Tuesday 13 September 2011

Bahang PRU dah meluap membara.

Lapuran info dalaman yang boleh di percayai PRU dah semakin dekat. PM dijangka akan membentangkan Belanjawan Luar Biasa pada awal Oktober ini dengan pelbagai umpan umpan menarik, tertarik dan tujuan untuk menarik narik rakyat Malaysia bergembira tepuk gila gila. Dijangkakan sebaik saja Belanjawan di bentangkan, PM akan terus mengadap DYMM untuk tujuan pembubaran. So... Pembangkang tak diberi peluang untuk mengulas dan membahas Belanjawan tersebut. Jadi yang akan mengulas gila gila adalah Media Utama.
Slip daftar mengundi yg di keluarkan oleh BN telah di edarkan kepada pengundi.
Jangan jadi Pak Kadok sorak lompat tak sedar baju seluar dah terburai. Belanjawan boleh di rubah dengan pelbagai alasan faktor luaran dan globolisasi. Anak muda kini jangan mudah terpedaya dengan ayat TANGGUH cukai 6% prabayar HP. Tangguh means ada harapan akan dilaksanakan. HP kini adalah keperluan asas dunia. Jadi 6% cukai yang akan diperah sudah cukup untuk meyediakan 10000 jawatan kosong yang di umumkan baru-baru ini.
Jangan gembira sebentar dan merana selama mereka memerintah. Selagi Cincin Puaka masih berkuasa, selagi itu wang rakyat habis di telan. Biasiswa, Perubatan, Pendidikan, Sosial, Subsidi, Paras Gaji dan sebagainya adalah hak milik rakyat.
Jangan tertipu dengan putar belit kononnya PR nak hapuskan Islam dan membawa ideologi komunis.
Jangan tertipu dengan tipu daya kononnya BN mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia.
Jangan terpedaya dengan serangan Media yang sudah tentu menjadi perkakas utama BN.


Selamatkan Negaraku dari pemborosan dan penyelewengan.

No comments: