Monday 5 September 2011

Antara CINCIN PUAKA dan KOMRAT

Antara Cincin Puaka masakini dan Komrat masalalu

Bukan main lantang melompat kalang melayu pukang dan pedukang hitam legam yang kononnya pembela agama, bangsa dan negara bila Mohammad Sabu melontar isu Bukit Kepong yang menonjolkan Pahlawan Mat Indera yang mengetuai serangan ke Rumah Pasong penjajah Inggeris.
Maka melayu pukang dan pedukang hitam legam menuduh kononnya Mat Sabu nak bawa ideologi komunis, lalu berlakulah demo, memo serta mengadu ke rumah pasong seolah olah Komrat mahu tawan negara. Gila babi sungguh melayu pukang dan pedukang hitam legam memutar belit fakta semata mata nak memikat projek sekupang dua.
Akal melayu pukang dan pedukang hitam legam melalak bagai gila meroyan sudah lapuk di telan kematangan rakyat Malaysia yang kini dah bosan meluat teramat sangat dengan  mereka ini. Malah laman sosial facebook, blog, twiter dsbnya kini sudah berlegar berbicara bukan sahaja Mat Indera tapi anak muda khususnya dah cukup mesra dengan Rashid Maidin, Abdullah Cd, Shamshiah Fakeh dan banyak lagi yang selama ini di anggap sebagai penderhaka negara. Politik makan diri rupanya. Foto Mat Indera dijadikan profil ikon. Buku sejarah mengenai PKM semakin laris di pasaran. Anak muda tidak mudah diperbodohkan. Komrat tidak mungkin kembali lagi, namun sejarah menuntut kemerdekaan harus di bongkar kembali. Sejarah yang tidak mampu di rubah dengan berjalannya waktu harus menerima realiti bahawa komrat juga terlibat dalam usaha menyingkirkan penjajahan Inggeris. Realiti bahawa UMNO melakukan pengkhianatan terhadap kemerdekaan juga harus di terima oleh semua pihak. 
Kenapa pulak Melayu pukang dan Pedukang hitam legam sibuk tak tentu pasal melompat bagi beruk dapat bunga? Kenapa tak lihat jenayah Cincin Puaka milik Kak Mah anak Pak Chot yang jahat tiada bandingannya? Chin Peng tak pernah hancurkan mayat musuhnya menggunakan C4. Rashid Maidin tak pernah bunuh wanita Monggolia yang lemah tanpa senjata.  Shamsiah Faqih tak pernah shopping oversea berlori lori malah cincin belah rotan pun tak ada. Abdullah CD tak jahat menipu wang rakyat Tanah Melayu beli KAPAL SELAM VERSI TIMBUL SAJA dan mark up komisyen sampai menjahanmkan wang rakyat. Bini Mat Indera tak ada sejarah sewa hotel puluhan ribu ringgit semalam di Dubai. Jahat Kak Mah anak Pak Chot lebih jahat dari Regim Komunis, Sosialis dan Subersif.
Melayu pukang dan Pedukang Hitam legam sebenarnya adalah robot perkakas Kak Mah anak Pak Chot yang hari hari menjilat jilat dan melalak lalak demi nak melahap projek sekupang dua. Sungguh tak malu Melayu Pukang dan Pedukang Hitam legam. Cubalah Melayu Pukang dan Pedukang Hitam Legam yang dok demo anti Israel, yang dok kononnya ke Ghaza, Somalia buka sejarah bahawa Ketua Balai  Bukit Kepong ketika itu adalah Sarjan Ray Dencey yang berpengelaman luas menjajah Palestin dan bekerja untuk Zionis. Jangan baca sejarah sepintas lalu aja. Sedar tak bahawa ramai petugas Inggeris di Malaya suatu masa dulu adalah mereka yang pernah bertugas di Palestin sebagai barua Zionis.
Hari ini atas kerana celupar sikap Melayu Pukang dan Pedukang Hitam Legam, maka kita harap sejarahwan dapat duduk semeja buka buka balik buku buku lama. Jangan pula anak anak muda membongkar rahsia yang terlipat dalam saku pengkhianat negara. Jangan pula cucu cicit tegur nenek atok yang tidak tahu bezakan antara kebenaran hak dan kebathilan. 
Komrat pasti tak akan kembali, namun  Diktaktor Kak Mah anak Pak Chot dan suku sakatnya masih ada dan harus di BERSIHkan segera sebelum negara di ambang muflis.      
  

No comments: