Friday 9 September 2011

YB Khalid Samad yang di dendam UG

Bila Khalid Samad di larang berkuliah, sudah cukup menunjukan UMNO kini akan menggunakan segala senjata baik hujung maupun hulu keris demi untuk mempertahankan diri mereka yang sudah hampir menemui ajal dalam waktu terdekat.
Kini MAIS dijadikan perkakas UMNO bagi melakukan apa saja yang berada di bawah taklukan bidangkuasa mereka. Sebenarnya semua ini di boleh diatasi seandainya Kerajaan PR yang memerintah di Selangor memiliki satu kata putus yang teguh dan mantap dan tanpa boleh di gugat. Malangnya keteguhan ini di goyang oleh segelintir puak yang memiliki sifat talam dua muka. Dalam ertikata lain saya sebutkan kumpulan UNITED GOVERMENT atau lebih dikenali sebagai UG.
Ada sahabat yang menasihati agar saya tidak timbulkan isu ini lagi. Bagi saya adalah suatu dosa para pejuang yang pasti akan mendatangkan murka Allah swt apabila kita masih melindungi para mereka yang bersifat bukan sahaja talam dua muka, tetapi lebih tepat saya sebutkan PENGKHIANAT dalam PR.
Kalau sebelum ini mungkin agak kelu terkebir-kebir sebahagian kita hendak menjawab isu gereja, kerana walaupun kita yakin isu itu hanya mainan politik. Tapi biasalah kepada sebahagian kita takut untuk berbicara kerana ia amat mudah disalah tafsir dan cukup mudah untuk di manupulasi oleh pihak lawan. Namun isu YB Khalid Samad sewajarnya ada seorang individu yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal keagamaan perlu bangkit untuk membela YB Khalid Samad. Kenapa dia membisu diam? Apakah nak tunggu wartawan bertanya atau bertepuk tangan supaya padan muka YB Khalid Samad di kenakan tindakan? Ada niat balas dendam? Atau dia sebahagian dari pergerakan kumpulan UG?
Kita cukup hairan kenapa ini terjadi. Tapi sebenarnya tak payah nak hairan sangat lah. Bila sudah gila kuasa, kawan yang turut dalam perjuangan pun di tinggal telanjang. Kita sedih membaca sejarah Perang Uhud yang menyaksikan bila ada segelintir yang gila harta, tentera islam kalah dalam perang tersebut. Namun kita tidak perlu hairan sangat kerana itu ada hikmah untuk Allah swt zahirkan siapa pengkhianat sebenarnya dan kita di minta untuk berwaspada.
Biarlah mereka lompat segera dari sekarang agar semua penyokong PR tahu siapa mereka. Kalau mereka ini tidak mahu lompat saya cadangkan orang orang yang sebegini tidak lagi di lantik lagi. Tidak ada istilah bagi peluang untuk kita nasihat. Sifat munafik jangan sekali kali ada dalam perjuangan. No kompromi kepada mereka mereka ini. Tidak kiralah samada dia bekas rakan karib sesiapa atau pernah berjasa menabur bakti kepada kita, munafik akan tetap jadi munafik. Tidak kira lah dia handal memotivasi anak kita sampai berjaya, tidak kira lah dia boleh pengaruhi bersahabat dengan pakar atom yang boleh bom dan mengebom hingga lesu PR di Kuantan semua ini no kompromi.
Kepada YB Khalid Samad, teruskan usaha anda untuk menyampaikan segala kebaikan. Kalau tak boleh dalam mesjid, buatlah di luar pinggir masjid. Apa pun teruskan buat ceramah dalam masjid.
Kepada para penyokong PR terus bangkit untuk mempertahankan YB Khalid Samad. Kita adalah rakyat Malaysia yang punya hak untuk bercakap.  

No comments: