Tuesday 6 September 2011

Yang Buta dan Pura pura Buta Sejarah.

Pada yang buta dan pura pura buta. Apa yang di sampaikan oleh Timbalan Pres PAS, jangan ada yang putar belit. Tak timbul Abg Mat ulas bab Komunis, atau nak sokong komunis, atau nak bawa masuk ideologi komunis. Yang disampaikan adalah ketokohan Mat Indera. Seperti biasa pencacai UMNO saja bawa isu ini untuk perbodohkan orang Melayu. Bila tuduhan kes liwat terhadap DSAI tak menjadi, bila isu gereja pun tak menjadi, bila isu kerajaan perpaduan lagi tak menjadi, maka UMNO terpaksa buat apa saja untuk raih simpati pengundi Melayu.

Ahmad bin Indera mendapat pendidikan awal di sekolah agama sehingga tahun 1937. Beiau pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim. Dia kemudian pernah berkhidmat sebagai seorang guru agama di Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama. Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar, Johor.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis Islam yang  berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina. Akibatnya, Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong.
Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan tawaran hadiah sebanyak $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan kononnya mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera.Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.
Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di Kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung ungu,yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan dipukau jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.
Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera yang tidak mahu dibicarakan oleh British atas kesilapannya.
Melayu jangan lupa tau..
1. Kapal selam yang tak menyelam menelan wang komisyen(nama tertib, tapi kalau nama tak tertib adalah RASUAH) menyebabkan berbilion ringgit. Maka itulah punca berlaku anak anak kita gagal dapat biasiswa secukupnya. Kemudahan rakyat spt rumah rakyat, subsidi, pendidikan, sosial, pengganguran dsbnya tersekat.
2. Cincin milik hantu puaka belum dijawab dgn CLEAR. Itupun menelan jutaan ringgit. Kesian pesakit kronik terpaksa minta sedekah untuk melakukan perawatan..
3. Masih ada berlambak lagi rakyat Malaysia yang setaraf rakyat Afrika. Rumah mereka tak ada api dan air, makan dedak ayam, makan siput babi, anak tak mampu kesekolah dsbnya.

No comments: