Hidup Untuk Terus Berjuang. Otak Untuk Terus Berfikir. Cari Siapa Yang Benar. Apakah Kita Memang Benar. Atau Selama Ini Yang Salah Itu Benar
Tuesday, 14 February 2012
Terprovokasi Isu Valentine & Isu KFC
Boleh di katakan setiap tahun isu valentine menjadi perbahasan. Ini menunjukan valentine bukan sesuatu yang baru malah pada umat Islam yang cinta akan agama sudah pasti tahu menilai akan hakikat valentine day. Namun lain persepsi bagi penganut agama lain terhadap valentine yang saya rasakan bukan untuk di bahaskan.
Sedar atau tidak perbalahan antara parti politik mengenai isu valentine sebenar sengaja di tiup oleh pihak media dan parti lawan dengan tujuan maksud bukan untuk mencari kebenaran. Hakikatnya dapat kita lihat dengan jelas media utama sengaja meletakan perbalahan isu valentine di muka hadapan akhbar yang sudah tentu mempunyai sesuatu yang tersurat dan tersirat di sebalik hakikat sebenar. Bak kata perpatah melayu " bila ada yang pandai menepuk gendang maka ada kaki yang tidak sedar menari". Dengan isu valentine yang di palu oleh UMNO kenapa ada kalangan kita yang menari? Media sebenar bukan untuk mencari Valentine itu benar atau sebaliknya, tetapi lebih kearah nak melaga lagakan hubungan baik di kalangan Pakatan Rakyat.
Begitu juga isu pergaduhan KFC yang melibatkan anak muda yang kebetulan tanpa di rancang sewajarnya tidak disambut dengan sentimen perkauman. Sekali lagi isu ini sengaja di lontar oleh media seolah olah menguji tahap kualiti darjah perkauman antara parti politik.
Sehubungan dengan itu adalah diharapkan PR seharusnya mengambil banyak langkah kehadapan dan sama sekali menepis lontaran isu isu yang sengaja di mainkan dengan tujuan mendivertkan isu sebenar yang dihadapi dan di tanggung oleh rakyat Malaysia iaitu KORUPSI JENAYAH PIMPINAN ATASAN yang wajib di beri perhatian.
Saya tidak nafikan ada kalangan masyarakat muslim yang terlibat secara langsung dengan isu valentine. Tapi wajar di akui kerosakan akhlak anak muda bukan hanya penglibatan didalam valentine sahaja. Kerosakan generasi anak muda adalah akibat gejala sosia yang kini gagal di kawal akibat negara hilang pembentukan intergriti dan jati diri akibat rasuah dan penyelewengan yang begitu dasyat yang dilakukan oleh para pimpinan atasan negara. Perbezaan jurang pendapatan yang semakin ketara, penggangguran yang meningkat, sistem pendidikan yang gagal melahirkan kualiti modal insan merupakan penyebab utama generasi kini hilang arah dan tujuan.
Saya berharap kita akan lebih matang dalam menghadapi setiap isu yang di lontarkan dan jangan biarkan musuh jadikan kita HERO MALIM KUNDANG.
Sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment