Saturday 3 September 2011

Runding ohh Pakat Dah 10 tahun lebih


Demam PRU semakin terasa bahang hangat. BN hangat tak teringga rasa atas ke bawah dengan seribu macam kejahatan dan penyelewengan. PR pula hangat main catur dam siapa dapat kerusi dan siapa dapat meja.  Rakyat mengharap Kerajaan akan datang sudah pasti bersih dan benar-benar mewakili  rakyat semua peringkat.
Saya tidak mau ulas lebih lanjut mengenai BN kerana macam mana pakat sekali pun sudah pasti pakatan mereka kearah memeras hasil negara dan semua agensi dijadikan perkakas mereka untuk meneruskan pemerintahan kuku besi.
Bukan rakyat tidak tahu. Bukan rakyat tidak mahu ambil tahu. Kos kehidupan melambung lambung. Pendapatan menjunam turun.  Hidup makin terdesak. Bila terdesak sosial semakin rosak. Bila demam PRU kembali rakyat jadi pening lalat. Mana satu idaman aku. Samada Mercedes 3 selinder atau Datsun 4 selinder?
Isu pembahagian kerusi dikalangan Parti Pembangkang seingat saya menjadi panas sejak Gabungan PAS dan S46. Yang bijak telah berjaya membentuk Kerajaan Pembangkang sampai sekarang, manakala yang merasakan terlalu sangat bijak terlepas peluang dari dulu hingga 2008 di mana mereka TERSELAMAT dari tsunami politik.
Setiap kali bercakap soal siapa kuat dan siapa layak dalam PR ada beberapa hal yang mengingatkan saya mengenai soalan anak lelaki suatu masa dulu. “Abah! Antara peluru dan pistol mana kuat?” . Bingung juga nak jawab. Nak kata soalan bodoh tak gamak kerana itu anak kita. Mungkin dia masih kecil dan soalan tersebut tidak perlu di jawab kerana kalau di jawab akan menyebabkan kita yang bodoh. Begitulah ketika rundingan diantara Keadilan, PAS dan DAP  dimana masing masing punya kelebihan yang ada pada masing masing. Ada parti kekuatannya di organisasi, ada parti kekuatannya di sentiment gelombang dan ada parti kekuatannya di masyarakat Cina yang memiliki ciri unik. Gabungan seluruh kekuatan inilah kalau di pakat sebenar benar pakat akan merobohkan BN yang semakin nak roboh.
Hakikatnya PR sudah berusia lebih 10 tahun sudah ada kematangan berpakat. Harapan berpakat pakatlah dengan sebaik pakat. Yang ada organisasi tak perlu pula nak bertanya pada sahabat mana oragnisasi kau. Yang memiliki gelombang sentiment aura PRU sudah semesti kali ini mesti mempersiapkan diri  agar tidak ada katak puru dan katak pisang. Yang memegang kuat masyarakat Cina sudah pasti akan berkompromi dengan yang memiliki organisasi dan yang memiliki gelombang sentiment aura.
Pengajaran tiga penjuru pada PRU yang lepas jelas memperlihatkan kelemahan berpakat pakat. Ini kerana rakyat adalah hakim dan penentu semasa PRU ini.  Maka sebab itulah negeri Perlis bebas dari badai tsunami sedangkan jiran jiran terkejut biawak. Teruskan berbincang dan berunding dan bukan menunjuk nunjuk kekuatan masing masing kerana tidak ada gunanya menunjuk taring sesama kita sebaliknya hulurkan taring bila sampai harinya. Jangan membosankan rakyat yang telah lama menanti. Hidup penuh fakta dan bukan tenggelam dengan auta.
Pakatan yang perlu Sepakat membawa Berkat
Solawat.

No comments: