Saturday 3 September 2011

Sejenak bersama Timbalan Presiden PAS

Sejenak bersama Timb Pres PAS, Sdr Mohammad Sabu di malam idul fitri.
Alhamdulillah malam tadi saya bersama beberapa sahabat sempat minum teh bersama Abg Mat di Kangar, Perlis. Walaupun jelas kelihatan agak letih dan masih bertongkat, namun semangat beliau tetap utuh.
Dalam waktu singkat lebih kurang 2 jam, saya sempat bertukar pandangan beberapa isu hangat mengenai siapa pejuang kemerdekaan sebenarnya. Kita tidak hairan bin ajaib bila media perdana sentiasa berhempas pulas memenuhi kehendak UMNO untuk menjamin kemenangan pada PRU yang akan datang. Isu agama dan bangsa kini dijadikan pertaruhan dan mereka sanggup lakukan apa saja untuk tujuan dan matlamat menghalalkan cara. Apa tah lagi sebahagian rakyaat Malaysia masih lagi bertuhankan media dan menjadikan media sebagai segala galanya dalam menetukan corak kehidupan dan perubahan budaya fikir.
Kita baru baru ini di kejutkan dengan kononnya Mat Sabu sebagai pembela para pejuang Parti Komunis Malaya. Bila media melontarkan isu ini, maka ramailah yang melompat dan tidak ketinggalan dikalangan ahli dalam gerakan sendiri. Maklumlah perangai melatah ada di kalangan orang Melayu.
Mungkin sedar atau tidak orang Melayu telah lama melatah ( di geletek sampai sekarang) dan terus melatah menjaja pembohongan Inggeris dan sejarah bikinan UMNO sehingga kita sampai kini masih belum kenal erti kemerdekaan dan siapa sebenarnya yang berada di jalan kebenaran dan siapa yang sebaliknya berada di jalan pengkhianatan. Orang Melayu mudah percaya peristiwa pembukaan Melaka yang kononnya seekor pelanduk menendang anjing sehingga jatuh di bawah pohon Melaka. Sedangkan saiz pelanduk dan kaki pelanduk yang begitu kerdil apakan benar sehingga mampu tendang seekor anjing? Lucukan orang kita di perbodohkan? Atau apakah Melaka berasal dari bahasa arab yang bermaksud Malik, Mulk, Malikiau yang bermaksud pemerintah kerajaan?
Mungkin sejarah itu terlalu lama untuk dikaji. Namun sejarah pendudukan penjajahan Inggeris bukan suatu yang lama dan banyak fakta fakta yang boleh dijadikan bahan sejarah. Semasa saya di bangku sekolah tahun 70 dan 80 an, kita di banggakan dengan individu JW Birch, Henry Gurney, Francis Light dan banyak lagi individu penjajah yang diagungkan. Tidak di nafikan bahwa ada keluarga kita yang masih lagi mengagungkan Mat Salleh dan Mek Salleh. Kita mungkin tidak menyalahkan mereka kerana itulah acuan pemerintah.
Ramai yang tidak sedar Sir Henry Gurney yang namanya kini terukir di sekolah pendidikan akhlak sebenarnya pernah bertugas sebagai penasihat kerajaan Israel untuk menjajahi Palestine. Saya secara tulus amat menyokong pembunuhan Sir Henry Gurney oleh Chin Peng kerana dosa dan kejahatan Henry Gurney terhadap Palestine menjadikan warga Palestine parah berduka sehingga kini.
Saya juga perlu menasihati Dewan Bahasa dan Pustaka agar mengeluarkan kenyataan jangan menggunakan istilah Maharajalela untuk memaki hamun orang. Sedar atau tidak Dato Maharajalela adalah pejuang yang syahid menentang Penjajah  Inggeris.
Bila Inggeris menjajah Tanah Melayu, mereka melakukan budaya perosak akhlak kehidupan sehinggan menjadikan budaya minum arak sebagai suatu kewajipan di mana mana program resmi dan tidak resmi. Tidak hairanlah bila arak dengan begitu mudah di jadikan minuman utama di sekolah sekolah, majlis perkahwinan, majis negeri, negara, pasukan keselamatan dsbnya sehinggakan ketika itu ada umat Islam yang menyebut minum arak kalau tidak mabuk tak apa.
Balai Polis ketika itu kenali sebagai Rumah Pasong( cuba semak kamus apa makna Pasong ) di gunakan untuk menjaga kepentingan Inggeris dan diantaranya estet estet dan harta milik penjajah. Rumah pasung bukan sebagai pelindung rakyaat pada ketika itu. Tidak hairanlah ramai anggota keselamatan pada ketika itu sering mabuk kerana di jamu dengan secukupnya bagi tujuan kesesatan dan lara.
Mat Indera yang mengetuai serangan keatas Rumah Pasong Bukit Kepong sebenarnya ada seorang alim yang menetang kezaliman Penjajahan Inggeris. Sedihnya sehingga kini ramai yang tidak kenal siapa sebenarnya Mat Indera? Beliau akhirnya di hukum gantung sampai mati oleh penjajah Inggeris ketika itu. Kita tidak menafikan ada polis berbangsa melayu bekerja ketika itu, namun mereka ada perkakas upahan penjajah ketika itu dan sejarah menceritakan mereka ini dalam keadaan lara mabuk ketika di serang oleh pejuang Mat Indera.
Insyallah Mohammad b Sabu akan berceramah di Perlis dan di seluruh pelusuk negara untuk mengajak umat Melayu buka mata dan fikiran dan mengkaji siapa sebenarnya pejuang dan siapa sebenarnya penjajah. Moga Allah swt sentiasa membawa rahmat dan kebenaran.
Solawat

No comments: