 24 January 2012

Kasihan pada Mama Rosmah "First Lady of Malaysia" kerana selalu jadi mangsa.

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini."Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur. "Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney. Rosmah dan suaminya juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.
@@@@@@@@@


Keh keh keh
Negara dah semakin nak terbalik

Cepat cepat laa bubar Parlimen
Lembu!!
Cincin!!
Pejuang sapu zakat (Asnaf Baru)
Kapal Selam!!
Mongolia


Selamatkan negara sebelum negara ku MUFLIS

Sunday, 22 January 2012

Gong Xi Fa Chai

Kepada semua warga Malaysia khususnya masyarakat Tiong Hwa.
GONG XI FA CHAI
Moga Tahun Naga Air
Membuka lembaran baru Malaysia





Tiada lagi diskriminasi kaum
Yang susah dibantu
Yang di hilangkan hak wajib di kembalikan
Kita Rakyat Malaysia
Tumbangkan Regim Diskriminasi dan Konspirasi BN

FIRST LADY OF BOROS


TOBAT                                    
TAU BUAT
TU BAT
TU TAK TAU BAT
WA SAAAA TIAH !!!

FIRST LADY OF TAU BUAT
FIRST LADY OF SHOPPING
FIRST LADY OF BOROS


Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu".

darling hotel sydney australiaMenurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.


Saturday, 21 January 2012

Drama Liwat II bersambung lagi

Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.
@@@@@@@@@


Dari sudut politik kotor serta perancangan tersepit pertuduhan liwat kembali menyerang dalam usaha BN mengekalkan kuasa dalam PRU 13. Demi sebuah kuasa yang ingin meneruskan kerja rompak wang rakyat, maka Notis Rayuan menjadi senjata terakhir untuk memastikan DSAI di sumbat kedalam penjara.
BN tiada jalan lagi untuk memiliki momentum kemenangan setelah kejayaan PR mengasak seribu kelemahan, penyelewengan serta kepincangan politik, ekonomi, sosial maupun agama yang mengundang negara dalam kancah kebangkrapan.
Notis Rayuan ini akan membuka kembali babak drama permainan jijik dan kotor serta konspirasi jahat negara terhadap rakyat yang sangat memalukan dunia dalam dan luar.  Kes ini jelas memperlihatkan campurtangan yang cukup nyata seperti mana yang berlaku terhadap kes rayuan di Perak.
Rakyat tidak ada pilihan lain lagi. Rakyat harus bangkit bukan semata mata kerana DSAI tetapi menentang Regim UMNOGKOK yang kini seperti cacing kepanasan.


Kita tunggu dan lihat........


Friday, 20 January 2012

AUKU dan EGO

Sekumpulan mahasiswa membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang bertegas mahu meneruskan  penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) khususnya di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - institut pengajian di bawah kerajaan negeri.Malah, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini menyifatkan Azizan yang juga pesuruhjaya PAS Kedah itu sebagai 'ego' dalam menangani isu berkaitan mahasiswa, termasuk hukuman terhadap lima mahasiswa KUIN.

Adakala hati bertanya
Apakah kita ini lu lu gua gua
Ada ketika diri berkata
Kenapa AUKU terus di guna
Sedangkan BUKU JINGGA pedoman bahagia

Ada ketika jiwa bergelora
Kenapa ada antara kita menjadi dusta
Bila berkuasa EGO menjelma
ISLAM dijaja KAPITALIS dilaksana
Lupakah kita??
Tuhan ada di mana??

Ada juga mereka bersuara
Ketika anak muda dan mahasiswa
Mengulangi sejarah bersama kita
Menentang kezaliman BN yang durjana
Tiba tiba mereka merasa diperdaya
Inikah dia lakunan dunia

Apakah malang anak muda
Hingga kini menjadi mangsa
Lupakah kita??
Tuhan ada di mana??


Hentikan dan tentang AUKU habis habisan. Lawan tetap lawan..

Wednesday, 18 January 2012

Fitnah lagi terhadap Anwar


Kepada yang sibuk mempertahankan Pak Hassan Benggali.
Kepada Mufti Pengampu yang ada kala bisu ada kala tak pekak.
Kepada Pak Hassan Benggali pakar Motivator Parasit yang benci lesbian dan homoseks.
Kepada Wasatiyah yang sederhana lagi seimbang.
Kepada Prof Kankung yang takut menderhaka kerana bimbang hilang pencen.
Kepada saki baki Melayu Hadari.
Kepada UMNOGKOK yang makin hari makin meroyan.
Kepada Media Utama Kelas Bawahan Perosak Minda Rakyat

Kenapa melatah sangat korang ini. Apa bila datang sesuatu perkhabaran seharusnya " BERTABAYUN" atau istilah melayu "SIASAT".  
Apa pun biasa laa.. Fitnah adalah mainan manusia akhir zaman....Manusia dah tidak takut dengan bala.

Ini berita yang sahih ucapan DSAI di BBC

We will have to review archaic laws
and we, muslims and non muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia.
but we should not be seen as punitive and consider the archaic laws as relevant. We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain. We will not make apologies towards that. I think to use this sort of legislation to be punitive, punish innocent people cannot be condoned and be tolerated.”
 

Berdasarkan jawapan dan petikan itu, pertamanya, ditegaskan sebagai orang Islam, kita menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Dato’ Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis). Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak. Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun.

Kalau tak puas hati lagi layari
http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714

JANGAN JADI RAJA FITNAH