Thursday 15 September 2011

Buat renungan Tan Sri Arifin Zakaria Ketua Hakim Negara

Renungan
1. Bila tuan sudah berikrar untuk melaksanakan keadilan dan ketelusan, maka laksanakan dari atas terlebih dahulu dan selepas itu di bawah kemudian. Maksudnya JAWS dulu kemudian baru bilis dan cacing kerawit. Dah banyak dah JAWS mengganas menggunakan cincin puaka,tapi masih bebas berpuaka.
2. Bila rakyat jelata yang kurang undang undang melihat something wrong dengan liwat meliwat, diharap yang memiliki keahlian undang-undang lebih jauh kearifan menilai kes liwat meliwat ini must be something wrong.  Dah muak membaca mengenai lubang jubor sekejap ada benda masuk, sekejap benda Allah lain yang masuk, sekejap plastik masuk, sekejap entah apa yang masuk. Kena ingat juga yang nak masuk tu mesti yang benar benar mantap kerana kalau tak benar benar mantap tak boleh masuk. Lubang jubor bukan ada istilah dara or virgin. Memalukan dunia.
3. Saya ambil petikan beliau di Malaysiakini yang lebih kurang " saya mudah mudahan tidak akan mengecwakan beliau ( Ketua Hakim Lama)... Hmmmm.. aiseyyy.. yg penting jgn kecewakan rakyat. Rakyat yang memerlukan pembelaan.
4. Jangan jadi pi mai pi mai tang tu juga. Dulu dulu tahun 70an memang ok. Lepas isu tribunal kehakiman, Yg Arif Arwah Coklat Hacks (kes DSAI yang pertama) , V.K Lingam dsbnya maka rakyat sudah ada banyak keraguan pada institusi kehakiman.
5. Jangan jadi seperti sebelum anda. Amat memalukan dengan pelbagai kontroversi. Kita listkan kontroversi dulu satu persatu yeee.

Senarai Kontroversi Ketua Hakim Tan Sri Zaki Azmi;

1.Lembaga Disiplin UMNO
Tan Sri Zaki Azmi dilantik sebagai salah seorang Suruhanjaya Diraja Menyiasat Pasukan Polis tahun 2004. Beliau juga menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin (Teknikal) UMNO dan Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO. Seterusnya sebagai Panel Rayuan Disiplin UMNO.
2. Naik mendadak
Baru pada 5 September 2007, Tan Sri Zaki Azmi dilantik ke Mahkamah Persekutuan dan dan dua bulan kemudian dilantik sebagai presiden Mahkamah Rayuan. Proses ini dikira terlalu mendadak.
3. Isu kredebiliti
Pada 21 Oktober 2008 , Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak usul membincangkan kedudukan Tan Sri Zaki Azmi. Ini kerana menyalahi Peraturan 36(8) yang tidak membenarkan kelakuan atau sifat hakim dibincangkan dalam Dewan Rakyat. Usul dibawa oleh Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) . Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan juga membincangkan kelakuan seorang hakim di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi tidak boleh dibincang dalam mana-mana Parlimen kecuali di atas satu usul iaitu notis telah diberi oleh tidak kurang daripada satu per empat jumlah bilangan ahli majlis Parlimen itu.[3]
4.Isteri kedua
Beliau bernikah dengan Isteri kedua beliau Nor Hayati Yahaya (32) oleh kadi di Thailand. [4] Setelah bercerai, Nor Hayati Yahaya gagal mendapatkan hak sebagai seorang isteri kerana perkahwinan mereka di Thailand tidak menepati undang-undang syariah di Malaysia. Sijil perkahwinan mereka telah dimusnah bagi mengelakkan dari diketahui isteri pertama.(NST, 5 Ogos 2005)
5. Pernah beri rasuah
Pada 8 November 2008 dalam New Straits Times, Zaki mengaku pernah memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah pada tahun 1987] tetapi menarik balik pengakuan itu selepas menyedari implikasinya. Dua bekas hakim telah memberi rasuah. Dua fail pelanggannya juga didapati hilang.[6] Ketika itu beliau merupakan peguam biasa sahaja. Apabila beliau mengadu kepada ketua pendaftar, beliau telah disenaraihitamkan.
Pada 13 November 2008, Karpal Singh mendesak Dewan Rakyat membahaskan kenyataan terbuka Ketua Hakim Negara itu. Karpal juga membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi. Pengakuan terbuka ini menjejaskan kredibilitinya sebagai Ketua Hakim Negara .Badan Pencegah Rasuah (BPR) hendaklah menyiasat di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1961 .Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dibawa oleh Karpal Singh mengikut Peraturan Mesyuarat 18(7)c) kerana ia melanggar syarat-syarat dalam Peraturan Mesyuarat.Peraturan 36(8) memperuntukkan bahawa kelakuan atau sifat hakim-hakim tidak boleh disebut kecuali dengan dikeluarkan usul secara bersendiri.

JADI DIHARAP JADI RENUNGAN DAN JANGAN KECEWAKAN RAKYAT

No comments: