Friday, 27 January 2012

Belajar untuk faham bahawa kita bukan Maksum

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sepatutnya menyertai BN jika beliau terus menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), kata bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Abdul Aziz Bari.
Abdul Aziz juga menggesa Pakatan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Azizan kerana pendirian menteri besar Kedah yang  jelas bertentang dengan pendirian parti.
@@@@@@@@@@@@@@@@

Mungkin kenyataan ini agak kasar pada pandangan setengah pihak. Namun harus di muhasabbah dengan penuh ikhlas dan rasa rendah diri. Kalau kita boleh menyerang secara kasar pada lawan khususnya BN dan UMNO dan kita merasakan tidak bersalah. Wajarlah kita merasakan tidak bersalah kerana kita menentang sesuatu yang jelas salah. Sebaliknya kenapa kita rasa melenting panas baran bila di serang dengan bahasa yang kasar bilamana kita melakukan sesuatu yang jelas salah dan kontra dari pendirian Perjuangan Pakatan Rakyat jelas menentang AUKU.

Sebelum ini beberapa NGO, Mahasiswa dan beberapa individu telah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pendirian MB Kedah yang di lihat jelas tidak menghormati kesepakatan dalam membawa Malaysia kearah yang telus dan demokratik.

Perlu di fahami dengan jelas tiada siapa yang berniat untuk menangguk di air yang keroh.  Kita wajar mengambil kritikan keras ini sebagai langkah PR memperbaiki kelemahan dan lompong yang akan menjejaskan missi ke Putrajaya. Ada kala kita harus sedar dan mengaku tidak semua keputusan yang kita buat itu adalah tepat. Ada kala kita perlu kepada mereka yang berada di luar gelanggang kepartian melihat dan menilai serta memberi teguran agar kita tidak tersasar dari landasan perjuangan. Menerima teguran dan komentar dari kesalahan dan kesilapan bukan bermaksud kita berada di jalan yang salah. Sebaliknya tidak mahu mendengar dan mengakui akan kesilapan kita adalah sesuatu yang amat berbahaya dan sudah pasti akan mengundang bala dan malapetaka yang tidak di duga.

Sedarlah bahawa kita semua bukan insan yang menerima kelayakan maksum dari Allah swt.  Sedarlah para pengikut bahawa jangan pula kita pula yang bertindak memaksumkan pemimpin kita dengan mempertahankan sesuatu yang jelas salah dan hati kecil kita pun sendiri mengakui akan kesalahan tersebut.

Ambil lah ini sebagai suatu ujian kecil dari Allah swt untuk menguji sejauh mana keikhlasan kita dalam memperjuangkan keadilan dan kebenaran.


No comments: